Yay~ Siap 1 drawing baru Kanak-kanak Merdeka. Kali ini untuk kegunaan pertandingan mewarna anjuran Unit Library, MoA. Sempoi je drawing kali ni sebab target untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah. Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna rasanya macam terlalu banyak nak diwarnakan dalam masa yang singkat. Jadi aku minimakan ruang dengan 1 karektor kanak-kanak. Ini versi perempuan. Sketch untuk lelaki masih dalam proses.
Latar belakangnya kubiar saja kosong, boleh dorang lukis mengikut kreativiti masing-masing. Dalam pertandingan mewarna, 3 faktor utama menyumbang kepada kemenangan. Meh hakak nak sharing tips. Lepas ni boleh sharing dengan anak-anak ye. Tips ini jugak khas buat para juri yang nak bagi markah. Sebelum-sebelum ni selalu jugak dengar rungutan kalangan ibu bapa, juri tak reti buat kerja. Okey, sekurang-kurangnya ilmu yang tak seberapa ni bolehlah kalian gunakan untuk menjawap persoalan dari ibu bapa dan penjaga yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemarkahan korang.
Pertama: Kalau lukisan ada ciri kemerdekaan, PASTIKAN warna bendera diwarnakan mengikut susunan yang betul. Jangan hentam kromo je lebih-lebih lagi bab jalur merah putih tu. Paling tricky kalau bendera dalam lukisan tu jenis berkibaran. Pening peserta nak suai padankan warna jalur. Kat sini je markah utama ditandakan. Silap 1 warna, skip untuk next winner. No bias, walaupun lukisan kita sangat cantik dan ceria. Inilah yang selalu mak bapak pertikaikan dalam pertandingan mewarna. Anak okey je, mak bapak yang lebih-lebih. Tak nak kalah hohoho.... Argue dengan juri sambil pertahankan karya anak. Bila kita explain, tak puas hati. So kiranya, jawapan aku ni menjawap persoalanlah ye kenapa lukisan anak anda tak layak menang hadiah utama ye.... Cantik bukan jaminan jika kita ketengahkan elemen kemerdekaan. Pastikan warna bendera anak anda betul.
Kedua: Kreatif. Ada sesetengah peserta memang punya skil mewarna yang tiada tandingan. Tapi lukisan boring tanpa unsur kreativiti. Jika latar belakang kosong seperti gambar di atas. Sila penuhkan ruang sebaik mungkin. Bergantung kepada tahap umur peserta juga. Kalau muda belia kita berharap dorang lukis macam Picasso, tak agak-agaklah kan. So... ibu bapa, didiklah anak anda jadi lebih kreatif dalam menzahirkan kreativiti dalam lukisan mereka.
Ketiga: Cantik dan ceria. Ini tipikal. Sekali pandang, terus menangkap mata. Warna ceria dapat menyuntik semangat. Kan keceriaan biasanya kita kaitkan dengan kanak-kanak. Walaupun memang ada segelintir peserta yang gilakan warna gothic: kelam, suram, gelap. Tak salah, tapi kurang digalakkan. Sebabnya inikan pertandingan kanak-kanak. Sebaik-baiknya lukisan diwarnakan dengan elemen ceria.
Lain-lain Tips:
Material mewarna: Masa kecik-kecik dulu aku selalu jugak masuk pertandingan mewarna. Tapi SELALU KALAH pada 'budak kaya'. Aku kata kaya sebab dorang bawak pensil warna sendiri. Selalunya box besar 1 atau 2 tingkat atau krayon. Aku? guna je pensil warna subsidi penganjur. Kalau penganjur jenis lupa / kedekut nak provide kelengkapan asas seperti pensil, sharener, pembaris dan pemadam. Standbylah kertas warna tiris sebab mata pensil warna kehausan haha...
Tak dinafikan jika kita gunakan alatan peribadi lebih bagus berbanding bergantung harap pada alatan yang diperuntukkan oleh penganjur. Bukan nak kata tak bagus, cumanya bila kita bawak alatan sendiri, lebih selesa dan kita faham macam mana material tu berfungsi. Aku tak suka krayon. Krayon menghasilkan lukisan yang kelihatan comot dan berkecamuk. Tapi krayon sangat bagus untuk menjimatkan masa. Sekali sapuan kita dapat penuhi sebahagian besar ruang. Dan aku rasa tak acilah bagi peserta lain yang terhegeh-hegeh kena sental pensil warna segaris demis segaris. So, aku agak skeptikal dengan pengguna krayon. Bukan menyampah, tapi tak suka. So, kalau aku jadi juri, pastikan anak korang tak guna krayon. Kes dengki zaman silam bawak ke alam dewasa, hahhaha...
Tips buat urusetia/penganjur pertandingan mewarna:
Mungkin benda ni pada korang leceh dan tak perlu. Tapi kena ambil kira jugak level kemampuan peserta muda kalian. Sediakan bendera di sekitar kawasan pertandingan. Sekiranya nampak ada peserta yang macam terkial-kial nak warnakan bendera. Tunjuk dan ajar kanak-kanak tersebut kat mana sepatutnya penggunaan warna tu diaplikasikan. Sharing is caring kan...
Gap antara ibu bapa/penjaga dan peserta:
Sesetengah penjaga memang suka duduk bersama peserta sebab nak tolong asahkan pensil warna yang dah tumpul. Cara tu memudahkan anak beri tumpuan penuh pada lukisannya. Tapi ada jugak jenis yang ambil kesempatan tolong warnakan borang peraduan anak. Bab ni memang langsung tak fair. Selalunya golongan parent yang macam ini yang akan berkicau bila penyertaan anak dorang kalah atau tak dapat nombor yang diharapkan. Pesanan penaja untuk golongan macam ni, "Makcik, awak 30-40an, saingan awak budak-budak umur 4 ke 6 tahun. Dari segi skill awak yang tip top marvelos, yes, awak layak menang. TAPI dari segi integriti awak dah fail! Anak kecik lagi, awak dah ajar jadi pemalas dan peniru yang hebat. Jangan nanti anak masuk Universiti, atas usaha makcik yang tolong siapkan thesisnya." Moral of d story. Penganjur HARUS buat gap yang berpatutan. Memadai buat tali penanda aras kedudukan peserta dengan parent di luar. Jika masih ada yang ketegaq masuk jugak dalam kawasan pertandingan. Aim lukisan anaknya. Pastikan penyertaan tersebut mendapat nombor yang berkelayakan dengan hasil usaha parent mereka. Kalau wujud lagi rasa simpati atau takut kena bash, saguhati pun okey. Kalau aku, hm.... sorrylah
Aku rasa sampai sini je yang mampu aku share. Tengah kejar masa buat sketches lain pulak. Ada masa dan mood berblog nanti aku muat naik lukisan baru. Oh ye, pada yang berminat nak gunakan drawing kat atas bolehlah email request pada aku: wansteddy@gmail.com. Jangan sesekali gunakan untuk keuntungan peribadi ye: Jual, terbitkan dalam bentuk buku amatlah dilarang sama sekali. Hakak tak redha. Kalau nak print out untuk pertandingan mewarna anjuran korang, no problemo. Dialu-alukan. Malah boleh berkongsi saja dengan mana-mana rakan yang berminat.
Lukisan ini free, tak perlu bayar.
No comments:
Post a Comment