Nuffnang

Followers

Thursday, March 19, 2015

Krim & Sabun Mutiara Bumi rawatan untuk penyakit kulit

Minggu lepas suami ambil anak saudara dari madrasah, sekolah pondok. Luluh hati tengok keadaan dorang yang bagai kekurangan zat. Kurus sangat berbanding hari terakhir kami tinggalkan mereka di sana 3 bulan lepas. Sekitar bulan januari lalu. Baru pertengahan bulan mac, badan susut, muka cengkung, kulit bergelap dan berkudis teruk. Sampai bernanah dan berair. Rancangnya nak balik ke kampung jumaat lalu. Terpaksa tangguh perjalanan. Kami ke hospital Putrajaya dulu untuk rawat dorang berdua.

Doktor sahkan jangkitan kudis buta aka scabies dan kekurangan zat. Penyakit kulit yang mudah berjangkit dek kerana parasit atau sejenis hama yang aktif. Doktor maklumkan kudis buta ni memang perlukan rawatan rapi. Bahkan orang yang memberi rawatan pun perlu dirawat dikhuatiri dijangkiti parasit tersebut. Baju dan pakaian pesakit perlu direndam dengan air panas.

Anak saudara maklumkan, sepanjang hampir 3 bulan di Madrasah. Dah 3 kali Abu dijangkiti, makakala si Uku dah 2 kali dijangkiti penyakit kulit yang sama. Ustaz bawa ke klinik untuk dapatkan antibiotik dan suntikan. Malangnya penyakit ni berulang semula. Ada kemungkinan kerana suasana persekitaran yang kurang bersih. Meskipun rawatan alternatif diberi, seperti dibawa mandi ke laut (air masin dipercayai dapat rawat penyakit kulit), tapi masalah ni tetap berulang. Semua pelajar di madrasah juga hadapi penyakit yang sama.

Doktor sahkan jangkitan scabies dan kekurangan zat. Darah diambil, nasip baiklah takde apa-apa. Cuma rawatan dalaman dan luaran perlu diberi. Jika diikutkan si abang perlu dikuarantin/ ditahan dalam wad. Tapi dek kerana kami datang ke rawatan kecemasan waktu malam. Dorang tak dapat nak uruskan. Kebetulan memang ramai pesakit malam tu. Jadi doktor bekalkan antibiotik dan ubat sapu.

Inilah keadaan tangan si abang. Abu Haniffah. Teruk betul waktu mula-mula kami ambil. Abu balut dengan tisu nak lindung nanah dan darah dari meleleh. Aku bagi sarung kaki yang belum diguna untuk tampung tisu. Kesian tengok, perlu tampung tangan sepanjang masa. Tapak tangan langsung putih. Takde nampak bintik darah pun. Sembab macam bengkak air. Nak lurus dan genggam jari pun langsung tak boleh. Sakit katanya. Masuk hari kedua barulah nampak susut sikit macam gambar di atas tu. 

Dalam perjalanan balik ke kampung, aku google maklumat pasal scabies. Tiba-tiba nampak komen dari Haji Man pengusaha produk Mutiara Bumi  (facebook). Tertarik dengan testimoni pelanggan. Aku terus order sebelum masuk terowong Menora. Alhamdulillah... Allah permudahkan. Internet yang sebelumnya terhegeh-hegeh nak buka, boleh pula beroperasi sempatlah beli 3 set sabun dan krim Mutiara Bumi ni. Order hari sabtu, hari isnin dah dapat. Terima kasih Haji Man yang usahakan proses penghantaran dengan pantas. 

Seelok sampai di Gerik, aku belikan sepasang baju seorang. Siap dengan seluar dalam sebab nak rendam habis baju budak-budak tu termasuk beg sandang dorang. Aku belasah rendam dengan dettol. Lebih 2 botol besar dan 2 botol kecil dettol khas untuk kegunaan dorang. Rendam baju dan buat mandi. Baju belajar di sekolah madrasah aku campur dettol dan clorox biar bersih dan putih balik seperti sediakala.

Cara guna produk Mutiara Bumi senang je, sabun dan bilas kulit. Sapukan krim Mutiara Bumi pada tempat yang dijangkiti. Abu Haniffah dalam proses rawatan. Kaki dan tangan tempat paling teruk dijangkiti. Sapu krim banyak-banyak, tebal-tebal untuk percepatkan proses pengeringan nanah dan air bisa. 

Hari ke-5 rawatan hospital dan alternatif. Tangan Abu makin pulih, tak nampak sembab dan bengkak lagi. Tapak tangan dah makin merah. Tinggal bintik nanah yang belum susut. Apa pun berbeza banyaklah berbanding hari pertama kami jumpa Abu dan Uku jumaat 13 mac lepas.

Ini Abu Huzaiffah si adik. Walaupun kurang jangkitan berbanding si abang, tapi keadaan fizikal Uku  sangat berbeza dengan keadaannya pada Januari 2015 lalu. 

Uku gambar pada hari kedua di kampung. Kurus dan doktor sahkan kedua beradik ni kekurangan zat makanan. 

Sekarang aku tinggalkan kedua beradik ni di kampung. Lebih mudah dirawat dengan seliaan emak. Kalau aku sendiri nak mengasuh dua beradik ni memang tak sempat. Alangkan hari persekolahan Damia pun aku dah terkejar ke sana sini nak menguruskan anak. Kalaulah dua beradik ni tinggal di rumah. Memang bertambah sibuk jadinya. Mana nak jenguk anak, mana nak sediakan makan minum kedua beradik ni. Jadi nak tak nak, aku kena minta jasa baik mak aku tolong uruskan dua beradik ni.

Mak pun memang pernah mengajar mengaji. Insya'allah dari segi pembelajaran, mak boleh ajar lagi kedua adik beradik ni. Cumanya kena kerah belajarlah. Seronok sangat bermain kat rumah mak. Nak pula tanah besar, macam-macam boleh main di kampung. Aku tahu ibu bapa si Abu dan Uku tak rela pakciknya tinggalkan anak saudaranya di kampung aku. Tapi demi memudahkan dan keselamatan, apa salahnya. Aku harap dua beradik ni lekas-lekas sembuh. Amin...


7 comments:

eima said...

wan maybe aku byk terlepas entry ko ... nape hantar 2 beradik ni ke sekolah pondok ..kesiannya... sampai teruk cam tu..s.edih la ....

Wansteddy Tales said...

entahlah eima, emak ayah dorang yg hntr. Tp tulah, mmg xterjaga bila terpaksa berdikari sndri.

ell yana said...

Sis...lps guna krim tu brape lama sembuh...mmg berkesan ke...family saya pin termasuk baby pun kna...

Wansteddy Tales said...

Salam sis, sorry ye lambat reply, da jarang on blog sekarang. Harini je tergerak hati nak buka. Rupanya ada soalan dr sis. Hari jumaat sabtu ahad 2 beradik mmg guna ubat hospital saja utk rawatan dlm (antibiotik) & luar (kulit). Krim tu sy terima hr isnin. Hr selasa da nmpk bnyk kurang kudisnya. Tapak tgn da xsembab lg. Nanah & darah pun kecut bnyk. Myb sbb sapu tebal2 & kerap. Basuh kulit dgn dettol tempek lg krim. Maknanya 2 hr guna krim ni nmpk kesannya. Myb sbb sekali dgn mkn antibiotik. Apa pun istiqamah ye, insya'allah lekas sembuh. Perbnykkan minum air msk juga :)

Unknown said...

Sis... Anak sy usia 1 tahun 9bln dpt scabies ni 4hb aritu Dr Taska die...skrg dirawat mnggunakan ubt hosp shj Mmmm... Sy da hubungi Hjan inshaAllah dia akan post ubt tu esok... Doakan anak sy juga bjaya sembuh ye...

Wansteddy Tales said...

Amin... saya doakan anak sis segera sembuh ya. Saya share pasal produk ni bkn sbb dpt imbuhan apa2 dr seller. Tapi nk kongsi dgn pembaca manatau ada kes lebih kurang sama. Kurang2 dpt ilham nk beli ubat kat mana. Saya pun puas google dulu psl ubat scabies. Alhamdulillah jumpa produk yg serasi. Mudah2an serasi juga dgn anak sis, amin...

Unknown said...

Anak sya pun mula2 kena scabies..rawat merata tmpat dr hospital smpai ke pkar kulit dah berbulan2..baru nak baik n jd blik.. Doktor kta scabies dah ok tp jngkitan pd kulit lak.. Dah order kmb.. Doakn moga Ini penawarnya.. InsyAllah