Nuffnang

Followers

Showing posts with label Brand. Show all posts
Showing posts with label Brand. Show all posts

Sunday, January 1, 2017

MacBook Pro

Dah lama mengidam nak menang hadiah yang satu ni. Tapi tiap kali join contest, tak pernah ada dalam list hadiah. Kalau ada pun, bukan jenis contest fav. Tunggu punya tunggu bulan tak turun, turun. Maka hajat nak mendapat cik adik sorang ni, dengan melabur cash sendiri. Itu je jalan penyelesaiannya.

Kelakar bila kawan-kawan dok ingat designer ni mesti ada komputer kat rumah. Tak semua pereka mampu nak beli pc/ macbook sendiri. Contohnya macam aku la, berhajat nak pakai macbook, maka peram 3 tahun baru nak beli. Salah satu sebab kenapa malas nak ada macbook ni, tak nak bawak balik kerja balik rumah. Biarlah cukup 8-10 jam kerja kat pejabat. Waktu kerja. Kalau tambah lagi kat rumah, sapa nak bayar upah? 

Akhirnya akur pada kehendak sendiri. Sampai masanya korbankan money demi hobi yang satu ini. Blogging. Dah berbulan tak berblog. Alasan cliche, busy. Entry travel semua tertunggak dari minggu pergi bulan sampai makan masa 3 tahun tak buat-buat! Harapnya dengan ada macbook ni aku takde alasan kata takde masa nak blog la. Kalau tak berblog juga tu myb sebab aku rasa faktor usia. Dah terlalu tua nak bercerita merepek macam dulu-dulu. Dah rasa macam membazir masa memikir karangan setiap hari.

Dek kerana ini blog Wansteddy ni banyak sawang.

Tuesday, February 23, 2016

Pemenang Peraduan Giant dengan Lux

Hadiah saguhati sempena Peraduan Giant dengan Lux. Harapan agak tipis nak join contest ni sebab tak yakin boleh menang. Slogan berikan 8 langkah ke majlis tu agak mengelirukan. Bagi aku yang jarang join event, rasa ragu betul nak jawab. Apa pun terpilih sebagai pemenang saguhati lebih bermakna. Sebab memang dah lama berangan nak buat spec. Atau tidak pun mungkin bagi kat suami je voucher tu, bingkai dan senget-benget hihi...

Friday, February 27, 2015

Keyboard tak berfungsi dalam Adobe Illustrator

Okeh, pagi-pagi masuk kerja dah tension bila command keyboard tak ikut macam lazimnya kita guna. Dah la kerja hakak memang kebanyakannya guna software Adobe Illustrator dan Photoshop. 80% illustrator. So bila command tak ikut kehendak, mulalah panik.

Google sana sini cari jawapan. Semuanya bagi info yang macam-macam. Hakak designer je Bedah, bukan pakar IT, bukan penggodek komputer. Sudahnya kerja tergendala hingga setengah jam. 

Nasip baik jumpa entry  dari blog designer Jonathan Berger; bertajuk Fixing Broken Keyboard Shortcuts in Adobe Illustrator. Kaedahnya mudah je. Korang tutup je mana-mana laman internet. Pastu test. 

Reaksi hakak, hek eleh.... bikin cuak je. Nasip baik settle. Syukurlah.

Memang kita boleh buat kerja macam biasa tanpa shortcut tool ni. Tapi kerja mudah jadi renyah. Kena klik sana klik sini. Pastu shortcut yang biasa kita tekan tu lari ke tab lain. Kan dah pening kepala jadinya. So kalau korang ada masalah yang hampir sama dengan hakak, myb boleh cuba kaedah yang Jonathan share tu.

Tuesday, January 27, 2015

Won 2x Circulon Set Barilla Contest


Syukur alhamdulillah... selamat terima dua hadiah sempena peraduan Barilla Lucky Draw. Hakak hantar 4 penyertaan, tapi yang sangkut 2, sangat berbaloi pada value sebab setiap satu kotak bernilai RM539.00! Sejak hakak minat memasak untuk bekalkan anak ke sekolah, nampaknya setiap hadiah periuk belanga sangat penting untuk kegunaan dapur. Jadi keinginan nak menjual tu, mungkin salah 1 kotak saja akan dilepaskan. 1 lagi untuk kegunaan sendiri.

Inilah peraduannya. Cuma beli produk Barilla bernilai RM15 ke atas dan jawab soalan mudah. Hakak bab lucky draw ni memang silang jari je. Tak mengharap tinggi sangat, tak menolak rendah sangat. Kadang ada rezeki, kadang gigit jari. Apa pun rezeki datangnya dari Allah... Kita berusaha, doa dan tawakal, berserah padaNYA nak memberikan hak kita atau lepaskan pada orang lain. Wallahualam....

Monday, January 26, 2015

Won GP VitaHealth Design & win Contest

Syukur alhamdulillah... terpilih sebagai pemenang grand prize untuk peraduan Design & Win VitaHealth.  Lukisan ni hakak buat sangatlah last minit. Hakak plan nak hantar by pos. Gigihlah deco segala kan. Pastu rasa nak hantar 2 penyertaan. Tapi disebabkan banyak contest-contest lain yang tarikh tutup dekat-dekat sama. Dan di pejabat pula kerja kian bertambun. Memang tak dapat nak fokus 2,3 tugasan serentak. Sudahnya skip 1 entry, skip hantar by pos. Scan dengan mesin fotostat kat pejabat dan hantar by email, dan tawakal. Tak sangka entry yang hakak rasa sangat simple ni menang hadiah utama, syukran...

Pakaging bertemakan warna logo Vitahealth. Ada 3 pemenang hadiah utama, 2 chinese, 1 melayu. Alhamdulillah... penyertaan hakak yang sangkut kalangan GP winner.

Hakak minta suami yang tolong wakilkan ambil hadiah. Hakak tak dapat pergi ambil sendiri. Kalau tak, tentu muka masuk FB Vitahealth (gila koser) haha... Bila suami maklumkan, person incharge contest ni sangat friendly, rasa terharu juga. Terima kasih miss yang sangat polite dan mesra tu. Semoga ada rezeki join dan menang contest anjuran Vitahealth lagi! Amin...


Fanatik FERREABLE

Ops! terbeli lagi shawl. Kali ni dengan nawaitu nak beli sehelai untuk kawan. Tapi dengan tak sengajanya terbeli untuk diri sendiri sehelai. Perempuan. Sigh... Tapi kalau barang tu sememangnya berbaloi dibeli apa salahnya kan. Tak rugi jadi pelanggan merangkap peminat setia koleksi tudung Ferreable. Nisa, tokey brand ni pun dah masak sangat dengan selera hakak. Dan atas permintaan ramai, termasuk hakak ofkosnya, Nisa bakal keluarkan semula tudung fesyen lama yakni fav hakak! Shawl dengan silk awning. Serius suka. Dan tudung tu la yang buat hakak terus kekal melaram dengan style tudung kini, shawl. Kot tak, dulu, sebut shawl pun tak suka dah. Tak tahulah kenapa. Yang ye pun hakak tak reti nak kontrol kain tu, nak-nak nak kena belit sana sisip sini. Letih nak melaram tiap kali nak pergi kerja. Tapi kini tidak lagi. Macam ayat iklan haha...

Sharing koleksi Ferreable dari laman FBnya. Bagi standart price, RM15 sehelai untuk lebar biasa. RM35 untuk lebar besar. Pelbagai skim warna ikut kesukaan kita. Kalau jejakkan  kaki di booth-booth jualan sekitar Kementerian Pelancongan, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain lagi, Silalah jejak signage ini. FERREABLE. Sekali membeli, kalian pasti jadi regular customer seperti hakak.

Berkolaborasi dengan rakan, Ferreable bukan saja sediakan koleksi tudung, bahkan pin tudung, brooch, bekas cucuk pin dan lain-lain lagi. Semuanya handmade. Hakak pernah tau buat pin handmade macam pin kat atas ni. Sebijik je pastu give up, letih pinggang noks! Sapa-sapa punya bakat dan kerajinan macam ni, memang sesuailah bikin biz, hakak serender. Letih mak enon menjahitnya hihi...

Latest design by Ferreable. Tudung dengan patern abstrak. Hakak beli sehelai bukan untuk hakak. Tapi nak hadiahkan pada kawan hakak yang ikut terpengaruh dengan hasil promosi hakak haha... Dia tak tahu lagi hakak dah amik tudung yang dia book ni dari tokey, insya'allah... andai ada jodoh bertemu di JB nanti, bolehlah hakak serah sendiri by hand.

Apa pun bagi penggemar shawl. Cubalah Ferreable.
Memang kainnya sejuk dan labuhnya memuaskan hati.






Wednesday, January 21, 2015

Minyak angin AROMATERAPI

Mata hakak selalu keluar air. Tengah-tengah buat kerja, tiba-tiba air mata berlinangan tanpa disedari. Eh, kenapa aku nangis ni? Walhal takde touching kat apa-apa pun. Rupanya sebab kepala selalu rasa panas. Bilik pejabat hakak ni memang panas. Rasa macam dipanggang hari-hari. Sebab tu tak pelikkan kenapa iMac hakak boleh buat hal dulu. Sedangkan kepala kita ni pun kalau boleh dilihat, naik wap-wap berasap. Apatah lagi komputer yang perlukan ruang sejuk.

Ok, berbalik pada tajuk. Sejak dik Noni warga Unit Agropreneur Muda sharing produk jualannya ni, tiap kali offer, tiap kali tu hakak beli. Berbaloi. Oles sikit saja kat belakang leher atau atas dahi, terus rasa mencerlang kelopak mata! Segar terus sebab aromaterapi ni sejenis minyak angin yang memang menyegarkan.

Mula-mula dulu hakak beli Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy. Oil sebelah kanan tu. Kalau mengantuk memang elok sapu kat kepala. Hilang kantuk, pijar mata haha... Jangan sampai terkena mata dan mulut udah la ye. Letih nak gagau cari bilik air nanti.

Harini hakak beli dua botol terus. 1 botol FreshCare: Teens Happy Cherry, perisa ceri. RM15 sahaja.  Yang ni bagusnya ada bau ceri, so takdelah ketara bau tengik pijar minyak angin tu kan. 1 lagi, minyak angin yang repeat order, Safe Care: Mind & Spirit Aromatherapy, yang ni mahal sikit RM18. Tapi berbaloi membelinya. Panas-panas kepala ni, sapu minyak angin ni terus segar kepala. Selain 2 perisa ni, ada banyak lagi perisa lain, macam: lemon, lavender (paling laris), serai dan lain-lain. Harganya antara rm15 dan rm18 sahaja.

So far tak pasti ada tak produk ni kat mana-mana pasaraya. Kot tak jumpa bolehlah minta no kontek cik Noni dari hakak. Tak boleh sharinglah kat sini. Dik Noni bukan bukak biz online. Sapa nak email kat hakak ye. Just tolong kawan je, tak amik comission apa pun. 

Ini testimoni dari hakak. Pada hakak besh sangat, sebab tu berani repeat order. Memang besh sungguh aromaterapi ni. Sesuai untuk orang yang drive, mudah mengantuk, pening kepala, selsema, batuk, kahak, hidung tersumbat dan lain-lain.

Tuesday, January 13, 2015

Rubber Stamp cop nama anak

Bila anak masuk darjah 1, kepala dok pening memikir yang macam-macam. Antaranya cara nak tulis nama anak dengan mudah dan cepat. Nak jadi rezeki, ternampak post member x-UiTM Hayati, pasal cop stamp. Sekali pandang ingatkan cop biasa. Rupanya tertera nama anaknya. Rupanya Yati buat cop tu untuk kegunaan tulis atau lebih tepat lagi, cop nama anak pada buku teks dan buku latihan anaknya. Cop ni berharga RM10. Boleh request nk guna font dan saiz apa.

Tengok orang kreatif. Segala benda pun boleh buat bisnez. Kalau zaman kita sekolah dulu, semua manual. Tulislah berbondong-bondong buku nama dan kelas sendiri. Tulisan yang mula-mula lawa, makin lama makin senget dan buruk. Tangan pulak, toksah katalah. Sengal habis. Makan seminggu kot tak habis sengal haha... So, kaedah mudah, cepat dan murah. Orderlah cop nama anak pada pembekal yang dikenali. Hakak order terus dengan kawan hakak yang sekarang ni bekerja kat company DWaja Creative, Design & Print. Sambil-sambil tolong promote biz member apa salahnya kan. Kalau tak salah company depa ni bertempat di Melaka. Order boleh sampai by kurier, don't worry. Confirm boleh sampai punya, walau di mana penempatan anda.


Sambil-sambil tu terus order cop nama sendiri. Dah fed up nak tunggu orang office buka order. Kalau order pun kena bayar sendiri jugak, pastu boleh claim dengan peti cash. Urgh... Nak dapat balik cash tu kemainlah lama. Tak payah pening-pening dan touching. Kita tempah sendiri. Duit tu anggap saja burn. Malas nak claim-claim. Untuk rubberstamp macam ni berharga RM30. Total semua termasuk kos penghantaran rm46.00.

Kalau ada geng yang berminat  nak tempah rubber stamp sendiri. Sharing promo banner kedai DWaja Creative dari photo cover facebook Yati dan Sharizq Enterprise milik Syaini. Untuk makluman lanjut silakanlah hubungi mereka ye.

Untuk makluman lanjut sila layari laman berikut:

DWaja Creative

Email: dwaja_creative@yahoo.com
TEL: 017-7656004 (Yati)


Sharizq Enterprise

Facebook page: Sharizq Enterprise
Email: syainif@yahoo.com
TEL:  017-2949219 (Syaini)

Wednesday, December 24, 2014

FERREABLE

Sempena majlis persandingan belah keluarga lelaki sabtu nanti, hakak belikan baju, kain dan tudung untuk keluarga. Perempuan saja tentunya. Nak nampak seragam semua ahli keluarga. Mula-mula nak beli pink. 

Tapi masa order baju sherya Poplook, tak sangka warna langsung tak sama dengan yang terpapar dalam online. 

Shreya Poplook untuk ladies

Shreya Poplook untuk kanak-kanak

Geramlah jugak sebab lari dari plan kan. Pastu warna baju tu memang susah sket nak match dengan warna lain. Makan hari juga survey untuk kain dan tudung. Beli kain dulu kat kenanga untuk 4 orang. Bila dapat tudung, aduhai... Tak match pula  set baju tu. Sama ada nak kena tukar tudung lain atau tukar kain lain. Myb last choice pakat pakai kain warna hitam. Tu je yang mampu dirancang untuk projek saat akhir. Moralnya, lain kali nak beli baju. Pastikan beli sepasang terus. Tak menggila nak cari tudung dan kainnya pula. 

Sangat berpuas hati dengan pilihan warna shawl ni.

Ada curve di hujung kain. Part tu hakak sangat suka. Material kain kali ni lebih lembut dan sejuk. Tak kisah mana-mana dah. Bila owner FERREABLE sanggup bersusah payah demi customer. Cari kain, luang masa untuk jahit dan sanggup hantar by hand, Masya Allah... Terharu sungguh rasanya. 

Terima kasih banyak Nisa sebab sudi melayan pelanggan macam akak. Semoga bisnes Nisa terus berkembang dan diperakui ramai keselesaan dan mutu keunggulannya, amin....

Berikut laman sosial FERREABLE untuk tatapan kalian:

Friday, September 12, 2014

ZALORA Platform Slip On Mules

Orang lain dah lama beli barang dekat Zalora, aku baru terhegeh-hegeh nak beli. Sebabnya? Bila baca komen orang lain pasal Zalora itu Zalora ini, aku pun jadik macam takut nak mencuba. Sebelum kenali PopLook memang aku agak prejudis dengan mana-mana sistem jual beli secara online. Bukan sebab aku tak suka, tapi lebih kepada kurang percaya. Takut barang beli mahal-mahal, tak sampai.

ZALORA Platform Slip On Mules RM89. Free delivery bagi pembelian RM75 ke atas. Aku lupa, buat 1st timer boleh claim voucher RM20. Huh! rugirugirugi~


Impress betul dengan pakaging Zalora. Dalam plastik kurier, ada kotak kasut. Bungkus dengan wrapping kasut. Siap sertakan bersama slip return dan voucher Zalora. At least dari segi keselamatan produk, insya'Allah semua pembeli akan terima produk belian kita dengan selamat. Sebelum ni pernah terima barang yang dibeli secara online (rahsiakan nama kedai) yang dalam kondisi tak bagus. Benang tertetas, zip karat etc. Bila belek-belek kasut Zalora ni, perfect! So, aku puas hati. Sebabnya? Order pagi khamis, petang jumaat dah dapat kat tangan. Ha... maka spektikal aku pasal cakap-cakap orang Zalora ni lembabs la apa la bolehlah aku tepis dengan beraninya. 

Test pakai kasut 4 setengah inci. Biasanya pakai wedges saiz 8 setinggi 3 inci saja. Ni nak cuba pakai yang lebih tinggi, lebih runcing. Kalau tokak dahi orang boleh tembus ni. Serius tinggi untuk perempuan katik macam aku. Gayat pun ada, macam gaya nenek kebayan pun ada. Terbongkok aku  kala berjalan wakakakaa.... 152" kira pendeklah kan, ketinggian norma wanita Asean huhu...

Untuk makluman, kasut ni aku parking kat meja kerja.  Mana mungkin aku bawak berjalan kat shopping mall. Adalah pulak kasut ke depan, tapak tapak kasutnya di belakang keciciran haha... 


Close up ZALORA Platform Slip On Mules. Inilah spec kasut ni:

Black Platform Slip On Mules from ZALORA feature thick heels with a slip on design.

- Sizing runs true to size
- Synthetic leather upper
- Peep-toe
- Wide vamp
- Synthetic leather insole with brand detail
- Synthetic outsole


Daniel Wellington for ladies~!

Aku memang dah lama tak pakai jam tangan. Last pakai sejak jam guess aku hilang kat Disneyland Hong Kong tahun lepas. Sayang gila kot kat jam tu. Takde rezeki, kot sapalah yang sapu. Okey, tu cerita bulan 11, tahun lepas. So sekarang ni tiba-tiba rasa macam nak pakai jam tangan semula. Walaupun habit tengok jam pada henset tu (tiru peel suami) masih ada. Rasanya jam tangan ni memang masih praktikal digayakan. Apatah lagi buat orang yang ada masalah asik lupa macam aku. Tercicir henset atas meja kerja. So, bila nak tengok masa, terkial-kial tanya member yang sama-sama jugak jenis tak pakai jam haha…


Pernah pakai produk Daniel Wellington? Aku tahu pasal brand ni dalam website Zalora, masa tercari-cari design jam yang sesuai untuk aku. Kepingin nak try jam yang nampak ranggi dan smart dalam masa yang sama. Demi terpandangkan jam ni, terus jatuh chenta okeh~ Cun! 

Jam ni memang produk antarabangsa yang dah famous. Bagi pencinta fesyen dan aksesori, jam tangan ni memang antara jenama yang digilai ramai. Daniel Wellinton ni  terkenal sebab  dorang buat  koleksi jam tangan sendiri. Design jam ni memang cun, simple tapi tampak smart, sebab tu ramai orang suka. So bagi ladies yang lasak, memang ngam la gayakan brand ni.

Daniel Wellington lebih dikenali sebagai jenis jam tangan berkulit untuk lelaki, TAPI   jam tangan women’s Daniel Wellington ni turut terkenal dikalangan fashionista yang suka menyimpan koleksi jam tangan. Daniel Wellington watches boleh digabungkan bersama pelbagai jenis aksesori lain untuk penampilan yang lebih bergaya dan fashionable! Best giler kan. Cer tengok contoh model kat bawah. Macam-macam style ada.

Koleksi women’s Daniel Wellington watches mempunyai rekaan yang lebih feminin supaya kaum wanita kelihatan lebih ayu dan sophisticated bersama jam pilihan masing-masing. Design  yang moden serta mempunyai unsur yang fashionable’nya memang menjadi kegilaan ramai. Kalau korang berminat, tidak payah keluar untuk survey dan beli jauh-jauh, lama-lama kat mall. Sebaliknya korang boleh jengah je website ZALORA. Senang kan, kat hujung jari pun boleh shopping. 

Jom layari ZALORA Malaysia sekarang dan dapatkan info terkini koleksi jam tangan mereka sekarang!

Khaki Goliath Armor Backpack

Aku beli online beg Khaki Goliath Armor Backpack ni melalui website Rakuten Online Shopping. Benda yang tak tersimpan dalam kepala nak beli. Dapat voucher RM100 sempena join contest Brand OKI dulu. Pastu tak tahu nak beli apa. Website ni pulak hanya boleh bukak waktu rehat je. Jadik, aku pun gunakan kesempatan masa rehat panjang hari jumaat ni untuk skodeng benda besh kat website Rakuten ni.

Sisi belakang. Nampak kemas dan selesa. 


Mula-mula rasa macam nak belikan pendant Disney untuk Mia. Tapi rasa macam tak berbaloi pulak. Nak-nak rantai emas Mia hilang dulu, sampai sekarang tak dapat dikesan. Mak dia serik nak pakaikan barang kemas lagi untuk anak. Biarlah bila dah besar sikit, baru beli yang baru. Nak beli kasut, macam tak berbaloi. Pakai sorang. Last-last teringat kata-kata suami masa nak bercuti ke Brazil lepas. Kalau ada backpack kan besh. So belilah yang ini. Aku tengok design ni je yang nampak praktikal dan ada kelainan. Compare design army lain, aku rasa tak berapa masuk dengan jiwa pemiliknya nanti.

Molek bebenarlah kalau nak dibawak berjalan bila outstation ke atau ada kerja luar ke kan. Takyah dah bawak beg travel yang dabak makan space tu. Er... macamlah job aku kena keluar outstation :P Langsung tak sama dengan job masa kay Jabatan Penerangan dulu. Terperukkkkk je depan PC waktu kerja.

Thursday, September 11, 2014

PopLook: Jasmin Print Chiffon Maxi Dress

To let go: new with tag (NWT) saiz M~ Jasmin Print Chiffon Maxi Dress - Dark Brown Paisley. Produk POPLOOK. Jual pada harga rugi RM90. Termasuk kos pos laju. Alasan tolak: terlalu labuh untuk makcik pendek ini (malas nak pergi alter).

Dah promote dalam facebook, ada yang berminat (sebab murah kot dari harga asal). Tapi belum ada yang betul-betul nak sunting lagi. Kot ada yang berminat sila PM my FB yek. TQ.

Friday, August 29, 2014

JEZEL PopLook FOR SALE

For sale~ Dark grey JEZEL. NWT. Saiz L. RM99. FOC delivery. 

Ada sesiapa berminat nak pakai Jezel? Jom beli dengan daku. Jual balik harga Poplook tapi tak amik charge delivery. Sapa nak boleh pm kat FB laju-laju. 1st come 1 st serve, chewah!

Kenapa jual? Terlalu panjang untuk perempuan rendang macam aku. Maleh nak pergi alter kat kedai baju. Takut jadi macam dress Luna Poplook dulu. Suruh potong, dia potong ciput, biar labuh jugak. Suruh jahit lace, macam nak tak nak. Jelas nampak bekas benang setempek sekitar lace! Membazir duit bayar berpuluh sebab khidmat acuh tak acuh camtu je. Cis~! Dan saiz Jezel L ni agak besar untuk daku. Tak serik-serik, selalu silap pilih saiz. Biasanya amik ukuran M, gatai nak beli L. Ke sudahnya terlajak besar. 


Tuesday, August 26, 2014

ZAWARA nan gorgeous!

Sejak bila ek aku suka pakai shawl? Dulu langsung tak suka. TAK SUKA. GETIK. MELUAT. Dan seantero dengannya. Aku tak suka benda melilit. Tak betah cucuk mencucuk pin. Semua tak suka. Bila kawan hadiahkan shawl. Aku simpan je dalam almari, dengan nawaitu satu hari nanti aku pakai.  Satu hari nanti... Makan bertahun tak tercapai juga hasrat tersebut. Akhirnya tahun ni terbuka hati nak pakai shawl. Itu pun aku lupa, bila? Yang aku tahu, Sekali aku pakai, esok lusa tulat sampai sekarang aku dah jadi pemakai dan pengumpul shawl: tegar. Bahkan ada shawl yang aku beli tapi tak pakai-pakai lagi sebab tak dapat nak match baju sedia ada. Pemboros (mengaku).

Shawl ni kalau kena dengan brandnya ada yang mahal menggila. Ada yang luar biasa murah tak kena dengan kualitinya. Selalunya aku beli shawl di PopLook. Kebanyakan shawl kat PopLook sekitar RM29 ke RM32 dan lebih. Bila datang ketagihan memboros tu, entah apa-apa design pun aku borong. Selain tu beli je kat jualan langsung kat bawah pejabat atau seberang bangunan. Kena yang cun, mahal pula. Yang simple pun kadang tu terlajak mahal. So pandai-pandailah nak tawar menawar. Sebab kadang tu ada harga yang terlampau mahal, tapi hakikatnya kalau pandai bodek seller, dapat beli dengan harga mendadak murah. 

Pertama kali beli produk Zawara: masa tu bulan puasa, ada sale kalau tak salah. Inilah shawlnya. Tamara. RM39 harga promosinya. Tengok model yang cun melecun dok posing anggun, aku pun tanam akal nak bergaya camtu. Konon. Target nak Pink Powder, awal-awal dah sold out, cis~! So dengan penuh perasaan rawannya redho jugak dengan saki baki pilihan yang ada. Kebetulan aku memang takde lagi shawl kaler silver. Dan baju raya Damia pula Pink/silver. Jadi besar harapan emaknya Damia cari baju raya kaler pink nak match dengan baju raya Mia. Nak lagi besh. Jumpa brand baju sama dengan Mia masa pusing-pusing kat Jalan TAR bulan lepas. Sila rujuk gambar aku berposing dengan props raya kat atas haha...

Apa yang buat aku kagum. Pakaging Zawara. Selama ni beli dengan PopLook, rasa dah terjaga dah pakaging dia. Rupanya pakaging Zawara lagi mengamalkan ciri selamat. Guna plastik dan cover pula dengan kotak. Patutlah charge delivery mahal. Redho je bayar RM9 tu, janji barang kita selamat sampai.

Anzalina duta ZAWARA. Dress Adalia yang gorgeos, so far aku lebih tertarik pada shawl compare dress ZAWARA. Memang ngamlah pilih Anzalina jadi duta ZAWARA. Pakai apa pun nampak segak je.

Latest produk dari ZAWARA, shawl SAFA two tone. So far belum niat nak beli lagi. Aku dah buat personal request lagi kat admin FB ZAWARA, restock balik TAMARA. Gian nak kumpul color lain haha... Oh ya, produk ZAWARA ni boleh beli kat butik dorang di laman webnya ZAWARA atau beli online saja. Senang, cepat dan menjimatkan masa dan duit minyak kereta, for sure :)

Happy hunting~!