Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, May 4, 2010

Rancangan 'melencong'

Hari ni sungguh kelam kabut dengan urusan kerja. Bos kata "urgent! urgent!" aku pulak pontang panting membanting keringat memerah idea. Tension sungguh la...
Tapi dalam pada sibuk-sibuk ni aku nak mencelah masa pergi pejabat pos kejap lagi. Insya'allah kalau rancangan menjadi. Rancangnya nak pergi secara berjemaah dengan penggiat contest di pejabat ni hahaha... Tapi masing-masing dok sunyi sepi je takde kontek-kontek aku lagi. Mungkin ambil masa mengisi mana-mana borang yang perlu kot.
Harap-haraplah lekat rezeki untuk kita pulak kali ni ya. Kalau menang rezeki yang besar bolehlah pakat-pakat belanja member pejabat! hohoho.... Angan-angan besar kepalang. Ibarat kepala nak cecah awan gitu. Tapi bila kita dah berusaha, wajiblah kita berdoa dan tawakal. Rezeki kita cari dan usaha, Allah yang Maha Memberi. Mintaklah padaNya banyak-banyak. Insya'allah diperkenankan. Amin...
Kalau tiada aral semua hadiah pemenang akan diposkan harini. Doa-doakanlah hajat aku nan satu ini tercapai. Selagi belum ada panggilan gerakan keluar aku masih setia di meja. Persiapkan mana-mana kerja urgent yang bertakuk kat kepala ni. Aduh duuuu.... Mana melencong idea-ideaku semua?
Pening kepala aku harini heh!

No comments: