Nuffnang

Followers

Wednesday, February 3, 2010

Tag A to Z

Sebenarnya sudah lama tugasan tag ini terperam di dalam draft. Terima kasih pada K.Tash sweet yang sudi menghadiahkan aku suatu tag yang memberatkan pemikiran aku ni. Bukan aku tak nak buat, tapi tiap kali aku bukak draft tag tersebut aku jadi blank. Tulis sikit aku save kendian aku merayap ke blog-blog kawan yang lain. Masuk balik ke draft tersebut, blank lagi dan berulang-ulang rutin yang sama untuk sehari suntuk. Kejadian ini berlarutan selama 3 hari berturut-turut. Disulami dengan rasa bersalah sebab masih belum tunaikan tag ini.

Aku begitu bercita-cita nak habiskan tag rumit bina ayat dari A hingga Z ini. Ketika beralasan ini pun aku masih dalam keadaan termangu-mangu nak siapkan tugasan k.Tash tersebut. Tugasan tu nampak saja mudah tapi susahnyaaaaa.... Tahap perah otak dah aku pikir satu persatu ayat yang sesuai. Aku memanglah tak sekreatif k.Tash yang berjiwa puitis tu. Sudahnya inilah hasilnya K.Tash... Sila-silakanlah gelakkan ayat tah apa-apa dariku. Betapa kemaruknya aku siapkan tugasan ni sampai terhantuk kepala. Baguslah masuk sikit idea berkat terhantuk kepala huhu...

A - aku seorang perempuan (korang mesti dah tahu) tapi mesti ada yang belum tahu yang aku berjiwa seperti seorang tomboi. Giler kasar jiwa dan raga. Aku jugak sebahagian dari otaku kerana mengumpul barang-barang peribadi yang comel-comel dan peminat setia komik serta bidang kartun dan lukisan.
B - bakatku mungkin pada bidang lukisan bukan nyanyian mahupun bidang joget.
C - cita-citaku menjadi pelukis berjaya, tapi sekarang hanya menjadi pelukis amatur sebab menjadi pereka grafik sebagai kerjaya utama
D - deko rumah suka yang english style, tapi sampai sekarang tinggal cita-cita je nak deko-deko ni. Inisiatif nak pulun deko memang tipis sebab mood asyik berubah-ubah.
E - Enaknya kalau dapat makan cheese cake. Nak2 secret recipe punya selera. walla! Ada sesiapa nak bagi coklat indulgence satu slice kepadaku? kirimkan ke alamat berikut no.16, blablabla... kui3...
F - Fakta terkini tentang aku. Seorang ibu bekerjaya. Quit moody dan sensitif ngengade kui3 Pengakuan tu. Ada sesiapa berani nak ngaku? Asyik puji diri je, sekali sekala jujurlah sikit ngahahaha...
G - garang dan kadang-kadang bengis ngahhahaaa...
H - Hati aku ni keras tapi mudah lembut. Aku mudah marah tapi cepat sejuk. Jadi jangan sampai aku melatah kerana marah nanti korang mesti benci kat aku. Sebab kalau aku laser sekali sekal burok! Dengan muka-muka aku burok bila menaip waktu marah ngahahahhaaa....
I - Ikut sukati je nak ubah-ubah style lukisan terutamanya dalam nak bina kartun. Variasi dan aku suka macam tu. Xplore skill. xsuka standart design je. cepat boring.
J - Jakun tengok pelukis melukis depan mata. Ini kisah benar. Percayalah.
K - Kagum dengan bakat-bakat seni muda mahupun yang lebih matang. Usia bukan penghalang. Aku tak kisah pada nama, asalkan pelukis tu berbakat aku memang suka. Apa ada pada namakan? Yelah selain royalti yang lebih masyukkkkk, selainnya nothing. cewah cewah... kata eksyen dariku kui3...
L - Lama dah tak balik kampung ha... Rindu nak cium pipi mak abah aku. huhu.... Anak hapa ni tak reti-reti balik kampung? Jenguk-jenguklah mak bapak ko di kampung, perempuan! Pesanku bernada marah kepada diri sendiri.
M - Malas nak join geng-geng berpuak-puak. Kalau tergaduh sesama sendiri akuuuu jugak wajib terlibat. Jadilah lone ranger jengjengjenggggg.... rileks2 je. Tapi sedeynya bila kena hentam kena hentam sorang-sorang la, takde sapa sudi backing huhu....
N - Nama sebenar aku panjang selalu disalahsebutkan oleh para guru. Seorang je cikgu yang betul-betul pandai sebut dan eja nama aku dengan baiknya. Sayang cikgu tersebut. Takmo sebut nanti dikatakan bias. ngahahahhaaa.... Aku bukan bias. Aku tak suka dibiaskan malah aku tak suka orang bias. Apa lagi berbiasan yang berkaitan.
O - Oreo adalah sejenis biskut. Pun takde kena ngena dengan diriku. Aku tak suka biskut oreo. aku suka biskut lain. Tapi aku tak ingat nama biskut tersebut. Oh... susah-susah je korang nak kirim kat aku biskut2 ni. Kalau sudi kirimla barang sekati dua biskut dari Famous Amos. Betul ke aku eja tu? Al maklum belum pernah cuba makan lagi. Tapi baunya membangkit napesu makan aku!
P - Penyakit paling teruk aku Sindrom (M) yakni malassss... Malassssss... malas...... banyak yang dimalaskan.
Q - Que Haidar ialah seorang pelakon lelaki di malaysia. Memang takde ngena-mengena dengan aku. Aku takde idea dengan huruf Q. Aku bukan peminat beliau.
R - Rasa rugi tiap kali tercicir nak join satu contest tapi mood contest aku ni banyak pasang surut. Sekarang dalam oren mood. Maknanya suam-suam kuku punya mood. Mudah frust bila kalah, tapi tak serik mencuba lagi. Apalah jenis bengong, orang tak hingin tersorong-sorong jugak ngahhahaa....
S - Suka melukis bermula usia 3 tahun. Cikgu lukisan pertama diriku ialah my pakcik seorang guru. Tak tahu guru apanya sebab aku pun tak ingat siapa pakcik tersebut. Dia bukan adik beradik maka bapak aku. Beliau cuma kawan pakcik adik mak aku. Korang faham? tak faham boleh email kepada aku, nanti aku ceritakan kisah lanjut dengan cara lebih puitis.
T - Tempat mengadu tentulah en.hb dan kakakku serta adiku Atin. Mengade-ngade dengan dorang je la.
U - Untuk kesekian kalinya aku nak sebut aku suka melukis. Sengaja sebut berulang-ulang kali sebab inilah satu-satunya ayat yang aku rasakan releven dengan diriku.
V - Van kat Sabah dorang panggil bas. Memang takde ngena dengan tatahidupku. Takde ayat nak pikir dah ngahhahahahaa...
W - wansteddy tu nama gabungan nama sebenar dengan nickname berforum kat AMNET dulu.
X - X-ray pertama masa nak wat medical cek up nak masuk UiTM dulu. Kawan-kawan tengok paru-paru aku hitam sedut banyak habuk kot ngahahahhaaa...
Y - Yang paling diutamakan sekarang tentulah my lovely doter Aliya Damia.
Z - Zaman muda dah berlalu, kena pikirkan masa depan pulak. weh, bilalah cita-cita aku nak termakbul ni.... Aku bercita-cita membuka sebuah blogshoppe. Tapi belum usaha aku dah rasa sangsi nak mencuba. Semangat paras kuning je. Maknanya kurang berminat nak berniaga. kui3...

Okes. Aku kira lengkap sudah ayat A-Z. Walaupun banyak sungguh merapu tapi aku kagum jugaklah dengan diriku. Sekali type je dapat satu cerita. Nak dibandingkan termangu-mangu sebelum ini, prestasi ini menunjukkan merapu2 aku jalan jugak tugasan susah ni ngahahaha...

Dengan kejamnya aku nak tugaskan tag ini kepada mereka-mereka ini. K.Tash amanahka aku bagi tugasan ini kepada 30 rakyat jelata bloglist aku. Tapi aku dengan baik budi bahasanya menjemput sekalian mereka-mereka ini meneruskan legasi perah otak sepertiku. Silakan wahai....:

1) k.Yantz ~ yantzyeem-yantzyeem
2) k.Nza ~ k.nza 4fn1mf-family
3) my bro ~ BABAH NEMI ~ my abang
4) Oniey ~ Wahimazya
5) Syahadah ~ hadani
6) Kak Sari ~ Fitrah Cinta
7) Miss Q ~ MoMMy Qastalani
8) Ema Red ~ Hati Ema
9) Izza ~ It’s My SouL
10) Ida ~ senari biz

Seploh orang je, aku tak nak dituduh kejam sangat ngahahaha.... Kenapa mereka-mereka ini menjadi mangsaku? Kerana aku suka baca entry-entry dalam blog mereka. dengan harapan mereka-mereka jugak sama bingung sepertiku semasa membina ayat T____T

14 comments:

Natasha said...

wah!!!!!!!!!!!!!!!!! cayalah.....!!

tapi xboleh balh bila masuk cerita Que haidar..hahahahah guling2 kak tash jatuh kerusi cm nangka WANGI..(napa asyik sbut busuk jer) ..hakhakhak.,.... Tahniah dan wan sememangnya kreative... x payah guna bunga2 pun blh wat satu tagged kan...

ha jgn lupa contest kak tash tuh...perah hotak cik hub suh dia wat surat cinta

Wansteddy Tales said...

alamak... kalau buat utk diri sndri xbleh ke k.tash? ngahahaa...
my hb ni bukannya romantik sngt. dia bg kat besday pn yg kosong je. hrpkn mesej sedia ada dlm kad tu huhu...

i z z a said...

adush..nama kita pn ade..hahaha..kena coti2 dlu nih nk wt tag..kasi tarik napas dlu..huhu

Wansteddy Tales said...

ye.. silakan ye cik adik. perah otak macam hakak ni. 3hari3malam jenuh memikirnya kui3...

Bukan Bidadari said...

alamak aku kene tag ke? utang dulu yer teddy....

Wansteddy Tales said...

boleh2... tp kalau hutang kena bayar bunga sekali ha. kui3

yantz-yeem said...

pasal ko kejam sgt haaa????haaa???huhuhhuhu...aku dah le tgh bengong nak reka sign kretip...pantun lagiks...nie senang lenang ko bg aku 1 keja...hwaaaa.a....ada ms aku wat eks...

Wansteddy Tales said...

muahahaaa...
sbb aku pn dah bengong pk berhari2 maka aku nk bg jugak org len merasa tahap kebengongan aku tersebut. sungguh seksaaaa ngahahhaaa

NzA said...

mama....tolong akak, akak kena tag lagi...hu.hu.hu.....

apapn ni tndanya org ingat n syg(ye ke syg tu wan????) kt kita knx3...Aduzzzz, ni kena g brtapa kt gunung ledang dulu..nk cr ilham tu...

Xpe kak nza ttp akn sahut cabaran ni...tungguuuuuuuu!!!!!

Unknown said...

ko tag aku ted..aduuuh duh duh duh duhh!!!

Wansteddy Tales said...

k.nza... sbb sayang la ingt k.nza :)
sila2 bertapa k.nza. tp wan rs k.nza petik jari je boleh jawap. org yg terer berbahasa ni k.nza mmg sesama spesis dgn k.tash. berjiwa puitis kan3 :)

hada...aku suke org terkesima dgn tugasan ni kerana aku pn gelabah msa dpt tag ni tau huhu... tq kepada k.tash yg sudi memerah otak aku. sungguh dahsyat impak a2z ni huhu

Natasha said...

alahhh kaang jer ler..akak buat x sampai pon 15 minit..hakhakhak sbb ia luahan hati akak buat.............................(auwwwwwwwwwwterkesima sekejap)

Wansteddy Tales said...

tu la dah faham... k.tash ni mmg berjiwa puitis. bukan calang2 boleh siap 15 min je tu.

wan hairunizam @ cob acong said...

haah..memang ko la tu..kekadang dtg gak la rasa cam tak caya je adik aku ni dah ada anak huhuhu...
klu tgk awan damia mesti ingat ko..hehehe..