Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, May 14, 2013

Won Weekly Mister Potato

Alhamdullilah... Sangkut hadiah mingguan dengan Mister Potato. Ini pertama kali aku join dan menang MP contest. Tahun-tahun sebelumnya cuma join sekeping dua POP (Proof Of Purchase) je sebab TAHU kemampuan diri. Dan SEDAR memang wujud comper lebih berkuasa bila melibatkan contest-contest jenis HP (High Purchase). Sebelum rasa kerugian, elokkan padamkan harapan. Join sekadar yang mampu.

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, diberi tawaran jadi proxy kawan baik. Niat aku cuma membantu saja. Dalam hati resah gelisah takut tak capai hajat menang. Bila dapat call semalam, serius, rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah... Nak jadi rezeki sangkut nama sendiri untuk contest ni. Dan aku tak sangka, kawan memang dah niat nak berikan ganjaran atas kemenangan tu. Sekali lagi, alhamdulillah... 

Niat yang baik, dibalas baik :)

Thursday, May 2, 2013

Header Mei 2013

Tukar header baru. Dorang dah tak nak dolly tu kan. Aku recycle je la buat header sendiri haha... Walaupun dah bertukar header, rasa kurang besh berbanding letak lukisan Shu Uemura lepas. Walaupun ada pembaca blog ni (ada ke?) dah boring. Aku tetap suka lukisan yang itu. Rasa macam lebih beridentitikan aku. Ewah!

Hari yang sugul. 
Monday Blues la katakan.... Kononnya!

UPDATE~
5:47pm 
*Dah petang baru aku perasan, 
hari ni hari khamis daaa... 
Kes mood cuti2 belum habis lagi, 
besok cuti balik kampung pula.
Tunaikan tanggungjawab~ mengundi!