Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, October 12, 2012

Won Grand Prize Peraduan Sakan Raya Harian Metro

Alhamdulillah... ini antara nilai cash yang besar sepanjang Wan join pelbagai jenis contest. Nilai ini mungkin kecil bagi yang dah biasa pegang 4 ke 5 angka. Namun bagi newbie macam Wan, nilai sebesar ini cukup bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi memilih dialog kami sebagai pemenang.

4 Pemenang Grand Prize menerima cash sebanyak RM2,500.
Manakala pemenang saguhati menerima RM500 setiap seorang.

Sepatutnya hubby kena hadiri penyampaian hadiah yang dirancangkan petang semalam. Khamis, 11 oktober 2012. Tapi ada pula halangan atas tuntutan kerja. Hubby kena hadiri majlis yang bertempat di Jelebu. Jadi antara tugas hakiki dan majlis penyampaian ini, haruslah korbankan salah satu yang lebih mustahak. Biarpun rasa sedikit ralat sebab tak berpeluang temui rakan seperjuangan, tapi rasa bersyukur tu membatasi segalanya. Mudah-mudahan proses kemasukan cash kepada pemenang akan dipermudah dan dipercepatkan, amin... 

Tahniah kepada semua pemenang :D


3 comments:

JaSSNaNi said...

huwaaaaaaa... TAHNIAH... banyak citer pasal menang menang hari ni... nak gakkkk...

Wansteddy Tales said...

tq JaSSNaNi, bg kawan2 yg dah biasa menang besar, nilai wn dpt ni ciput je.. Bg wan, ini pn dah rasa bersyukur yg amat :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tumpang suka utk wan