Nuffnang

Followers

Tuesday, October 5, 2010

Armani Exchange

Inilah dalam sejarah hidup aku beli barang dengan harga riban-riban. Kecuali beli rumah dan kereta serta barang letriklah kan. Kalau produk untuk diri sendiri memang aku berkira. Tak bergaya apa lagi mengikut fesyen semasa. Apa yang ada je aku pakai. Alhamdulillah berkat menang contest Haagen Dazs dulu merasa aku pakai handbag Armani berharga RM1330.00. Voucher ni aku redeem kat Armani Exchange: The Gardens Mall, Mid Valley.
Paksa hb bergambar depan butik Armani KLCC

Baki voucher aku hadiahkan pada hb. Beliau sendiri yang pilih hadiahnya. Makan masa jugak nak beli sebab hb tak tau nak pilih produk yang mana satu. Sudahnya minggu lepas hb pilih tukar voucher tu kat Armani Exchange KLCC. Produk Armani jugak. Hb pilih sandal dan T.Shirt. Masa hb belek-belek baju kat butik Armani tu aku tertarik jugak kat sebuah handbag dalam amaun RM300 gitu. Tapi aku rasa biarlah sekali sekala bagi hb hadiah yang berjenama pulak. Kali ni cuma tambah Rm 40 untuk lengkapkan harga sandal dan t.shirtnya.

3 barang je dengan harga... Rm 1670.00

Syukur alhamdulillah selamat redeem voucher RM1500.00 tepat pada masanya. Kalau lewat sehari je voucher tu boleh burn. Mungkin tersurat rezeki milik kami, merasalah juga kenakan produk yang... mustahil dibeli tanpa voucher ni! hehehe....

Tidak lupa aku perlu ucapkan banyak-banyak terima kasih pada penganjur contest, Haagen Dazs. Huduh-huduh je aku sign tulisan Haagen Dazs tu, tak sangka menang besar. Inilah antara rezeki besar untukku tahun ini. Alhamdulillah...

6 comments:

Mama Zharfan said...

contest memungkinkan kita semua (kalau menang ler) dpt rasa benda2 yg kita takkan spend dgn duit sendiri like brg2 branded mcm yg u menang ni :) congrats once again

psst..me paling excited bila menang holiday/hotel voucher sbb dpt bercuti kat hotel2 yg best2 :)

Unknown said...

tahniah lah ted..kalau aku sure aku gila meroyan dapat benda branded2 cam gitu..
aku ni bila nak merasa benda branded cam gini ek.kempunan!!

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ betul... setuju sekali (angguk kepala dengan penuh kusyuk :)

setakat ni tak pernah lagi terima hadiah dr hotel. ditawarkan masuk hotel free ada palace of the golden horses (btl x ejanya ni) pernah bg offer bilik free utk famili. tp wan rejek tkt tertipu hahhaa... rupanya mmg bawah lucky draw. melepas... :P

Wansteddy Tales said...

hada ~ aku kalau tak kerana contest jgn harap la nak merasa pegang yang. ni pn aku nak masuk butiknya pn aku rasa kecilll je wakakkaka

Anonymous said...

congrats....bertuahnyer dier=)

h4ni3 said...

wahh.. bestnya menang besarrr
dah lama tak join contest pape

congrats wan! =)