Bakat seseorang tidak mengenal usia. Contohnya bagi pemenang Pertandingan Seni Texaco Kanak-kanak, Ireland, Shania McDonagh yang baru berusia 16 tahun! Tengok pada efek garis dan bayang dalam lukisan ni menampakkan ketelitian penuh dalam hasilkan lukisan ni. Aku sendiri pun tak rajin nak buat full drawing macam ni. Kalau pun ada, mungkin makan masa lama nak siap. Tapi remaja ni siapkan drawing ni dalam masa sebulan.
Waktu sekolah rendah dulu, ada budak sekelas dengan aku yang sangat berbakat dalam bidang lukisan. Seingat aku, namanya Rafati Andriani. Mudah ingat nama penuhnya sebab lain dari yang lain. Betul salah ejaannya belasah jelah, aku pun ingat-ingat lupa. Cikgu-cikgu pun suka sangat kat lukisannya. Kalau ada pertandingan melukis, tak payah beranganlah nak menang top prize kalau dia join bertanding. Mesti nama dialah di mana-mana.
Kagum dan jeles dengan bakat yang dia ada, aku try polish lagi minat dalam bidang lukisan. Nak-nak bila diapi-apikan dek kawan 1 geng dengan aku. Dorang tahu, aku suka melukis. Nah... sapa kata sikap cemburu tu tak bagus? Kalau kita takde rasa cemburu, takdelah hasrat nak pertingkatkan diri sendiri. Dan sememangnya kita kan kekal di takuk lama.
Masuk zaman belajar dalam bidang Seni Lukis kat UiTM dulu, aku jadikan emak kepada rakan sebilik aku sebagai sumber inspirasi. Kagum dengan bakat melukis permandangan dan potretnya. Sebidang kanvas boleh dipenuhkan dalam masa yang singkat. Sebuah lukisan dihidupkan bagai foto realiti. Itulah bakat pada emak Enie. Sampai sekarang aku rasa bertuah dapat kenal keluarga seni Enie. Bakat seni menurun dari ibu bapa kepada anak-anak. Bahkan aku sendiri cemburu tengok Enie yang gigih. Kemahiran dan konsep ideanya sentiasa segar dan menarik.
Inilah rupa aku zaman belajar. Memang tak lawa. Sedang kawan-kawan lain belajar bermain make up, dressing macam model, peraga kasut dan baju berjenama. Aku lebih gemar duduk dalam bilik hostel, baca manga Dragon Ball dan Dr. Slump. Sambil membaca tu aku suka tiru stroke lukisan Akira Toriyama. Sebab tu sampai sekarang aku masih suka lukis kartun, terpengaruh haha... Sedang kawan-kawan lain berseronok pergi trip berkumpulan, aku terperuk dalm bilik fikirkan projek yang bertindan. Live sebagai happy student memang ke laut. Too stressfull jadi aku. Gloomy... Moody. Ya, itulah dia Wan Hairulshifah, yang semua kenalan aku kenal.
Kadang-kadang bila aku down belajar sorang-sorang, jauh dari keluarga. Nak-nak masa tu susah nak telefon ke kampung. Henpon mahal zaman tu. Walaupun jenama Nokia cokia second hand, mak oi mahal. Jadi aku takde famili dan kawan tempat mengadu stress (bila kerja melambak-lambak) dan sedih (bila rasa keseorangan) dan down (bila kena marah dek lecturer atau dapat markah rendah). Aku jadikan rasa cemburu aku pada Enie sebagai pembakar semangat.
Aku fikir, aku kena struggle walaupun aku susah. Aku tahu, aku ada banyak kelemahan dalam bidang ni. Pendedahan aku kurang. Dengan takde internet di hujung jari macam zaman sekarang. Pastu, aku takde transport kalau nak ke mana-mana, cari bahan. Aku takde keluarga terdekat kalau nak adu masalah. Dan kawan-kawan sekelas pula tak semua faham kepala aku. Dorang disogokkan dengan kenyataan yang aku ni kaki moody sebab susah nak senyum dan jarang nak sosial (bersembang kosong atau ajak lepak di mana-mana). Sebab masa belajar dulu, kepala aku sarat dengan keinginan nak habiskan study dengan pencapaian markah yang baik dan lebih baik. Justeru, aku sendiri bataskan segala keinginan nak bermain-main zaman belajar. Impaknya, takde kawanlah. Kekuatan aku sebenarnya lahir dari keinginan nak cabar diri sendiri. Maka aku perbanyakkan sumber persaingan. Orang ni yang ada bakat bidang ni. Orang tu yang ada kemahiran bidang tu. Aku tak bergaul pun dengan dorang. Sebaliknya aku observe. Tapi yelah, kita manusia ada batas tersendiri. Sebanyak mana kita usaha, kalau setakat itu kemampuan kita. Terimalah seadanya.
Api cemburu biarlah bertempat. Kena tahu duduk kita di mana. Level kemampuan kita. Jika tak mampu nak ikut saing, tak berjaya, bertambah-tambah rasa cemburu meningkat pula jadi dengki. Kan dah tak elok tu. Ambil yang negatif jadikan positif. Nescaya kita sendiri akan rasa tenang dan happy dengan penerimaan tentang diri kita sendiri. Motivasikan diri kalau rasa ego + malas nak minta pandangan orang lain.
Kalaupun tak tercapai standart brilliant macam sumber inspirasi kita, sekurang-kurangnya kita dah USAHA. Kemahiran bukan datang ibarat petik jari. Tapi dari pengalaman dan usaha gigih. Dan jangan sesekali merendah-rendahkan diri sendiri jika tak mampu. Dalam bidang lukisan, semua karya adalah istimewa. Hatta secalit pensil. Setitik noktah di atas kanvas kosong. Itulah seni. Ada pelbagai teknik yang boleh kita aplikasikan.
Bila aku tengok lukisan aku zaman sekolah dulu pun, aku sendiri dok perleceh. "Owh, patutlah cikgu tak pandang pun hasil drawing aku dulu. Macam ni je standart lukisan zaman sekolah rendah aku." Tapi aku bangga dengan hasil karya sendiri. Bangga bukan bermakna riak ye. Bangga sebab aku jenis ada sentimental value pada setiap hasil karyaku. Sekurang-kurangnya aku mencuba. Walaupun orang lain tak suka, kutuk huduh, tak menepati citarasanya. Biarlah. Setiap orang ada pandangan dan selera masing-masing. Yang penting kita sendiri hargai setiap apa yang telah kita usahakan.
Setiap orang bermula dengan 1 titik pada 1 kertas lukisan kosong. Macam mana cara kita nak melukis, menghiasnya, terpulang pada daya kreativiti masing-masing. Berinspirasi: usah henti.
No comments:
Post a Comment