Nuffnang

Friday, October 12, 2012

Won Grand Prize PAINTED SKIN: THE RESURRECTION - MEDIA HIBURAN

Syukur alhamdulillah... Antara hadiah yang paling besh dan bermakna tahun ni ialah peluang memenangi tempat Grand Prize untuk Peraduan Painted Skin: The Resurrection anjuran Media Hiburan. Contest berdasarkan slogan terbaik. Hadiah bagi pemenang GP ialah sebuah travel bag berjenama DELSEY. Bentuk menarik luar dan dalam dengan pelbagai fungsi yang besh.

 
Bahagian dalam. Banyak poket compartment dan setiap satunya punya fungsi tersendiri.

Poket atas beg troli ni menempatkan bahagian untuk tempatkan pelbagai barang khususnya untuk travel macam pas tiket, pen dan lain-lain. Turut disertakan, beg make up untuk travel.

Laundry bag, beg simpanan laptop dan beg kasut pun disertakan bersama. Pendek kata dalam 1 troli beg ni macam-macam ciri keselamatan dan keselesaan disediakan bersama.

Dalam beg ada t.shirt edisi terhad filem Painted Skin: The Resurrection. Filem pertamanya Wan dah tonton kat TV. Memang besh! Filem kedua ni belum sempat tengok lagi. Tapi khabarnya filem kedua ni bukan kesinambungan kisah lama. Sebaliknya digarap semula dengan jalan cerita lebih mantap dan kesan khas yang lebih besh.

 Voucher RM100 saloon MIKO.

 Pas wayang RAM untuk 2 orang.

Alhamdulillah... Rezeki yang menguntungkan. Travel bag ni Wan dah rasmikan bawa ke Pulau Pinang.  Bilalah nak bawa berjalan ke Jepun eh hehehe... Berangan itu besh :D 

Terima kasih MEDIA HIBURAN!






4 comments:

JaSSNaNi said...

Wahhh.. ni pun best... tadi masuk blog Gieyana.. dia menang rm5k.. ni pulak dapat beg travel ngan ade lagi adiah2 sampingan... Hair Service? hehehehe.. service la sangat kan.. :) ok lah.. TAHNIAH to U.. :)

Nia said...

congrats dear :)

ibh_sue said...

Tahniah!!..Memang bertuah betul la.. :D

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

beg nie nampak comfy sangat wan