Kalau pergi kedai, supermarket atau hypermarket, mesti banyak terpampang logo Halal JAKIM di mana-mana. Tapi kalau nak membeli produk makanan tu pastikan tanda halalnya bukan tiruan seperti di atas. Sama tapi tak serupa. Sebab sememangnya ada sebahagian tokey kedai yang buat printing sendiri logo halal ciplak. Sebab tu tak semena-mena je kedai kena tutup sebab pakai tanda halal palsu tapi hakikatnya tak daftar pun sijil halal dengan JAKIM.
Kat luar negara, kebanyakkan makanan khabarnya takde pula disertakan dengan label HALAL. Dan jika ada pun label halal memang kena baca isi kandungan. Sebab kebanyakan bahan campurannya agak meragukan. Moga terhindar dari termakan makanan syubhah dan haram. Amin...
Aku kongsi kat sini laman web Syubhah untuk kepastian status halal produk dalam Malaysia.
------------------------ RALAT ------------------------
Terima kasih pada en. Far-Red yang membuat teguran berkenaan info laman web Syubhah yang aku sharing sebelum ni. Sebenarnya aku dah buat hyperlink laman web JAKIM kat kenyataan di atas. Mungkin tak termuatkan, bila publish tak terlink pula alamat laman web JAKIM tu. Untuk Direktori Halal sila klik link yang disertakan yeh.
2 comments:
Salam puan.
Saya ingin menarik perhatian puan mengenai link laman web syubhah yang diletakkan di dalam entry ini. Setelah diteliti, saya berpendapat tidak semua maklumat yang dipaparkan di sini sahih. Sebagai contoh produk twisties dan appolo jika disemak di laman web JAKIM (http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia) masih mempunyai sijil halal yang sah.
Saya bimbang kandungan laman wab tersebut akan mengelirukan pengguna islam yang lain. Justeru, saya mencadangkan supaya link tersebut digantikan dengan link Halal JAKIM seperti di atas.
Terima kasih.
Terima kasih atas teguran dari En. Farid. Alhamdulillah saya dah buat pembetulan dalam entry ni :)
Post a Comment