Nuffnang

Followers

Tuesday, April 30, 2013

WON Sunsilk & Watsons RM1919 contest!


Rasanya dah lama betul tak update pasal hadiah contest kan. Al maklum, sejak berpindah ke pejabat baru. Memang takde masa sangat nak online. Sibuk dengan kerja. Dan selalu luangkan lebih masa lepak makan dengan member pejabat. Tak macam kat opis sebelum ni. Tapau breaklunch (breakfast + Lunch) dan makan depan pc sorang diri. Sesambil tu boleh lepak online lagi. Bila suasana kerja lebih mengundang, waktu kerja rasa lebih berkualiti.

Syukur alhamdulillah... Terima berita kemenangan yang tidak dijangkakan. Jumaat lepas memang aku kalut sungguh nak selesaikan kerja. Sebab minggu ni, isnin dan selasa aku cuti. Rabunya pula cuti hari buruh. Serius, aku lupa cuti hari buruh tu. Kiranya 3 harilah aku bercuti. So kena setelkan kerja hari jumaat tu jugak. Dalam kepadatan masa, tak disangka-sangka dapat panggilan dari wakil Watsons. Ini kali kedua sejak contest Watsons & Maybelline lepas. Nanti aku buat entry pasal tu pula. Sungguhlah, banyak entry tertunggak. Aku malas nak amik gambar satu persatu dan bikin entrynya pula. HAhaha...

Hadiahnya berupa RM1919 untuk 9 pemenang. Maunya aku tak terkejut. Contest ni betul-betul lucky draw. Cuba beli produk Sunsilk RM20 dan tulis maklumat diri belakang resit. Sebab borang peraduan kat belakang resit je. Drop dalam box dan berdoa. Selebihnya tawakal. Alhamdulillah... terpilih di kalangan 9 pemenang memanglah rezeki yang tidak dijangkakan. Alhamdulillah...

Terima kasih Watsons dan Sunsilk!

8 comments:

JaSSNaNi said...

wowwww... tu la kata org... untung sabut timbul.. rugi batu tenggelam.. hahahaha.. :) tahniahhh!!!

Unknown said...

Tahniah kak Wan..sangat bertuah sbb hadiahnya sikit je kan...tumpang happy

Unknown said...

Tahniah kak Wan

gewecun said...

tahniah wan:)

gewecun said...

tahniah wan:)

eima said...

murah rezeki sungguh tahniah dear

intanloveamir said...

tahniah kak... :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

beshhhhhhhhhh