Mood membebel pagi-pagi. Datang kerja tadi dengan rasa segar. Udara waktu pagi, baru lepas hujan yang sememangnya fresh. Mengingatkan secara tak langsung memori zaman rumaja dahulukala hehe... Hakak kau sejak dua menjak ni asyik dalam mode jiwang je kan. Tak habis-habis mengimbau kenangan lalu. Apa nak dikata... Blues orang nak menginjak usia 30-an la katakan... Tapi selagi belum cecah bulan disember hakak tak mengaku telah tua dek non! muahaaha...
Waktu pagi, memori paling besh bila ke sekolah merempit dengan basikal pink yang sebenarnya milik kakak. Tapi perempuan tu kala remaja dulu spesis yang ada geng kat sekolah. Jenis popular, so manalah cool pergi sekolah tunggang basikal kan... Paling-paling pun bawalah motor tanpa lesen. Baru nampak eksyen! haahah... Tak macam adik dia yang ni (sambil menuding jari ke muka sendiri). Memang takde perasaan. Kalau orang kata, buat malu jek. Hakak kau peduli hapa. Yang penting aku ke sekolah ada gak transport. Dari nak kena berpeluh ketiak tunggu bawah terik mentari pengangkutan awam yang tah bila nak sampai kekeke...
Ingat tak adegan Ziana Zain merempit dengan basikal dalam filem Maria Mariana? Puas cari gambar Ziana Zain yang berambut pendek dengan potongan bob tu. Naik basikal selamba je geliang geliut tengah jalan. Cam gitulah teknik merempit yang berkesan. Sebab aku pun selalu mengamalkan yang demikian! hahahah... Tapi tidaklah masa tengah ramai orang. Aku pastikan jalan lenggang. Kalau ada pun yang ternampak mungkin secara kebetulan. Nak mati... kalau ada orang nampak aku merempit, sah-sah ada mulut tempayan repot kat abah hahaha... Yang bagusnya, puaslah lenjan basikal tu tapi takde pula rosak-rosak. Tak macam basikal sekarang. Baru dua tiga kayuh, rantai basikal dah jatuh. Ek eleh....
Pagi ni Damia ke Kidzania, The Curve sempena lawatan sambil belajar Tadika Nasyrah. Pertama kali lepaskan Damia jalan jauh. Sebelum ni tadika buat lawatan kat Taman Warisan, Putrajaya je. Takde masalah nak lepaskan sebab dekat. Tapi kali ni jauh pula. Dalam hati ikutkan rasa keberatan jugak, tapi kenangkan sampai bila nak kongkong je kan. Baiklah bagi peluang. Harap-harapnya Damia tak kekok dan notty-notty sepanjang lawatan. (Mode superb risau ni sebenarnya).
Masa sambung buat kerja. Hakak kau kalau membebel tak habis-habissss... Mau sampai tengahari boleh membebel. Silap-silap my entry sampai dah boleh buat novel! hehehe... Selamat pagi 1Malaysia!
1 comment:
best nyer. damia ke kidzania :)
biar kan sesekali dia berdikari. 1st time may b kekok. but, xperience tu yg penting :)
Post a Comment