Nuffnang

Followers

Thursday, December 30, 2010

3 Buffered Earnings... Walla!

Sebenarnya aku tak tahu apakah menulis tentang Buffered Earnings ini memberi faedah atau tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sebabkan aku masih tak berapa faham istilah duit masuk keluar dari mana aku ikut je la blogger lain. Ye... masih buta Nuffnang walaupun aku dah terima selama beberapa bulan beberapa BE. Ketika yang lainnya mencapai cash ratusan ringgit. Cash aku dalam akaun Nuffnang naik berdikit-dikit. Seminggu RM2 sekurang-kurangnya.


Aku nak komplen? Tidak... Pertama kerana aku akui, aku jarang blogwalking sekarang. Urusan di pejabat sahaja menuntut seluruh waktu kerjaku. Urusan kerja tempahan pulak mengendeng waktu rehatku. Di rumah pulak aku asyik melayan game! Jarang sekali aku blogwalking sekarang sedangkan itulah bonus tarikan para pengunjung blog sebenarnya. Kesedaran ada, tapi keinginan tu tak kesampaian. Nantilah bila aku punya lebih masa lebih mood barulah aku buat gerak gempur semula. Setakat ni. Aku rajin singgah-singgah manja blog kawan-kawan je. Tak pun blog yang menarik perhatian. Entry yang ku cari. Entry yang beshhh dan lain-lain.

BE aku walau tidak banyak. Namun berikan aku sedikit kegembiraan. Siapa je nak bagi kita duit hatta singgit pun kan. Suka-suka? Takdelah. Tapi kalau kita menghulur tu mungkin. Pada yang memerlukan. Atau pada toilet berbayar. Justeru duit sebanyak RM0.50 pun sudah memberi makna besar buat aku. Syukurlah :D

Berterima kasih pada iklan Olay LB. Dia setia dengan blog aku sejak berbulan lalu. Sungguh suka. Tiap kali buka blog disambut si cantik dari iklan Olay tu tersipu-sipu aku malu. Eh eh... gitu lak sikap aku ni hahahah... Tersipu bukan segan kat model tu tapi tersipu-sipu sebab happy sayang jugak iklan Olay ni kat aku. hehe... Apa pun trimas pada Nuffnang! Aku banyak ni miss contest-contest terkini Nuffnang. Kejarkan deadline kerja dan contest punya pasal. Banyak dikejar banyak juga keciciran. Adeh la...

10 comments:

Sari said...

mmg xfhm nuff ni..maleh nk pikio..heheh

mummy_ayu said...

3 BE..ok la tu...ayu nie satu jer..tapi tu pun syukur bebanyaks..ayu tak paham sgt ngan nuffnang nie..tapi niat buat bog pun just utnuk diary..so bab income nie angkap sbg rezeki...
syukur je berapa dapat...
happy new year!!

Wansteddy Tales said...

k.sari ~ hahha itulah pk2 sngt serabut kepala dgn perut sekali. follow je la. nk study psl nuffnang ni asyik bertangguh je padahal ramai je yg rajin buat tutorial pasal nuffnang ni XD

Wansteddy Tales said...

Mummy ayu ~ syukurlah saya pn mmg xtarget dpt cash bnyk sbb yg sudi singgah blog ini pn berapa kerat je. target itu hiburkan hati je berblog ni. masuk duit kalu, bonus la tu :D

Nurmala Mazlan said...

Kita pun x paham kak..
Langsung x paham..Org suh register, kita register...org suh bubuh kat blog, kita bubuh...

CatlinaFly said...

jgn lupe join contest kami di http://kedaigambarkami.blogspot.com tau..mane tahu bertuah :)..wan pon kalo wat entry, sgt kreatif!:)

Mama Zharfan said...

congrats :) duit free dari nuff adalah bonus hasil dari blogging :)

Wansteddy Tales said...

nUR_rOsALiNdA ~ sekapal la kita dik. akk ni nama je dah lama tepek nuffnang tp masih ditahap beginner cashnyer. org baru berblog sebulan pn dah boleh cash out riban2. tahap otai betul! respke dgn org yg ada keinginan majukan blog memasing. tp org cm hakak. nk buka blog tutorial pn ada sindrom M. bz perkara paling tepat :D

Wansteddy Tales said...

CatlinaFly ~ thanx Cat. Insya'allah will polo. dah ada plan ke arah situ. tp tgh buat perancangan dulu. risau buat draf je tapi xsempat nk publish dgn duedate. sya selalu cmtu. terbabas tarikh tutup hahhaha

Wansteddy Tales said...

k.suziey ~ thanx. duit pasif kerana saya pn bergerak cam siput blogwalking versi slow motion! hahah...