Nuffnang

Followers

Monday, June 3, 2013

Pening kepala daaaa

Ping Pong Ping Pong!

Efek bunyi orang bermain ping pong. Kat sini tepat jam 1 ke 2 memang jadi aktiviti rutin staf-staf kat sini. Kadang tu seawal jam 12.30 tengah hari dah mula game. Lewat 2 petang lebih pun tak berhenti lagi. Yang kacaunya meja ping pong betul-betul menghadap pintu masuk keluar unit grafik. So kalau nak ke toilet ke, solat ke, kenalah bersabar tunggu dorang habis bermain. Tapi kalau dah tak sabar, redah keluar jugak. Nak-nak bila nak keluar masuk sebab nak menapau makanan.

Argh... Tension betul kepala dengar benda alah tu dari tadi tak berhenti-henti. Dengan serabut perut banyak tugasan ni. Bunyi-bunyian macam tu betul-betul menganggu tumpuan. Nak-nak pula air cond yang asyiklah rosak.

Meja kerja aku pula sebelah je tingkap dan dinding berkaca. Rasa berwap macam dalam sauna. Efek mengantuk berganda-ganda. Rasa macam nak berendam je dalam kolah berais. 

Pening kepala haku!

No comments: