Nuffnang

Followers

Wednesday, January 29, 2020

Hari Wilayah Persekutuan

Bendera Hari Wilayah

Antara design poster infografik yang aku mengelak nak design. Festive Hari Wilayah Persekutuan. Sebab? renyah. Malas nak fikirkan konsep design. Yang utama, sebab susah nak dapatkan content design. 1st kena cari grafik sesuai dengan kempen. Contohnya bendera Hari Wilayah, bangunan berkaitan dengan 3 wilayah tersebut, logo-logo berkaitan dengan tahun semasa.


Logo Hari Wilayah 2020


Logo Sayangi Wilayahku

Untungnya bekerja dengan team pereka Malaysia. Boleh request dari pereka-pereka Kementerian yang terlibat dengan kempen berkenaan. So atas rasa sharing is caring, aku rasa nak kongsi gambar bendera Hari Wilayah yang ready crop ni. Actually bendera ni aku ambik dari google je. Sebab malas nak lukis balik dengan vector. Sebab aku tahu ramai malas crop (macam aku). Nah, ambiklah. Kongsi untuk kebaikan. 


Bendera Hari Wilayah

Bendera Kuala Lumpur

Bendera Labuan



Tuesday, November 5, 2019

Superb SERAMMM!!! Jom terjah Nights Of Frights 7!

Okkeh, harini aku aku nak share pengalaman menyeramkan tapi menyeronokkan kat Nights Of Frights! Jumaat lepas kami berpeluang sertai sambutan ulang tahun pertama realme di Nights Of Frights 7 bertempat kat Sunway Lagoon. Kalau nak tahu, realme adalah rakan smartphone rasmi bagi program NOF7 ni. Inilah julung kali kami sekeluarga berkesempatan ke rumah hantu yang besar dan paling meriah. Memang enjoy betul dari mula sampai hingga habis event!

Acara ini diadakan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad bermula pada 4 oktober hingga 9 november 2019 dari jam 7.30 petang hingga 11.30 malam. Throwback masa kami ke Disneyland Paris tahun lepas. Ngam jam 6.00 petang pengunjung mula diminta keluar dari taman tema tu bagi beri peluang tema halloween pada malam hari pula. Macam tu la style NOF7 ni agaknya. Pengunjung NOF7 cuma boleh masuk lepas jam 7.30 petang. Memang gamat sungguh kat entrance sebelum nak masuk tu.

Memang ramai giler orang. Panjang orang beratur. Eh, lupa nak cerita. Terhad kepada pengunjung berusia 13 tahun ke atas je tau. Kat kaunter masuk, staf akan tanya kat anak sendiri umur dorang ehehe... Mia siap kena tanya tarikh lahir dengan tahunnya haha... sis is redha. 

Masuk saja ke dalam penuh dah para hantu pelbagai spesis bergentayangan. Ada hantu yang moody, nak bergambar pun rasa arkward gila. Ada yang terlajak mesra, kita dok menyembang dia pun sakan sibuk nak join sekaki. Ada yang jenis kerek, laju-laju lari dari orang haha... Paling seram sekitar haunted houses. Ganas-ganas betul hantunya. Nak survey tempat makan pun kena kejar haha... Pastu ada pulak pengunjung yang jenis dramatik pakai costume hantu. Tak tahu nak beza mana staf member dan pengunjung sebab sama-sama naik mengusik! Kalau nak tau ada booth makeover gak kat NOF7 ni. Memang worth it!

Kami sempat masuk Sharknado Alive! Jenuh bergelak ketawa dalam tu sebab team kitorang gila-gila jugak. Survey kata tempat ni paling tak seram. Tapi korang standby jantunglah jugak ye, sebab banyak scene terkejut-kejut. Dalam dok kata tak seram konon (sedapkan hati) termelatahlah juga kakak ni hahahah....

Sponsor bersama tema NOF7 ni semestinya realme  so aku tak lepaskan peluang bergambar dalam photobooth ni. Nasip baik takde extra props aka geng hantu jengah masuk join bergambar sekali hahaha...

Ada 8 jenis rumah hantu. Sharknado Alive. 1 teater berhantu, BOMOH: Kat sini standby la jantung, sebab asik kena usik dengan hantu yang bergentayang sana sini. 2 scare zones, hantu pelbagai spesis kat sini. Dari nun, zombi, Annabelle dan lain-lain lagi. 11 thrilling rides dan 2 pentas persembahan sempena NOF7. Ikutkan memang tak dapat nak pergi semua tempat dalam sehari sebab ramai sangat pengunjung sepanjang hari.

Sempat belikan Zombie juice bag (air ribena) dan Devil's Horn untuk Mia. Dua-dua item tu berharga RM15 setiap satu. Ada juga Cursed Tumbler RM32 per piece. Apa pun  memang tak rugi datang ke sini. Best giler!