Nuffnang

Followers

Monday, June 17, 2013

Penghargaan untuk Seniman & Seniwati Malaya


Sabtu lepas, kalau tak kerana abah datang kat rumah, memang tak perasan pun ada Anugerah Tribute P. Ramlee. Abah memang suka layan TV1. So anak-anak pun nak tak nak kena layan jugaklah rancangan yang abah pilih kalau nak tengok TV.

Kredit Utusan. Datuk Aziz Satar dan Seniwati Zaiton

Tengok pun dah masuk setengah program. Yang besh tu ada Anugerah Tokoh Lakon Melayu. Anugerah tu  diberikan kepada  seniman Datuk Aziz Satar dan Allahyarham S. Shamsuddin. Touching pula tengok Pak Aziz nampak sugul di pentas. Mungkin terkenangkan Allahyarham Pak Sudin yang baru saja kembali ke rahmatullah... Dan tak sangka pula berdiri di samping Pak Aziz, Seniwati Zaiton yang jadi pasangan comel Pak Sudin dalam filem Seniman Bujang Lapuk.

Trofi dan wang sumbangan untuk Anugerah Tokoh Lakon Melayu sebanyak RM5k. Hargai susah payah orang yang berusaha nak jayakan anugerah ni. TAPI, pada aku, orang kita boleh sponsor lebih lagi pada bakat-bakat yang sejati ni. Compare value pelawak belum cipta nama macam kat Raja Lawak, dapat RM100k! Atas nama contest je pun. Tu pun belum tentu lepas habis program dapat terus cipta nama sehebat seniman-seniman yang dah lama menapak cipta nama. Ini bukan kritikan menghukum. Tapi berbalik pada realiti. Fenomena yang sama sejak dari dulu lagi. Banyak program dikendalikan stesyen TV demi mengasah bakat baru. Yang timbulnya adalah sebilangan, selebihnya... hilang macam tu je. Ada yang cipta nama sampai ke luar negara, sampai satu ketika... tup! Hilang tanpa khabar berita. Seolah-olah aura glamor tu padam macam tu je.

Kredit~ Sedutan filem Pendekar Bujang Lapok. 

Kalau kita tonton filem-filem lama, berpuluh kali sekalipun. Walaupun kita dah hafal jalan cerita, boleh tahu dialog-dialog yang bakal dorang lontarkan. Kita masih jugak boleh gelak terbahak-bahak dengan ke'inesenan' wajah dan telatah dorang. Seolah-olah lawak tu masih segar dan bukan calang-calang orang boleh lakonkan semula. 

Jujurlah aku cakap. Bila tonton program lawak kat TV sekarang, aku hanya mampu melopong je ternanti-nanti kat bahagian mana yang lawaknya. Kalaupun tergelak, aku rasa setakat sengih nampak gigi je, tanpa suara. Menandakan paras lawak tu tak mampu lagi nak menggeletek hati macam kita tonton filem P.Ramlee dulu-dulu. Bukan nak kata pelawak sekarang tak lawak. Aku suka je lawak dari Nabil, Jep Sepahtu, Syuib, Johan, Pak Yus dan dan lain-lain. Tapi rasanya belum ada yang capai status GAH macam seniman-seniman lama. Sementara mereka masih ada. Hargailah... Apalah sangat sumbangan yang diberi. Zaman dulu dorang gigih bekerja demi gaji yang tak seberapa. Tak salah kot sekarang ni beri lebih tinggi lagi dari artis-artis baru.

Pelik cara orang kita hargai orang lama. Lagi lama, lagi murah. Sedangkan artis yang entah apa-apa dapat sumbangan berlipat kali ganda. 

Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!" 

Aku cuma komen dan luahkan pendapat sendiri. Siapalah aku kan... Bukan sapa-sapa pun. Cuma peminat pelawak lama. Otai sejati. Takde faedah sesen pun dari luahan ni. Cuma mengharapkan ada pihak yang dapat buka minda dan terbuka hati beri layanan VVIP pada seniman dan seniwati kita. Selagi hayat mereka masih dikandung badan. 

Wallahualam...

No comments: