Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, October 4, 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows

Bagi yang kenal aku mesti tahu aku ni penggemar siri Harry Potter. Tak cukup novel inggeris yang dialih bahasa ke BM pun aku baca. Dah ada semua koleksi pun. Kalau mak aku tahu mesti bising hehe... Tak lama lagi filem Harry Potter ke-7 akan masuk ke pawagam. Kali ini dengan tajuk harry potter and the deathly hallow. Di bahagikan kepada dua bahagian. Sambungannya mungkin di tayangkan pada tahun depan. Kat sini aku nak sorotkan sikit scene dalam filem dan aku cuma bagi tanggapan secara rawak atas pembacaan dalam novelnya. Nak tahu cerita penuh layanlah filem ni sendiri kat pawagam okey!
Awas! Kandungan entry ni banyak spoiler. Bagi yang tak suka baca spoiler tak digalakkan baca nanti rasa tak best dah nak tonton filemnya. Tapi kalau tak nak baca tapi teringin amat nak tahu scene yang berkenaan jenguk-jenguklah sikit. Tak rugi pun hehe...


Pemberitahuan:
Semua gambar aku ambil di GooGle.

Kalau ikut jalan cerita dalam novel, Harry akan ucapkan selamat tinggal pada keluarga makcik Petunia sebab dorang akan dipindahkan ke tempat lain. Rumah yang didiami keluarga makciknya dah tak selamat sebab genap usia Harry 18 tahun (tak salah aku) mantera yang melindungi rumah kediaman tempat Harry menginap akan terlerai. Scene ni kawan-kawan Harry akan minum jus bertukar menyerupai Harry untuk mengelirukan Death Eater.

Adegan ketika Hagrid mengiringi Harry dari rumah pakcik dan makcik Petunia. Ketika ni dorang nak cuba kelirukan pihak Death Eater yang cuba tangkap Harry. Kalau ikut novel, adegan ni patutnya di awal filem. Tapi kalau dah jadi versi filem faham-fahamlah mesti ada perubahan kan.

Tak pasti tentang scene ni tapi aku cuma beranggapan ketika Harry, Ron dan Hermoine selinap masuk dalam kementerian sihir untuk ambil beberapa maklumat. Paling penting sebab nak ambil semula loket Slyterin yang diambil oleh bekas pengetua jahat dorang, Dolores.

Scene ketika Dobby selamatkan Harry, Ron dan Hermoine ketika ditangkap dan dipenjarakan dalam rumah keluarga Draco Malfoy. Kalau ikut novel waktu nak selamatkan harry ni, dia mati kena tikam dengan Bellatrix Black, sepupu ayah angkat Harry Sirius Black.

Waktu ni Harry dan kawan-kawan cuba selidik maksud buku... aku lupa ke namanya. Dorang jumpa bapa Luna Lovegood.


Shell Cottage rumah tempat dorang berlindung selepas larikan diri dari rumah Malfoy. Rumah ni milik abang Ron yang baru kawin dengan Fleur. Fleur ni watak saingan kejuaraan Harry dari filem Harry Potter and the Goblet of Fire. Tengok rumahnya kecik je rupanya. Kat dalam filem mesti nampak besar berganda.

Aku rasa scene ni ketika Harry berjumpa dengan perempuan tua kawan lama Profesor Dumbledore. Tak silap nama dia Matilda gitu. Tapi sebenarnya matilda ni dah mati. Jasadnya diambil alih ular sawa milik Voldermort.

Masa ni tongkat sakti Harry patah. Itu kalau ikut jalan cerita novel la.

http://2.bp.blogspot.com/_2fdwksuATNA/TIW8-72fP3I/AAAAAAAAAP8/gYzgmeQ4Pec/s1600/Harry+Potter+7+Deathly+Hallows.jpg

Adegan ketika Harry terjumpa serpihan cermin yang dihadiahkan oleh pakcik Sirius Black. Bapa angkatnya yang dah mati dibunuh sepupu gilanya sendiri, Bellatrix Black. Ketika tu Harry sangkakan dia terpandang mata Profesor Dumbledore. Tapi sebenarnya mata disebalik cermin tu milik adik Profesor Dumbledore. Beliau yang membantu Harry untuk menyusup masuk dalam istana Hogward yang dikawal ketat oleh anggota Death Eater.

http://www.blogvedete.com/wp-content/gallery/harry-potter/harry-potter-and-the-deathly-hallows-12.jpg

Hermione Granger ketika lari dari ditangkap anggota Death Eater. Nampak beg pouch kat tangan Hermoine tu? Nampak je kecik tapi mampu memuatkan banyak barang. Kiranya macam stor besar bergerak. Aku pun nak handbagak macam tu kalau ada. Dengan rumah-rumah leh muat masuk!

Cerita pasal pawagam. Aku harap tahun ni takde lagi penonton seat belakang yang buat sinopsis cerita ketika filem tu ditayangkan. Ada ke patut tengah best-best layan filem ni ada pulak minah tukang cerita. "Ah... lepas ni macam ni... lepas ni macam tu..." Dey! Aku pun dah baca novel tu la. Tapi takde pulak aku nak jadi cik serba tahu, cerita scene-scene berikutnya dalam panggung wayang! Kalau nak bercerita buatlah selepas atau sebelum masuk panggung. Kita yang nak layan rentak cerita pun jadi terganggu bila ada yang bercakap-cakap kat belakang siap bagitau jalan cerita lagi. Cis! Aku tidak marah, cuma jelak je hehe...

8 comments:

CaDLyNN said...

sangat minat harry potter jugak!
tp tgk movie je..ehehe..

h4ni3 said...

susah kan kalau time tgk wayang ada pulak yg bagi running commentary..

lenkali standby bawak kain buruk.. sumbat jer mulut diorg.. hehehe

maslinamansor said...

peminat tegar harry potter nie... :)

AyuArjuna BiGoshh said...

minat dgn citer ngan hp...tapi cik hubby tak minat lak pulak...:)

Wansteddy Tales said...

Cadlynn ~ saya ni tahap fanatik pn iye jugak. filem, novel, game, info semuanya nak ambil tahu kekkee

Wansteddy Tales said...

h4ni3 ~ banyak kali dah kena h4ni3. kalau setakat ketawa besar tu xkisah, bg meriah. ni ada lak tukang sinopsis cerita mmg leceh :P

Wansteddy Tales said...

maslina mansor ~ tepat sekali! :)

Wansteddy Tales said...

AyuArjuna BiGoshh ~ ooo... paksa je hb g tgk movienya sekali. xdpt paksa pujuk je hehhee... hb wan pn kurang HP ni tp demi ini yg gile HP layan je la. tp dia bantai tido dlm panggung! 3jam tu mmg layan mata je la sbb dia mmg da tak minat hehe... yg dia minta speacial effect je :)