Alhamdulillah, selamat memiliki haruman Nina Ricci Fantasy yang sangat unik dan wangi ni. Wan memang perfume collector. Tapi yang free sajalah. Nak harapkan belanja cash sendiri, pikir berpuluh kali, bertangguh berbulan-bulan, tak beli-beli. Alhamdulillah, impian memiliki perfume idaman tercapai dengan kemenangan dengan menyertai contest. Hadiah ni Wan perolehi sempena promosi Nina Ricci, majalah Hot Magazine.
Dalam sebuah kotak ada pelbagai keunikan. Dari pakaging botol hinggalah tarikan lukisan karya LiliDoll yang sangat cantik ni. Siap disertakan dengan jalan cerita dalam bentuk kartun. Memang Wan sangat teruja dengan hadiah ni. Rasa bertuah dipilih sebagai salah seorang pemenang wangian yang digemari ramai ni. Produk Nina Ricci sentiasa menggunakan khidmat artis berbakat untuk menyampaikan visi kewanitaan, bebas, impian dan puisi kontemporari. Setiap satu rekaan mempunyai fungsi dan aroma yang tersendiri.
Lukisan di depan dan belakang pamplet. Tapi hanya dapat tunjukkan separuh saja. Nina Fantasy direka bentuk buah epal. Wan suka kombinasi warna pink, putih dan keemasan yang menyerlahkan keanggunan dan ketrampilan feminin dalam botol dan kotak perfume ni.
Untuk maklumat lanjut mengenai perfume Nina Ricci Fantasy, bolehlah layari laman Nina Fantasy - Nina Ricci.
2 comments:
congrats!!
wahhh seronoknya dapat perfume ni.. free plak tu... *jeles2. :P
Post a Comment