Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, April 30, 2012

Won Contest Chantek Media Hiburan!

Alhamdulillah... menang tempat keempat peraduan Chantek Media Hiburan. Hadiah yang Wan terima, sebuah iPod Nano 8GB! Inilah pertama kali menang iPod Nano. Dan baru tahu rupanya macam mana. Biasa tu tengok dalam internet saja. Alhamdulillah... kini telah selamat jadi hak milik sendiri. Memang besh sangat iPod Nano ni.

Peraduan ni kena lengkapkan slogan berikut; Filem  CHANTEK mesti saya tonton kerana... Wan tulis saja pendapat sendiri. Tak sangka sangkut hadiah lumayan ni. Syukur pada Tuhan... Terima kasih pada Media Hiburan selaku penaja bersama.

Thursday, April 26, 2012

Basikal senaman Aibi hadiah dari Cosmoderm!

Wan berhutang entry cerita pasal hadiah Cosmoderm lepas kan. Memang dah buat entrynya. Boleh baca dalam entry bertajuk: Shopping Spree with Cosmoderm! Won 1st prize peraduan Sunny Shopaholic! Tinggal sebuah lagi hadiah belum cerita sebab apakah gerangan bendanyanya. Sebab hadiah tu tak boleh ambil waktu beli tu juga. Dorang hantar ke rumah. 

Tadaaa.. sebuah basikal senaman berjenama Aibi. Kaler PINK lagi you... My fav! Gigih tanya kat salesman tu, ada kaler pink tak (macam display). Bila dia kata stok masih ada. Joget-joget terus setuju nak beli. Tak pikir 2 kali dah! Sebab basikal senaman ni memang salah satu wish list mesti beli. Akhirnya... termakbul juga cita-cita nak guna basikal senam sendiri.

Owh, pancit hakak... Sehari target dapatkan 2-3km. Tapi nampaknya seminggu 3 kali jadinya ahahha... Macam biasa, "hakak bzzzz...." Tapi tiap kali merempit, terus pulas ke berat terberat. Sebab tu lepas kayuh, peluh berkobar-kobar keluar. Biar keluar habis segala toksin dalam badan.  Dengan basikal ni boleh ukur jarak kayuhan, degup jantung, masa, dan lain-lain lagi. Sangat sistematik. Memula dulu target nak beli Osim uKimono. Tapi bila dengarkan testimoni dari kawan dan hasil bacaan di forum-forum, Wan rasa pilihan tepat ialah beli basikal ni. Selain dapat menguruskan badan secara alami, kita dapat bersenam. Tidaklah duduk saja dan mengharapkan terus kurus. Macam biasa dibuat sebelum ni. Janji nak bersenam, mulut mengunyah chicken chop. Kepala dok kata... "Esoklah!" Begitulah hari-hari yang berlalu seterusnya.... 

Target wan nak kecikkan tang peha yang yang kian setambun ni. Arghhh.... "Jangan sangkut dalam almari baju ya, Wan" bagai terdengar-dengar pesanan dari Puan Mawarni ketika majlis penyampaian hadiah tempohari. Hahaha... Insya'allah... Semoga tekad bersenam ini berterusan sampai bila-bila.Amin...

Won Kata-kata Emas Safi Contest

Alhamdulillah... Wan menang hadiah sebuah pouch comel sempena sertai peraduan Kata-kata Emas Safi. Kena beli produk Safi Rania dan mesukkan mesej di dalam facebook Safi. Wan buat cincai saja, dapatlah juga hadiah saguhati. Alhamdulillah... Ramai jugak geng comper lain yang join dan menang. Mesti dorang dah lama update pada entry kemenangan tu. Wan pula asik bertangguh je nak cerita. Lupa yang sebenarnya. Ambil gambar hadiah ni pun guna kamera iPhone je. So tak berapa jelaslah. Terima kasih Safi Rania :)

Ini pemenang hadiah utama. Memang besh tu dapat cash :D

Tuesday, April 24, 2012

Aku tak suka jadi cikgu

Hari membuat pengakuan. Saya memang fail mengajar. Kalau tak percaya, korang boleh tanya pendapat adik-adik aku berdua tu. Confirm dorang angguk kepala, penuh saksama. Setuju tanpa perlu menjaga hati kakak mereka ini hahaha... 

Bila mengajar, emosi cepat je nak melenting. Ton suara automatik naik dan naik lagi seiring dengan tapak tangan. Cepat je rasa nak tunjal kepala. Atau nak cubit-cubit peha. Walhal diri sendiri pun tak pandai mana.

Pernah dulu aku cakap kat mak... "Besar nanti epa nak jadi ustazah!" Muka serius confident. Mak pandang aku dengan muka bercahaya bangga dengarkan cita-cita anak perempuannya ini. Sedang kakak aku pulak boleh terbahak-bahak gelakkan aku dengan muka penuh perasaan. Cisss.... Sejujurnya aku cakap camtu sebab nak sedapkan hati mak je. Hakikatnya aku memang tak minat menyandang status guru. Rasa terbeban bukan kepalang. Justeru bila zaman kecik-kecik, cikgu tanya nak kerja apa bila besar nanti. Aku dengan yakin tulis, jururawat, pramugari (tiru kawan) dan doktor. Tah kenapa jawatan besar aku letak kat pilihan ketiga. Nampak tak sikap humble aka rendah diri aku itu? hahahah.... Gila!

Berbalik topik aku tak suka jadi cikgu tu. Harini buat lawatan kat sekolah Damia. Borak dengan cikgu-cikgu sekalian, maka tahulah aku. Lepas ni wajib aku tekankan subjek pembelajaran pula dengan Damia. Damia sangat bijak, cuma  terlalu malu nak luahkan kata-kata. Nak-nak waktu pagi. Orang ni mengantuk. Masakan tidak, tidur pun lewat malam. Puas ajar tidur awal pun. Nak melayankan iPad nya bawa ke pagi. Manalah tak kantuk waktu sekolah kan....

Tapi subjek art memang nombor satu! Cikgu kata, kalau nak kembalikan mood baik Damia, kena mulakan kelas dengan aktiviti mewarna. Haih... memang anak mummy la Damia ni. Dan Cikgu Damia pun cakap, "Dah emak dan ayahnya orang seni..."




Won Baucar Hotel Concorde ~ Majalah Rapi

Syukur alhamdulillah... pertama kali Wan menang baucar penginapan percuma di hotel sempena sertai peraduan. Baucar ni atas kemenangan sertai contest Majalah Rapi. Wan dapat hadiah baucar penginapan di Hotel Concorde Shah Alam. Dekat je dari rumah. Tapi kalau sekali sekala nak merasa tidur hotel, apa salahnya kan.
Baucar ni boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh dikeluarkan. Ada masa senggang nanti bolehlah cuti-cuti tidur Shah Alam hehe... Sebenarnya dah lama terima hadiah ni, tapi asyik lupa dan bertangguh je nak menulis pasalnya. Sekali lagi, terima kasih banyak pada Majalah Rapi dan Kumpulan Karangkraf!

Monday, April 23, 2012

Won Grand Prize Marigold Fair Contest!

Alhamdulillah.. Wan menang hadiah Grand Prize untuk Marigold Fair Contest anjuran bersama Marigold dan Pasaraya Hero. Wan dapat sebuah TV LCD 40" berjenama Toshiba. Syukur alhamdulillah... Berkat rezeki di bulan April. Majlis penyampaian hadiah diadakan pada jam 11 pagi, sabtu lepas di Pasaraya Hero Puchong. Syukur majlis berjalan lancar.

Pemenang kedua menerima sebuah iPhone4.Tempat ketiga menerima sebuah digital kamera, manakala pemenang saguhati mendapat voucher pasaraya HERO bernilai RM200.

Gambar pemenang bersama keluarga dan penaja peraduan.

 
Hadiah yang bakal diberikan kepada semua pemenang.

Sempat berkenalan dengan comper Kak Ellia dan anak bongsunya Zaim. Kat sini ramai pro comper sebenarnya. Tapi Wan tak berapa cam. Brader yang duduk di sebelah kiri sekali, banyak kali menang siggy contest. Antara pemenang contest Amazing Wins 7 Eleven lepas. Dapat TV LCD 55" lagi! Waaa.... Memang hebat-hebat belaka kalau nak borak pasal contest tak habis hehe...

Minggu kedua berjalan awal pagi. Damia masih monyok tak cukup tidur. Syukurlah tak buat peel. Malah happy mood jugaklah jumpa kawan baru :)

Goodies yang diberikan kepada setiap pemenang. Jus Marigold yang perisa epal tu memang sedap sangat. Rasanya tidaklah terlalu manis atau masam. Memang sedap!

Inilah borang penyertaannya. Ingatkan dah habis langsung simpanan borang contest ni. Punggah-punggah borang lama, terselit satu. Bolehlah tengok dan ingatkan semula contest yang mana satu Wan join ni.
Ironinya, surat rasmi menang peraduan ni diterima pada hari  majlis penyampaian hadiah! Sepatutnya surat ni sampai dalam tempoh seminggu sebab pemenang kena bawa surat bukti. Bila surat tak sampai, admin kena fax sahaja surat hadiah. Syukurlah segalanya berjalan lancar dan TV LCD tu pun dah selamat diterima.  Ini TV LCD kedua Wan terima tahun ni. Dan TV ketiga Wan menang sepanjang sertai contest. Syukur alhamdulillah...

Friday, April 20, 2012

Layout blog ke laut!

Aik? apa dah jadi dengan layout menulis blog ni? Rasanya baru pagi tadi belek nak menulis entry baru, pastu delete entry balik. Tapi takpelah, janji layout ni masih munasabah nak follow lagi. Jangan dia minimize kan segala icon sampai jadi pening nak berblog! 

Malas. Yelah... malas pula nak menulis sekarang ni. Kepala rasa sarat je. Macam ada asap berkepul-kepul atas kepala. Belakang dan dalam telinga. Mungkin sebab hari-hari tidur lambat. Tak cukup rehat.

Esok nak kena pergi event kat PJ. Waktu pagi jugak. Baru je sabtu lepas berjalan awal pagi. Pukul 10 pagi itu consider awal ya. Biasanya jam 3 petang baru terhegeh-hegeh jalan keluar hari sabtu. Lewat malam baru balik haha... Alhamdulillah... ada rezeki dengan contest. Esoklah kita cerita. Kalaupun tak sempat berblog. Mungkin update dalam facebook.

Waktu ni kepala rasa semacam je. Banyak benda nak buat. Sampai tak terbuat. Nak cari idea dulu. fikir fikir... na na na na na... 

Owh, serasa jengkel je nak mencari kedudukan icon ni semua haha...

Wednesday, April 18, 2012

Won voucher McDonald, Motor Trader contest!

Semalam dapat sepucuk surat dari Motor Trader Magazine. Wan join reader survey Motor Treader. Dapatlah voucher McDonald bernilai RM10! 

ohoho... Sejujurnya Wan tak pernah menang voucher McD mahupun KFC sepanjang join contest selama ni.  Sebab Wan sendiri tak pernah join contest yang menang voucher2 fastfood ni. Tak tahu pula hadiah survey Motor Trader ni voucher McDonald. Kira pertama kali menanglah ni hehe... Akhirnya... dapat juga voucher fastfood ni. Trimas Motor Treader. Julung-julung kali join dan menang contest dari majalah ni. Wan tak pernah beli pun magazine ni. Kebetulan bulan februari lepas hubby beli nak tengok jenis kereta. Wan amik peluang isi form contest. Sangkutlah salah satu contest dalam keluaran tu. Syukur alhamdulillah....

Tuesday, April 17, 2012

Shopping Spree with Cosmoderm! Won 1st prize peraduan Sunny Shopaholic!

Alhamdulillah... selesai sudah acara shopping spree dengan Cosmoderm yang berlangsung sabtu lepas. Syukur alhamdulillah... Wan memenangi tempat pertama dalam peraduan Sunny Shopaholic Cosmoderm! Sangat mengejutkan sebab Wan sendiri tak confident menang apa-apa dalam contest ni. Saingan yang sangat hebat dan para peserta pun semuanya kreatif dan cantik-cantik belaka.

Sabtu tu kami berkumpul di  Paddington House Pancake di Midvalley jam 10 pagi. Tapi kami terlewat sikit. Yumie pun baru sampai masa ni. Tapi dah siap order breakfast sekeluarga. Masa ni sessi berkenalan dan penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan haritu.

Selesai makan, kami bergambar beramai-ramai depan Paddington House Pancake. Lepas tu setiap pemenang disertai pengiring dari Cosmoderm dibenarkan bersiar-siar mencari hadiah yang ingin dibeli. Maka bermulalah acara shopping spree dalam Midvalley :)

Target utama Wan terus ke Jaya Jusco tingkat 2. Wan dah siap senaraikan barang-barang nak beli. Supaya dapat target nilai keseluruhan barang yang dibeli. Tapi... lain yang ditulis, lain pula yang dicapai! hehe... Benda pertama yang tersenarai dalam list barangan Wan ialah Printer laser Xerox. Yang kedua alat steamer berjenama Firenzzi ni. Alat ni macam seterika gak. Bezanya kita tak perlu nak guna iron board. Cuma gantung dan layangkan pemanas sekeliling pakaian. Siap diserika :) Dah lama nak beli alat ni. Tapi sebabkan mahal, tangguhlah dulu. Dan peluang dapat shopping free memang sangat berbaloi. Dapat beli barang yang selama ni diidamkan saja. Akhirnya!

Damia siap order beg troli Hello Kitty berharga RM99! Beg ni bolehlah bawa berjalan atau ke sekolah. Wan belikan rak Princess berharga RM199 untuk Damia. Tujuannya nak ajar Damia belajar mengemas sendiri barang-barang permainannya yang selalu bersepah di keliling rumah. Hadiah lain yang Damia dapat, set permainan berharga RM5 di Honade Shop. Cash RM5 tu ngam-ngam mencukupkan nilai Rm2k!

Hubby sedang dengar penerangan cara-cara nak gunakan printer laser jet Xerox. Wa... memang besh printer ni. Kat opis pun guna printer Xerox. Compare dengan printer ink jet. Laser jet ni lebih pantas dan warnanya pun lebih cantik. Cuma... mahal sikitlah. Memang dah lama teringin nak beli printer laser peribadi. Hubby yang galakkan beli printer ni. Syukur, dengan hadiah dari Cosmoderm, banyak barangan yang diidamkan berjaya dimiliki. Terlalu happy!

Miss WaiWai dan jurufoto freelance (maaf lupa namanya). Mereka mengiringi kami sepanjang acara shopping spree ni. Sangat sporting dan ramah. Banyak berborak dengan Miss WaiWai tentang produk Cosmoderm dan hadiah yang Wan pilih haritu :)

Hadiah terakhir yang jadi pilihan Wan ialah basikal senaman berharga RM799 ni! Memang dah lama nak beli basikal ni. Buat kegunaan keluarga di rumah. Sangka hanya boleh shopping dalam Jaya Jusco. Rupanya boleh pergi ke mana saja kedai dalam Midvalley ni asalkan cukup dengan cash 2K! Bila pusing-pusing JJ dah takde benda nak beli, Wan target nak belikan gelang atau rantai emas untuk Damia. Kalau tak jumpa alat senaman yang dihajati, memang barang kemaslah sasaran Wan. Tak sangka, keluar saja sama level dengan JJ tingkat 2 ni, terus jumpa kedai alat senaman. Kedai pertama, Wan masuk pusing dan keluar balik. Sebuah basikal berharga sekurang-kurangnya RM1000 lebih dan ke atas, sedangkan baki cash tak sampai 1K. So Wan singgah ke Aibi. Jumpa basikal yang dihajati! Siap ada potongan harga lagi. Memang berbaki lagi duit yang ada. Staff Indian ni siap tanya lagi macam mana Wan join contest sampai menang 2K. Berminat sangat dia nak tahu pasal contest montest ni hehe...

Mencuba basikal yang dibeli. Inilah basikalnya. Sorry tak dapat paparkan penuh. Ambil gambar pun separuh je hehe... Harini kalau takde aral, basikal ni akan dihantar ke rumah. Tak sabar nak berbasikal sambil bersenam.

Lepas penat bershopping kami berkumpul semula di The Yogitree, The Gardens, Mid Valley. Makan tengahari di sini ditaja sepenuhnya oleh pihak Cosmoderm. Tempatnya cantik sangat dan terpencil sikit di aras 1 The Garden. Miss WaiWai maklumkan, biasanya tenpat makan ni sunyi dan selesa je. Tapi kebetulan hari sabtu tu ada acara catwalk kanak-kanak kat tingkat bawah. Maka gegak gempita jugaklah suasana petang tu.

Nasi lemak istimewa berwarna hijau. Damia memang berselera makan sampai hampir habis. 

Tahniah buat Cik Athin yang cute, pemenang tempat ketiga. Cik Athin memenangi hadiah cash bernilai RM500! Puas shopping untuk diri sendiri kat Athin. Athin ni buka bisnes mengandam. Sempat mengusik Cik Athin, confirm picca beliau lawa sebab orangnya pandai bersolek :)

Lepas jamuan tengahari, sessi bergambar dengan hadiah yang dipilih. Ada yang tak lengkap dalam hadiah Wan ni sebab basikal senaman tu akan dihantar melalui delivery hari ini. Tapi semua yang ada ni pun dah memenuhkan ruang meja. Barangan pilihan Wan Beg sekolah Hello Kitty milik Damia bernilai RM99. Rak Princess bernilai RM199. Steamer Firenzzi bernilai RM298. Printer laser Xerox bernilai RM599. Basikal senaman Aibi bernilai RM799. Permainan Damia dari Henode Shop bernilai RM5. Alat senaman  bernilai RM69 di sebelah Damia tu diberi secara percuma dengan pembelian basikal senam di Aibi. Alhamdulillah... Cukup RM2000 tanpa perlu menambah sen :)

Yumie pemenang kedua! Yumie pilih gelang emas buat anak perempuannya. Memang berbaloi emas tulen bernilai RM800 lebih tu. Ini kali kedua Wan jumpa Yumie tau. Pertama kali jumpa masa penyampaian hadiah contest Jacker dulu. Yumielah pemenang yang dapat RM20k! wuhoooo! Tak sangka berjumpa lagi kita kan Yumie... Walhal sorang di Kelantan, sorang di Putrajaya jarak jauhnya. Nak jadi jodoh berjumpa lagi. Yang terharunya Yumie sanggup bawa anak-anak ke KL untuk hadiri acara shopping spree ni dalam keadaan sarat mengandung (8 bulan). Kalau Yumie tak bawa anak bujangnya ni, Wan memang sangka Yumie cuma ada anak perempuan tunggal je. Rupanya yang sulung dah bersekolah darjah 3! Ibu muda lagi berbakat lah ni :) Kalau nak tahu... sebelum pengumuman pemenang contest ni. Yumie ada cakap kat Wan "Gambar Wan cantik, confirm boleh menang" Jujurnya Wan tak confident pun. Sebab tu dengan rendah hati cakap "susah nak bersaing dengan peserta cantik molek yang lain". Tak sangka berkat masin mulut Yumie, Wan dapat juga hadiah pertama. Oh ya, cakap pasal masin, Yumie siap bawakan telur asin yang dibuat sendiri dari Kelantan untuk Wan! Wawawa... Terharu sangat.. Memang jaranglah dapat kawan yang sebaik macam ni. Trimas Yumie... Wan tak bagi apa-apa pun kat Yumie masa kita jumpa tu. Harap-harap lain waktu dan hari kita dapat jumpa lagi. Dan harap-harap kat event contest  jugak hehehe...

Para pemenang dengan hadiah masing-masing. Gambar hadiah Athin tak sempat nak ambil. Tapi nilai RM500 cash memang berbaloi sangat sebab Athin beli pelbagai barangan besh untuk diri sendiri. Make up, handbag, seluar jeans dan semuanya berjenama. Memang besh sangat!

Staf Cosmoderm. Terharu dengan layanan mesra kalian. Puan Mawarni memang ramah dan baik hati sangat. Sepanjang masa ambil peluang berborak dengan semua pemenang.  Miss WaiWai yang tak lekang senyuman dan tabah mengikut kaki Wan sepanjang masa. Miss Nadia designer yang ramah dan sempat kongsi tips contest dengannya haha... Dan semua staff lain. Dari pagi sampai ke petang dirai dengan mesra sangat. Terima kasih kerana memilih penyertaan Wan sebagai pemenang hadiah pertama. Kenangan sertai shopping spree ni takkan mudah dilupa sampai bila-bila. Akan datang kalau ada lagi contest dari Cosmoderm, jangan berlengah sertainya. Sebab penganjur memang besh dan gempak sangat. Terima kasih Cosmoderm!

Won 1st Prize Sunny Shopaholic Contest! Cosmoderm

Alhamdulillah... hadiah paling bermakna tahun ni. Jujurnya sebelum Wan dapat tahu keputusan contest Cosmoderm ni. Wan terlebih dulu berborak dengan geng comper Wan, Yus. Yus masa tu baru saja dapat keputusan menang hadiah shopping spree Tesco sebanyak RM1888! Wuhooo! Tumpang bangga sangat dengan kawan yang sentiasa murah rezeki dan tak kedekut berkongsi cerita dengan Wan. Citer Wan kat Yus, tak pernah sekali pun sepanjang Wan join contest ni menang apa-apa hadiah dapat shopping spree. Yuas pun doakan Wan menang something nice, dapat peluang bershopping spree pula. 
 
Dan bagai kena dengan masinnya kata-kata Yus, tak berapa lama lepas tu keputusan Cosmoderm keluar. Dan Wan terpilih sebagai pemenang PERTAMA! Hadiahnya shopping spree barangan bernilai RM2000! Alangkah beshnya!  Tuhan je tahu betapa terkujatnya Wan masa tu. Rasa tak terdetak kot jantung sebab terkejut sangat. Sebelumnya dapat keputuasan menang emas RM5K lebih. Dapat LED TV misteri 42". Dan ganjaran Cosmoderm pula. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah...

Berikut kata-kata yang ditulis dalam facebook Cosmoderm (Halal Personal Care Products):
 
Kami ingin mengucapkan TAHNIAH! kepada para pemenang Sunny Shopaholic Contest (1 Jan - 29 Feb).

Tempat 1: Wan Hairulshifah Binti Wan Zahari

Tempat 2: Che Azyumi Binti Aziz

Tempat 3: Fatin Nur-Aisya Bt Jamalullar

10 Hadiah saguhati:


... • Nurul Hidayah Mislan
• Chong Chin Keow
• Yang Mahirah Binti Abd Ghani
• Che Mahiran Che Ismail
• Chan Kooi Foong
• Rizal Bin Ahmad
• Nor Isnani Tan
• Noorhasnieda Tajuddin
• Arzura Bt Razak
• Noor'Ain Bie Che Aziz

Hadiah Misteri:

• Norshah Mila Bt Mohd Nor
• Suzi Fadhilah Ismail
• Annis Farahdilla Mohd Radzib
• Linda Wati Binti Abu Ma'sod
• Nurhidayah Bt Mohammad
• Umadaui Rengelesh
• Nurayuni Sulaiman
• Misah Bt Mahmad
• Azlina AB.Ghani
• Noor Hassianah Bt Mohd Helru
• Mashani Bt Samsudin
• Nurul Natasya Abidin
• Norsyairah Mohd Nawawi
• Nur Izzati Binti Minal
• Rafidah Bt Rosman
• Noor Afidatul Bt Roslan
• Aliah Razlih Bt Ahmad Roslan
• Maisa Aslim Jamaludin
• Hasnulfikri Bin Mahbot
• Faridah Binti Ismail

Tunggu panggilan dari kami. Terima Kasih sudi meluangkan masa dan menyertai peraduan Cosmoderm.

Jangan lupa sertai kami di Guardian Mid Valley dan Guardian Bandar Puteri Puchong bermula pada 26 Mac 2012 hingga 1 April 2012. Anda boleh dapatkan potongan harga untuk semua produk kami.

Kunjungi kami di Vitacare Taman Melawati dan dapatkan konsultasi percuma pada 31 Mac 2012 bermula jam 10 hingga 2 petang.

Jumpa di sana!
 
Gambar yang Wan hantar sempoi sangat. Wan memang rendah hati mengaku tak yakin menang apa-apa hadiah GP. Namun sudah tertulis rezeki Tuhan nak beri. Gambar comot-comot pun sangkut menang hadiah pertama. Penghargaan tinggi buat penaja contest, Cosmoderm yang sudi memilih gambar Wan sebagai salah seorang pemenang. Rasa terharu sangat. Besh bila produk yang diamalkan berikan ganjaran bermakna buat diri sendiri. Terima kasih Cosmoderm. Syukur padaMU Ya Allah... Alhamdulillah...
 
Jap lagi Wan update entry pasal kisah-kisah disebalik shopping spree sabtu ni. Nantikan eh!
 
 

Friday, April 13, 2012

Hobi Mia terbaru. Layan Youtube dengan iPad2.

"Mummy nak makan apa...?" Sambil mata cepet dengan bola mata hitam penuh bersinar-sinar tengok muka aku. Kedua tangannya diletakkan kat dagu. Siap melenggokkan kepala ala-ala waitress nak ambil order. Tengah serius hadap kerja kat komputer rumah semalam, dek terlihatkan peel Damia tu terus tercetus ketawa besar! Ai ai ai... Memang lawaklah cik Mia ni... Dialah penawar suka dan duka.

Biasa cerita pasal hadiah je. Harini nak kongsikan tentang kisah Damia yang terkini pula. Hobi baru Mia sekarang tonton youtube masak-masak, mainan playdoh, barbie, princess disney, baby belajar berenang dan lain-lain lagi. Kalau iPad2 dia dah kering bateri, pandai pula demand mintak di'caskan. Yang harunya, sampai waktu nak tidur pun nak hadap jugak iPad! Semalam sampai kena marahlah, barulah tersengguk-sengguk nak tidur. Sian Mia...

Cuma yang kelakarnya bile tengok peel Damia. Suka tiru cara orang berinteraksi. Kebanyakkannya video yang main masak-masak. Suka betul dia ajuk semula. Balik kampung haritu solat berjemaah dengan sepupunya Isya dan Mama Ngah. Seronok betul Mia bila dapat hadiah telekung baru dari Mama Ngah. Dulu Mia pernah dapat telekung dari neneknya. 

Aliya Damia, dialah penawar suka dan duka hidup kami sekeluarga :)

Thursday, April 12, 2012

Won THE VOW Hot contest

Alhamdulillah menang hadiah istimewa sempena contest Hot Magazine. Tak pastilah menang hadiah tempat ke berapa, sebab nilai hadiahnya memang lumayan. Semuanya limited edition keluaran khas The Vow. Buku nota The Vow bernilai RM300. Buku memori foto bernilai RM300. Buku nota kiub The Vow bernilai rm150. Serta tiket tayangan perdana untuk 2 orang. Terima kasih Hot Magazine :)

Wednesday, April 11, 2012

1 of 3 LUCKY WINNER Follow Me. Follow A-Mei Contest!

Yay! menang hadiah lucky draw  Follow Me. Follow A-Mei Contest! Hanya 3 orang terpilih bagi setiap bulan. 1 GP winner bulanan. 50 pemenang saguhati. Syukur cubaan pertama di bulan februari mengenai sasaran. Syukur Tuhan kabulkan keinginan menang hadiah lucky draw. POP sebanyak RM30 sahaja boleh menang hadiah tiket konsert dan Cornell Instant Shower yang keseluruhannya bernilai RM379! Syukur alhamdulillah...

Citer beria walhal hadiahnya pun belum terima lagi. hehe... Biasanya Wan dapat hadiah, baru Wan story dalam blog.Ada Tapi disebabkan contest ni masih ongoing, Wan rasa lagi besh cerita dulu. Manatau kawan-kawan yang baru tau pasal contest ni teringin nak cuba. 

Baru saja pengumumannya di lama facebook Follow Me. Masih berkesempatan kalau nak join untuk bulan 4 ni. Jomlah join. Manatau giliran kalian lak menang GP :) Oh, ya. Contest ni base on creative slogan. Cipta slogan dengan ayat berikut: i love FOLLOW ME. FOLLOW LOVE because .......... & ......... (tidak lebih dari 4 patah perkataan.)  Semoga bertuah ya.

Tuesday, April 10, 2012

Won Voting Base: Colour Grip Contest 2011

Hadiah tidak terduga sempena menyertai lucky draw, Colour Grip Contest 2011 lepas. Pihak penganjur Faber Castell telah memilih 10 karya kreatif untuk dipertandingkan dalam bentuk vote. Alhamdulillah terpilih di kalangan 10 peserta dan memenangi hadiah istimewa produk-produk Faber Castell dari penganjur.

Sebenarnya agak terlewat Wan tahu pasal contest ni. Secara tak sengaja je lepak kat Facebook Faber Castell. Rupa-rupanya dah beberapa hari contest voting ni berjalan. Sempat pula Wan buat promosi minta jasa baik kawan-kawan FB dan blog tolong vote. Syukur... ada juga yang sudi membantu. Pada kawan-kawan yang tolong klik like, jasa kalian sangatlah dihargai. Ada yang sudi promote lagi kat blog dan facebook masing-masing. Lagilah terharu Wan rasa. Hanya Tuhan yang akan membalasnya. 

Hadiah yang diterima seperti gambar yang di atas sekali. Yang paling gembira tentunya Damia. Damia suka sangat dengan gunting dan warna pensil Faber Castell ni. Beria nak belajar teknik mengunting, tapi Wan tak buka pu pakaging ni. Sebab pertama, Damia kalau tunjuk bakat buat kraf, habis semua kertas termasuk buku koleksi buku Barbienya jadi bahan. Kedua sebab tak tahu lagi ketajaman gunting ni. Mampu mengunting kertas yang tebal juga.

Borang peraduan Colour Grip Contest 2011. Tahniah kat adik-adik yang memenagi hadiah utama. 3 buah myvi! Kalau tak salah, 2 daripada pemenangnya masih belajar di sekolah menengah lagi. Memang sudah jadi rezeki masing-masing.... Tahniah!

Friday, April 6, 2012

Won Origin hamper worth RM835!

Alhamdulillah... terpilih dikalangan 6 pemenang memenangi hamper Origin bernilai RM835! Kemenangan ni sempena sertai contest Majalah Her World Januari 2012. Syukur... Wan tak pernah beli dan guna produk ni, sebab  harganya mahal. Memang kena sangatlah dengan kualitinya. Terima kasih Blu Inc!