Syukur alhamdulillah... Wan terima hadiah yang paling bermakna dalam tahun ni. Buah rantai emas putih 18K bertatahlan berlian bernilai RM3000! Kemenangan ni sempena sertai Peraduan Udiamonds Bersama Majalah Perempuan tahun 2011. Terima kasih tak terhingga kepada penganjur contest, Majalah Perempuan dan Udiamonds! Contest ini berdasarkan slogan terbaik. Sejujurnya Wan sangat tidak berkeyakinan dengan slogan sendiri. Alhamdulillah... menjadi gubahan slogan kali ini :)
Wan terima agak lewat surat ni. Tapi nak dijadikan rezeki, staf Udiamonds pun memang sporting belaka, dorang tak kisah bila-bila pun boleh ambil hadiah ni. Al maklum dari Putrajaya nak ke Wangsa Maju agak jauh juga. Syukurlah walaupun lama Wan delay nak ambil hadiah ni, staf Udiamonds masih sudi simpan hadiah ni dengan baik. Terima kasih Udiamonds!
Sangat indah gubahan loket emas putih bertahtahkan berlian ni. Kenalah dengan nilainya RM3K. Menariknya Wan baru perasan Kak Ayu Rafikah adalah pemenang kedua contest yang sama! Kak Ayu menang sebentuk cincin putih bertahtah berlian kuning, bernilai RM2000. Alhamdulillah... rezeki sesama bakal biras hohoho...
Gubahan kotak barang kemas yang cantik dan elegan! Memang sesuai dijadikan barang hantaran perkahwinan atau hadiah kepada insan tersayang. Terima kasih Udiamonds dan Majalah Perempuan!
6 comments:
nampak besar loket tu :) tahniah wan
Congrats.. hebat
wowwwwwwwwwwwww.. ila tak bape reti pakai brg kemas. kalau ila dapat mesti ila jual beli meja makan kikiki
wow..bestnye...tahniah:-)
congrats!!
grats Wan!
Post a Comment