Hadiah utama peraduan Ekspresikan Sayang tajaan Avon dan Majalah Seri Dewi & Keluarga. Hadiah ni dah lama amik. Sekitar tengah bulan Jun lepas. Tapi baru harini nak update. Salah satu sebabnya... saja. Nak ngelak korang tau dari keluaran manakah ia hahaha... Puncanya hakak kau segan ayat berbaur jiwang-jiwangan. Tak rasi dengan jiwa hakak! hahah..
Inilah hadiahnya. Sekotak produk Anew Avon. 2 botol perfume untuk lelaki dan perempuan jenama Avon. Free O2 for Her & Him. Bau-bauannya... Walla! Very da wangi. Tapi masih tersimpan elok dalam kotak, belum digunakan. Yang For Him itu nanti nak berikan kat hubby je nanti. Free o2 for Her akan digunakan bila perfume yang digunakan sekarang dah habis. Hakak sangat berjimat cermat orangnya. Salah satu sebab, tak tahan bau berlebihan perfume walaupun kat badan sendiri. Jadi mudah nak pening macam nak pitam jadinya. Pelik tak pelik sangatlah kan hehe...
Avon FREE o2 For Her & For Him
Inilah contest yang Wan join tu. Alhamdulillah... sangkut menang. Nak join contest ni kena sediakan gambar bersama suami atau keluarga. Sediakan slogan dan kata-kata kasih sayang yang bersesuaian. Wan cuma target menang conso je, sebab tak yakin dengan slogan sendiri. Tak sangka, dapat hadiah utama. Syukur alhamdulillah...
Inilah sebabnya kenapa tak maklumkan awal-awal. Penganjur siap publish slogan yang kita buat. Malu hakak... Nak baca sendiri pun serasa tebal 2 inci kulit muka! haha... Geng contest lain yang menang Merlyn Bahiyah (dapat GP jugak!) dan Yumie Lufya. Keduanya setara pro comper sebab hebat dengan pelbagai jenis contest. Tahniah pada semua pemenang yang turut sama memenangi peraduan Ekspresikan Sayang tajaan bersama Avon dan Seri Dewi & Keluarga :)
3 comments:
tahniah ted,,murah rezeki sungguh,,
tahniah wan..:-)
tahniah wan :)
Post a Comment