Nuffnang

Followers

Showing posts with label Wansteddy Story. Show all posts
Showing posts with label Wansteddy Story. Show all posts

Tuesday, August 18, 2020

Lukisan Mewarna Malaysia Prihatin Kids

Selamat menyambut bulan kemerdekaan! 

Dah lama sis plan nak lukis drawing baru untuk pertandingan mewarna, tapi asyiklah bertangguh dan terus lupa. Kat sini sis share hasil lukisan yang telah ditambahbaik mengikut tema logo kemerdekaan semasa: Malaysia Prihatin. 

 Untuk imej hi res boleh dapatkan dari klik link berikut secara PERCUMA!

Lukisan Malaysia Prihatin Kids

 
Maaf kalau mesej tak berjawab. Jemput direct email to wansteddy@gmail.com or whatsapp me 0193063558 kalau nak drawing ni dalam format raw ye. In case link dikongsi tak dapat di access. PS: Sis jarang-jarang on blogspot sekarang huhu...

Thursday, July 2, 2020

Deerma Dust Mite Vacuum memang terbaik!

Musim PKP dulu memang terjebak teruk dengan belian secara online. Kakak spesis mengelak beli barang atas talian ni. Tapi bila wabak COVID-19 halang orang ramai dari bergerak sana sini secara terbuka. Nak tak nak, kena usahakan segala jenis belian secara online.

Paling penting kena utamakan keselamatan dan kesihatan keluarga. Masa PKP macam-macam promo keluar. Tapi yang paling menarik perhatian barangan pembersihan rumah. Dalam banyak-banyak produk, kakak paling suka produk Deerma Dust Mite Vacuum keluaran Deerma Malaysia ni. Kakak beli model CM919. Memang bagus produk ni, boleh sedut segala habuk terperam dalam bantal, sofa bahkan tilam tebal sekali pun! 

Ini hasil pertama kali sedut habuk kat sofa! Tak tahan dengar mak mengadu badan jadi gatal-gatal, merah-merah kat kulit sebab serangan hama. Sejak vacuum sofa dan tilam dengan produk ni, hilang terus rungutan mak. Yang penting tak perlu dah tambah muscle nak kena angkut tilam pi jemur kat luar. Sedut je habuk, hama dengan Deerma vacuum, clear masalah. Kita boleh nampak kepulan habuk yang melekat kat penapis tu. Nak cuci senang je, boleh sapu dengan berus yang disediakan. Dan memang perlu buang habuk tu. Kalau tidak, sedutan jadi tak kuat sebab terkumpul dalam compact box tu.
Oh ya, sis beli kat Lazada Malaysia sekitar Mei lepas. Masa tu ada promo flash sale kot. Dalam RM249.99. Harga asal produk ni RM899.00 tau! Memang tak rugi beli dengan harga promosi. Ngam pulak produk ni memang bagus. Terima kasih juga kat seller sebab pakaging dijaga rapi. Item sampai perfect tanpa sebarang defect. Hasil review kakak: Deerma Dust Mite Vacuum memang best!

Friday, April 10, 2020

Robot Makcik Kiah 19

Tiba-tiba nama Makcik Kiah trending, habis glamer seantero Malaya. Sampaikan robot pun dinamakan bersempena nama dia. 

Robot yang diberi nama “Makcik Kiah 19” (MCK19) atau akronim KIAH: K-Key I-Innovations A-Assisting H-Healthcare ni merupakan Robot Penghantaran Pertama Buatan Malaysia! Peranan dia macam pembantu kat hospital. Dengan bantuan Makcik Kiah 19, kurang sikit beban tugas frontliner dan kurang risiko terdedah pada jangkitan sepanjang depa berkhidmat pada pesakit Covid-19.

Robot ni ada sejenis ai: Internet of Things (IoT) yang boleh diakses dari komputer, tablet atau telefon pintar. So  pengguna boleh berinteraksi dengan robot walaupun berada di luar kawasan hospital. Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem keselamatan yang hanya boleh diakses oleh admin yang dibenarkan sahaja. 

Prototaip ni dicipta oleh oleh DF Automation & Robotics Sdn. Bhd. Pembuatannya mengambil masa kurang dari dua minggu. Robot ni hasil usahasama MOSTI, MITI, MTDC, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), DF Automation & Robotics Sdn Bhd (DF), Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital dan industri.

Macam mana sis boleh dapat info ni? Ofkos dari page FB rasmi MOSTI. Sebenarnya nak design poster infografik pasal robot Makcik Kiah 19 ni. Tapi sebabkan tak dapat arahan dari bosses, tak beranilah nak pandai-pandai design. Apa pun semoga MCK19 dapat menyumbangkan bakti pada negara!

Kita belum menang.
Tapi kita juga belum kalah!

#covid19 #stayathome #workformhome

Tuesday, November 5, 2019

Superb SERAMMM!!! Jom terjah Nights Of Frights 7!

Okkeh, harini aku aku nak share pengalaman menyeramkan tapi menyeronokkan kat Nights Of Frights! Jumaat lepas kami berpeluang sertai sambutan ulang tahun pertama realme di Nights Of Frights 7 bertempat kat Sunway Lagoon. Kalau nak tahu, realme adalah rakan smartphone rasmi bagi program NOF7 ni. Inilah julung kali kami sekeluarga berkesempatan ke rumah hantu yang besar dan paling meriah. Memang enjoy betul dari mula sampai hingga habis event!

Acara ini diadakan setiap hari jumaat, sabtu dan ahad bermula pada 4 oktober hingga 9 november 2019 dari jam 7.30 petang hingga 11.30 malam. Throwback masa kami ke Disneyland Paris tahun lepas. Ngam jam 6.00 petang pengunjung mula diminta keluar dari taman tema tu bagi beri peluang tema halloween pada malam hari pula. Macam tu la style NOF7 ni agaknya. Pengunjung NOF7 cuma boleh masuk lepas jam 7.30 petang. Memang gamat sungguh kat entrance sebelum nak masuk tu.

Memang ramai giler orang. Panjang orang beratur. Eh, lupa nak cerita. Terhad kepada pengunjung berusia 13 tahun ke atas je tau. Kat kaunter masuk, staf akan tanya kat anak sendiri umur dorang ehehe... Mia siap kena tanya tarikh lahir dengan tahunnya haha... sis is redha. 

Masuk saja ke dalam penuh dah para hantu pelbagai spesis bergentayangan. Ada hantu yang moody, nak bergambar pun rasa arkward gila. Ada yang terlajak mesra, kita dok menyembang dia pun sakan sibuk nak join sekaki. Ada yang jenis kerek, laju-laju lari dari orang haha... Paling seram sekitar haunted houses. Ganas-ganas betul hantunya. Nak survey tempat makan pun kena kejar haha... Pastu ada pulak pengunjung yang jenis dramatik pakai costume hantu. Tak tahu nak beza mana staf member dan pengunjung sebab sama-sama naik mengusik! Kalau nak tau ada booth makeover gak kat NOF7 ni. Memang worth it!

Kami sempat masuk Sharknado Alive! Jenuh bergelak ketawa dalam tu sebab team kitorang gila-gila jugak. Survey kata tempat ni paling tak seram. Tapi korang standby jantunglah jugak ye, sebab banyak scene terkejut-kejut. Dalam dok kata tak seram konon (sedapkan hati) termelatahlah juga kakak ni hahahah....

Sponsor bersama tema NOF7 ni semestinya realme  so aku tak lepaskan peluang bergambar dalam photobooth ni. Nasip baik takde extra props aka geng hantu jengah masuk join bergambar sekali hahaha...

Ada 8 jenis rumah hantu. Sharknado Alive. 1 teater berhantu, BOMOH: Kat sini standby la jantung, sebab asik kena usik dengan hantu yang bergentayang sana sini. 2 scare zones, hantu pelbagai spesis kat sini. Dari nun, zombi, Annabelle dan lain-lain lagi. 11 thrilling rides dan 2 pentas persembahan sempena NOF7. Ikutkan memang tak dapat nak pergi semua tempat dalam sehari sebab ramai sangat pengunjung sepanjang hari.

Sempat belikan Zombie juice bag (air ribena) dan Devil's Horn untuk Mia. Dua-dua item tu berharga RM15 setiap satu. Ada juga Cursed Tumbler RM32 per piece. Apa pun  memang tak rugi datang ke sini. Best giler!




Monday, October 21, 2019

Jom Cuti-Cuti Singapura!

Hai geng!
Hari ni aku nak share some good info berkenaan beberapa tempat yang dikatakan menarik di sekitar Singapura! Yes! Singapura gais, sebelah je dengan Malaysia. Jiran kita. Okay sebelum aku nak pergi kepada info menarik mengenai tempat-tempat tu, aku nak kongsi dulu sedikit tips untuk ke sana menaiki flights.
Throwback bersama cik Mia. Seperti yang korang dah tau, banyak lagi pengangkutan darat untuk ke sana. Tapi ia akan memakan masa yang lama la untuk sampai ke sana bagi korang yang tinggal jauh dari selatan tanah air. So here some tips mengenai flights yang ada.


Untuk flights ni banyak pilihan airline yang disediakan. Mula-mula korang search je dulu Singapore airlines flights. Then dia akan keluar beberapa result and aku suggest korang cari yang booking through Traveloka. Sebab traveloka ni banyak promo and dia akan view bebarapa pilihan flights yang available untuk date korang tu.
Kredit foto: nomadicnotes
Since tak jauh mana pun nak ke Singapore tu, aku just pick je yang murah sikit. The best Jetstar Flights, penerbangan ambik seawal 9 pagi. Dari KL, akan ambik masa dalam 1jam 10 minit je truly worth it compare naik bas atau drive sendiri. 5 jam nak sampai sempadan tu, belum kira lagi jem berduyun-duyun kat imigresen. So naik flight ni bagi aku akan save banyak gila masa korang. Boleh spend habis-habisan kat Singapore nanti. Ingat pesan aku ni, ambil yang dari Traveloka tu, kalau korang tak percaya, sila la compare sendiri ye.
So tanpa melengahkan masa lagi, jom aku bawa korang ke top 5 destinasi yang meletop! Kat Sinapore ni.
1. Merlion Towers
Kalau dah ke Singapura tak sah kalau tak bergambar dengan Merlion ni ha. Kalau kat Langkawi kita ada Helang sebagai satu ikon tempat pelancongan, kat Singapura ni pula dia guna Merlion sebagai simbolik kepada Singapura. Apa ke benda Merlion ni? Ini ada gabungan daripada Mermaid + Lion = Merlion.
Merlion Towers ni terletak di Pulau Sentosa. So kalau ada yang nak ke sini, boleh terus menuju ke Merlion Towers ni. Pemandangan nya sangat superb, sesuai sangat untuk berselfi dengan patung Merlion setinggi 37 meter ni. Tambahan pula terdapat tasik yang cantik di sekitar kawasan patung Merlion ni. Standby la untuk bergaya kat sini!
2. Universal Studios Singapore
Universal Studios Singapore ini merupakan salah satu daripada 6 theme park universal studio yang ada di seluruh dunia. Gah bukan? Universal Studio Singapore ini terletak di Pulau Sentosa. Ia merupakan satu tarikan yang sangat popular bagi mereka yang melancong ke Singapura. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang berkeluarga. Ini adalah destinasi yang tepat. 
Terdapat 7 zon yang korang boleh lawati dalam theme park ni. Antaranya ialah Hollywood, New York, The Lost World, Madagascar, Ancient Egypt, Far-far Away dan Sci-fi City. So kalau korang nak datang ke sini, make sure datang awal okay. Sebab masa opening hour dia je orang dah start beratur. And aku prefer korang untuk beli tiket lebih awal compare dari beli kat kaunter yang disediakan. Mana la tau dapat promo, murah ler sikit. Gitu
3. Singapore Botanic Gardens
Bagi penggemar bunga dan tumbuh-tumbuhan hijau, korang boleh datang ke Singapore Botanic Gardens ni. Ia merupakan satu-satunya tropical garden yang mendapat anugerah UNESCO World Heritages Site. So, apa yang ada kat dalam ni? Korang boleh menyusur laluan pejalan kaki yang disediakan dalam kawasan ni. 
Sepanjang perjalanan, korang akan jumpa tasik yang nyaman, taman bagi tumbuh-tumbuhan hiasan, taman bonsai, taman orkid, ukiran-ukiran yang menarik  dan banyak lagi kawasan-kawasan unik yang menjadikan botanic garden ni sebagai salah satu pemegang anugerah UNESCO. Jangan lupa untuk ke sini dan melihat sendiri keunikan taman ini!
4.  Cove Waterpark
Kredit foto: Tripcarte

Apa benda pulak cove waterpark ni? Haa. Ini la salah satu waterpark yang boleh dikira agak besar di Singapura! Waterpark ni bukan sahaja menjanjikan kepuasan yang berlipat ganda, malah akan membuat adrenalin korang tu memuncak ke maksima. Banyak aktiviti berasaskan air yang disediakan kat sini. Kalau nak buat semua, korang memang kena spend one whole day untuk lepak kat dalam waterpark ni je.
So aku senaraikan sikit la apa aktiviti yang syok korang boleh buat kat dalam waterpark ni. Antaranya:
Adventure River
Whirlpool Washout
Spiral Washout
Pipeline Plunge
Tidal Twister
Riptide Rocket
Dueling Racer
Met Waze
Splashworks
Big Bucket treehouse
Yang aku list ni mana yang tak melibatkan aquatic animal. Kalau korang nak tau, dorang juga ada aktiviti yang membolehkan korang lihat dan rasa sendiri berinteraksi dengan haiwan-haiwan akuatik yang ada. Kalau nak rasa semua, wajib spend 1 atau 2 hari kat sini. Tak menyesal.
5. Bugis Street
Kredit foto: Miss Tam Chiak
Tadi dah seronok-seronok, tak sah kalau tak shopping souvenir nak bawak balik kan? Ini antara tempat yang korang boleh datang and shopping habis-habisan. Kat sini dorang ada jual macam-macam jenis barang. Makanan yang halal pun banyak. Kalau kat Malaysia, boleh kira macam kat Jalan Tar. Harga pun berpatutan. So tak perlu nak pergi beli cenderahati kat tempat lain dah. Semua korang boleh beli kat sini. One stop station bak kata omputih. 
Orait gais. Setakat ni, sekian dari aku untuk sharing session mengenai top 5 tempat yang korang boleh habiskan masa kat Singapore ni. Nanti lain entry aku share lagi tempat-tempat menarik okay. Jangan lupa , plan baik-baik cuti korang tu. Kalau boleh jangan habiskan masa atas jalan je nak kesana. Simpan masa tu untuk korang berlibur di destinasi yang ingin dituju. Sampai jumpa lagi. Bye!

Wednesday, October 9, 2019

Logo Belanjawan 2020

Ok, macam biasa dapat job last minute LAGI. Kali ni kena design poster Bajet 2020. Perkara yang para designer paling tak gemar bila dapat projek design: Arahan kerja TANPA content. Yup, SELALU berlaku. Nak-nak benda urgent, benda belum pasti dan macam-macam lagi.

Jadi akan keluar arahan macam ni "You design dulu, content kita kasi NANTI." Nanti tu boleh jadi lagi berapa minute deadline. Boleh bayangkan tak berapa banyak design kena rombak sebab content tak berpadanan dengan hasil artwork?

Tak nak cerita panjang. Aku dah kena start design. Harini setelah puas menggodek sana sini cari logo. Tanya geng designer, without respond. Akhirnya jumpa link Belanjawan 2020. Sila klik link tersebut untuk dapatkan original file logo. Pelbagai format disediakan.


Kat sini aku nak share logo format png yang dah siap resize. Jemput klik text LOGO BELANJAWAN 2020 ni untuk download hi res logo. 

Semoga memberi manfaat.

Tuesday, September 17, 2019

Budak 80-an di HKL

“Terima kasih doktor, jururawat” - Hospital Bersalin KL henti operasi, warga kota kongsi memori suka duka sepanjang 56 tahun


Bila keluar artikel ni kat facebook, rasa sebak pula. Dulu pernah menetap kat kuarters kesihatan KL. Zaman tu kebanyakan rumah kakitangan masih di atas tanah. Ada gak dalam 2, 3 bangunan flat  dekat dengan kuil tu. Awal tahun 1990, 1 demi 1 kawasan perumahan mula dirobohkan. Nak bina kuarter kesihatan jenis apartmen macam sekarang. Tahun 1992, famili aku pindah Gerik. 

Masuk alam pekerjaan, aku kerja kat Japen, opisnya kat bangunan Bernama. Boleh nampak bangunan HKL bila menapak dari rumah sewa kat Kampung Baru ke tempat kerja. Terkejut tengok persekitaran kuarters. Tapak rumah kami dulu dah jadi padang mainan budak-budak. Bila singgah kat Medan Selera HKL boleh terbayang lagi laluan lorong belakang rumah jiran-jiran. Masa dulu kat tepian longkang tu la jadi port lepak budak-budak 80-an. Main masak-masak, nyorok-nyorok, baling selipar dan macam-macam lagi. Zaman tu brick game baru nak popular. 

Aku anak pertama lahir kat Hospital Bersalin KL ni. Abang dan kakak lahir kat Gerik. Lepas tu dua adik aku pun lahir kat sini. Masa abah kerja kat HKL dulu, selalu juga curi-curi ronda belakang hospital ni. Jenguk kawasan lobi. Jenguk kat kolam ikan, mini taman. Lalu kat area farmasi. Bau semerbak ubat-ubatan. Tapi sebabkan dah terbiasa, kami yang budak-budak ni tak rasa takut pun dengan bau hospital. Kalau nasip baik, jumpalah kawan-kawan abah. Offer kat kami kuih atau air kotak free hehe... Kalau jumpa misi or attendant yang garang, terus kena hambat balik. "Hah! Nak kena cucuk???" Bertebaranlah kami lari sebab takut hehe...

Hospital bersalin sekarang dah dinamakan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur. Nama singkatannya WCH. Apa pun jasa dan pengorbanan semua kakitangan warga kesihatan di Hospital Bersalin tetap dikenang. Sepanjang hayat kami berada. Bangga jadi anak 80-an. Terima kasih Hospital Bersalin Kuala Lumpur!

Saturday, September 14, 2019

Lukisan mewarna | Saya Anak Malaysia


Sejak kebelakangan ni memang tak jenguk sangat blogspot. Hatta blog sendiri. Sebab tu rasa bersalah bila tengok komen request drawing Saya Anak Malaysia ni. Kadang tu event Merdeka dah tamat, program mewarna pun tak terlepas, aku baru perasan ada email or komen req huhu... So aku share kat posting ni je la. 

Nak copy, korang kena klik dulu kat nama file bawah gambar tu then SAVE or DOWNLOAD dalam komputer korang ek. Pastu print la ikut suka size korang nak. Biasanya kalau contest mewarna orang suka print drawing block size. Insya'allah file aku kongsi ni a bit besar resolution dia. Tak pecah kot. 

Pada warga guru or organizer contest mewarna, be free sharing this link to others. Drawing ni kakak share FREE. No service or art charge needed. Semoga memberi manfaat.


HPPNK 2019: Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2019


Wowww~!
HPPNK 2019 kembali!

Ekspo pertanian HPPNK tahun ini bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita (Our Food Our Future). Program ni akan diadakan pada 28 November hingga 1 Disember 2019 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Kebetulan pula lokasi program besar anjuran MOA ni bertempat di negeri kelahiran YB Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Terdapat 6 kluster utama bakal dipamerkan kepada orang ramai:
✔️Makanan dan Minuman
✔️Gaya Hidup
✔️Kesejahteraan
✔️Hasil Pertanian
✔️Agro Teknologi
✔️Pembangunan Modal Insan



Antara tarikan utama aktiviti sepanjang HPPNK 2019 pula seperti berikut:

✔️Agro Kulinari
✔️Agro Pelancongan
✔️Agro Youth
✔️Budaya dan Senitani
✔️Empayar Makanan
✔️Jualan Tani Segar
✔️Kenduri Rakyat Nasi Ambeng
✔️Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan
✔️MySeafood
✔️Pameran Agro Teknologi dan Mekanisasi
✔️Pameran Hasil Pertanian, Ternakan dan Akuakultur
✔️Pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Jangan lupa kunjungi laman sosial rasmi @HPPNK2019. 

Jom kita kasi trending hashtag:
 #HPPNK2019 dan #makanankitamasadepankita

.....................................


My last minute design. Tangan sampai menggeletar kejarkan timeline. Nak lukis 1 per satu dan cari vector icon tu bukan kerja mudah. Susun 1 by 1 ikut alphabet letters HPPNK lagi. 1 hari fokus bab icon & text HPPNK je. Lepas tu baru roll up whole design. Dapat 1 idea baru senang hati nak relayout jadikan item-item design lain. Penat tapi apa-apa job yang melibatkan art memang kakak enjoy. Yang penting nikmati rasa seronok bila tengok hasil kerja terpapar di depan mata.

#whswzwork
#ilovemyjob

Tuesday, November 20, 2018

Salam Maulidur Rasul 2018



Salam Maulidur Rasul
Selawat dan salam pada junjungan Nabi Muhammad saw...

Semalam dah lewat petang barulah dapat seru kena buat design ni. Aku pun sebenarnya lupa sungguh pasal kerja ni. Udahnya jam 9 malam baru start design. Semuanya quick design je. Sebab memasing nak guna template sendiri. Nasiplah mood design dok ada semalam. Kot tak, merapulah hasil kerja last minute haha...