Tuesday, November 9, 2010

Won contest ~ Kenangan Indah keluarga bersama Mamypoko

Pagi tadi dapat khabar gembira. Panggilan dari wakil Pa&Ma. Silap pulak tak tanya siapakah nama gerangan yang hubungi tadi. Terlebih gembira punya pasal. Alhamdulillah terpilih antara pemenang contest anjuran Mamypoko dan Pa&Ma.

Tiada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Semuanya sama rata bakal memenangi hadiah percutian dan penginapan 2hari 1malam untuk seisi keluarga di Bukit Merah Laketown Resort. Hadiah tambahan yang best: cash RM500 dan 3 bulan langganan Majalah Pa&Ma. Owh... jimat bajet membeli majalah tersebut 3bulan berturut-turut... Alhamdulillah... Senang hati dengan khabar ini.

Hari ini hati agak berseri kerana dua sebab. Dapat khabar gembira ini dan Damia dah gembira di taska barunya. Rezeki ini milik Damia. Dia yang pastinya gembira riang ria di resort tu nanti. Kalau takde aral dan dapat pergi, itulah kali pertama kami jejakkan kaki ke sana. Dah lama rancang nak pergi asyik tak jadi je.

Kena tunggu surat pengesahan dari wakil Pa&Ma atau Mamypoko. Insya'allah percutian itu akan berlangsung pada 11-12 Disember nanti. Dekat dah dengan tarikh lahir aku hehe... Ada sesiapa rakan blogger yang menang juga? Koling-koling yeh bolehlah jumpa gegak gempita kat sana :)

17 comments:

  1. tahniah yang.. dekat ngan kampung den tu bukit merah.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. wan kita ada join contest ni....tapi tak de rezeki...tahniah wan menang best hadiahnya kan berbaloi2 gitu...

    ReplyDelete
  3. wan, tahniah...syok tue
    leh bercuti sepenuh tajaan..hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnya... rezki tu... rezki anak..

    ReplyDelete
  5. tahniah...
    wan ni selalu menang contest...murah rezeki

    ReplyDelete
  6. congrats wan! last year nama adik ipar me menang (me yg antar):)
    have fun yer
    me suka bkt merah --dh 3 kali me holiday kat situ!

    ReplyDelete
  7. congrats! bestla dpt bercuti free :)

    ReplyDelete
  8. tahniah..best tu dpt cuti2..dpt cash lg

    ReplyDelete
  9. tahniah, bertuah dapat bercuti free...

    ReplyDelete
  10. trimas kawan2... benarlah kata orang tua2, ada hikmahnya sesuatu kejadian. lepas diduga sedikit masalah dan kecewa, dapat juga merasa sedikit kemanisan. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. join jugak tp tak dapat....tp ofismate saya dapat!

    ReplyDelete