Nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Won 6 tix P.Screening-Snow White&T.Huntsman!

Hadiah yang besh ialah tiket wayang free. Nak lagi besh movie yang digemari! Haha... Sebab tak perlu keluarkan cash demi movie. Tak perlu beratur tunggu giliran beli tix (walaupun biasanya beli online memang tak perlu beratur). Terima kasih pada Tonton NTV7 yang hadiahkan 4 keping tiket wayang. Jua pada Nuffnang yang berikan 2 tayangan perdana filem yang sama. Alhamdulillah... Rezeki bagussss.

Snow White and The Hunstman. Besh bagi penggemar filem dongeng dengan suntikan versi realisme. Tidaklah kita hanyut dengan lagu-lagu mendayu-dayu yang membuai kantuk macam filem klasiknya atau filem Mirror Mirror. Sekurang-kurangnya efek seram tu lebih bermakna dengan trol huduh dah drawf aneh yang serius berkedut. Bukan kedut-kedut comel macam dalam kartun tu haha...

Salute pada Charlize Theron! Serius nak tengok sangat filem ni sebab adanya Minah Amerika Selatan ni. Berkarekter dan lawa sangat. Tak gitu excited nak tengok Kristen Steward. Baguslah kurang adegan mula blur-blur bengang yang dia selalu buat dalam filem Twilight tu haha...

Menariknya Damia layan jugaklah filem ni walaupun banyak unsur ganas. Tak macam filem MIB3 lepas, kali ni kurang sikit karenahnya. Mungkin sebab takde karektor alien. Damia takutkan alien sejak tengok filem Mars Need Mom. Dia takut kalau alien culik mommynya. Biasa aku usik Damia, kalau Mia nakal, nanti alien amik mommy macam cerita tulah. Tak sangka Mia betul-betul takut kat alien. Kesannya? MIB3 lepas tengok tak sampai separuh jalan. Dan ada kejadian tidak diingini kat GSC Alamanda. Bencik bila diingat-ingat. 

Kesimpulan cerita ni, besh ke tak besh? Jawapanku... memang superb!

No comments: