Nuffnang

Followers

Tuesday, October 5, 2010

Hadiah baru!

Dah lama nak update pasal hadiah ni tapi asyik lupa je. Lagi satu sebab gambar dalam kad yang belum dipindah masuk dalam komputer. Sudahnya hajat tu bertangguh je. Banyak juga hadiah-hadiah belum update tapi pelan-pelanlah. Ini antara hadiah-hadiah yang baru diterima dalam minggu ini. Yang lainnya bakal menyusul di lain entry.



Dalam minggu lepas aku terima dua kiriman surat yang best. Salah satunya hadiah contest SCS butter. Aku tahu tentang kemenangannya melalui kawan pejabat yang hebat pasal contest-contest ni. Alhamduillah masuk rezeki RM100 voucher Giant. Kemenangan voucher ini tiket dari voucher sebelumnya. Aku beli handbag Armani Exchange gunakan voucher Club 21. Dapat voucher saguhati raya dari The Gardens Mall RM20. Kalau beli produk RM300 boleh redeem RM20 boucher Cold Storage. Tapi disebabkan harga handbag tu sekelepuk RM1000++ gitu maka voucher dikira satu resit je huhu... Takpelah, dapat RM20 tu pun kira rezeki terpijak jugak tu. Hari-hari biasa memang takdenya dapat voucher macam tu tak pasal-pasal kan...


Beli produk SCS dengan tambahan nilai voucher Cold Storage tu, aku dapat voucher RM100 voucher Giant! Kelakar pun ada. Tapi itulah rezeki. Syukur alhamdulillah... Sesungguhnya Allah beri kita rezeki dengan pelbagai cara. Tapi perlu jugaklah dengan usaha kita. Trimas pada penganjur SCS produk kerana memilihku sebagai salah seorang pemenang saguhati. Pemenang utama memenangi hadiah berupa TV LCD 42 inci kalau tak silap. Tahniah kepada pemenang yang lain juga.


Bungkusan kedua aku terima hadiah dari Tote Boutique. Hadiahnya comel betul. Sebuah pouch bag yang boleh muatkan kad-kad penting (ic, lesen dsb), duit dan henfon. Corak dan warna yang Cik As pilih cantik sangat. Damia pun siap bawa bermain shopping-shopping dalam rumah sebaik bungkusan tu dibuka. Trimas pada pemilik kedai online Tote Boutique, Cik As. Sememangnya hasil kerja beliau memang terbaik. Kemas, cantik dan berkualiti!

Bungkusan ketiga aku tak pasti hadiah dari contest yang mana. Mungkin aku menang sebarang contest blog. Bagaimanapun terima kasih pada PC Emporium sdn. bhd kerana hadiahkan aku sebuah CD case. Memang berguna untuk simpan koleksi DVD gambar simpananku.

Ada beberapa hadiah lagi yang belum update. Aku rasa bersalah sebab tak update dalam blog. Aku masukkan dalam blog bukan sebab nak menunjuk. Tidak sama sekali. Sebaliknya sebagai penghargaan kepada para penganjur. Selalunya aku suka buat satu hadiah satu entry. Tapi macam makan masa nak siapkan semuanya satu persatu. Jadinya ini julung kali aku campurkan beberapa hadiah dalam satu entry. Untuk hadiah berikutnya mungkin aku akan buat satu entry per hadiah. Rasa lebih selesa begitu biarpun nampak terlalu serabut dengan banyak entry hehee... Yang penting maksudku untuk ucapkan rasa penghargaan pada penganjur, sampai.

Sekali lagi terima kasih banyak pekada semua penganjur contest yang sudi sampaikan hadiah kepadaku. Rasa gembira bila hadiah milik kita, sampai di tangan.

4 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah wan banyak tu dapat...best la rajin wan join contest sana sini ek...kita baru nak aktif ni...tahniah ek...upload la lagi leh jadi pembakar semangat ni..

Mama Zharfan said...

congrats :) hadiah voucher RM100 tu sgt best!!

Wansteddy Tales said...

anje ~ dulu saya pernah terima msj dari anon pasal entry hadiah ni. keh3 ada yg jengkel jugak :P
caiyo2 anje. rezeki semakin murah. suka cara anje asuh tahap keyakinan balqis. keep it up anje!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ trimas k.suziey... dpt satu komen: pada anon ni, rm100, voucher pulak tu, is nothing! kakakak... mayb anon tu org kaya. saya masih rasakan rm100 ni rezeki besar. syukur alhamdulillah :)