Nuffnang

Followers

Tuesday, July 20, 2021

Salam Aidiladha 2021 Masihi/1442 Hijrah

Salam Aidiladha 20 Julai 2021 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1442Hijrah. Alhamdulillah... masih bernafas untuk menikmati sambutan raya korban tahun ini. Walaupun tak dapat balik ke kampung sebab COVID-19. Masih bersyukur. Stay home pun tetap rasa bahagia. Sempat masak juadah raya, jamu untuk keluarga.

Saja nak share hasil artwork untuk Hari Raya Haji 2021. Bila team KSU mesej request poster ni siap dengan harapan nakkan rekabentuk poster yang lagi cantik dari tahun lepas. Serius, rasa blur nak start dari mana. Gali idea, rujuk ilham melalui internet, design otai-otai, maka terhasillah design ini. Idea pertama. Start dari sketch, cari gambar yang sesuai, edit kaw-kaw guna Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator then, start design kedua.

Ini hasil idea poster 2 & 3. Optional design ini perlu, sebab bila bawa ke peringkat pengurusan tertinggi. Dorang suka nak tengok pelbagai idea. Memang bakal menyusahkan designer sebenarnya. Sebab? Bila banyak idea, lebih banyaklah improvise idea dari dorang pula. Bila design kita propose awal, banyak nak diubahnya. Bila hantar lewat, design yang bukan kita suka yang diproceed pula. Untuk kes ini, design no. 3 yang pilihan mereka, huhu... Memang tak redha design ni jadi pilihan. Sebab aku design tanpa jiwa. Dengan harapan 2 design ni bukan pilihan depa.
 
 Design 4 ni pun memang idea aku sendiri. Tapi hasilnya bukan macam ni yang aku plan nak hantar. Sebabkan masa aku lebih banyak terhabis kat design 1, maka design 2, 3 aku kelam kabut je susun. Dan design 4 ni aku nak take time la kononnya. Nak design pelan2 sabtunya. Sekali malam jumaat tu PRO dah tanya. Jadi, aku sambung semula kerja design sampai tengah malamnya. Persiapkan mana yang sempat untuk artwork ini. Kalau sekali pandang macam OK, realitinya aku summit dengan rasa tak puas hati. Sebab lari banyak dari konsep idea yang aku garap. Last-last design ni pun tak proceed. Idea ni sebenarnya aku improvise dari idea tahun lepas. Kalau tahun lepas aku guna kartun binatang-binatang tu, tahun ni aku guna actual gambar haiwan. Bukan sikit-sikit kerja nak edit gambar ni jadi full layout. Still, depa tak minat conceptual design. Haih...

2 option poster ni aku buat untuk Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Aku start dengan still poster, then edit video guna Canva.com untuk effect grafik dan tambah audio. Bukan tak nak guna software video, tapi bila guna Canva ni 80% lebih cepat dan clean kerjanya. So pada yang tak mahir guna software grafik, korang ada option buat design guna web ni. Hasil pun boleh jadi gempak macam guna ai n psd. Sempoi...

Ini design tahun lepas yang aku edit jadikan emoticon untuk sticker whatsapp. Pendek kata ginilah cara aku buat kerja. Kadang tu apa yang aku dok pulun buat, jarang dorang pilih. Yang buat cincai, simple pula dipilih. Apo nak katooo... Yang penting kerja dah buat. Last but not least. Stay safe semua.



 

2 comments:

AzianKhalil said...

lawa lawa semuanya....Salam aidil adha... Maaf zahir & batin

Wansteddy Tales said...

Alhamdulillah... terima kasih as encourage :D
Salam aidil adha juga :D