Nuffnang

Followers

Wednesday, May 21, 2014

Pangkin Buluh Atap Rumbia

Aku suka gambar Mia yang ni. Kenangan bercuti di Langkawi bulan tiga lepas. Gambar ni diambil di dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Langkawi. Ada banyak binaan rumah tradisional Kedah dibina sekarang. 6 tahun dulu kawasan kompleks ni kecik je. Ingat sangat 6 tahun sebab kami pergi seawal usia Damia 2 bulan. Dan baru-baru ni pergi sempena nak raikan ulang tahun Damia yang ke-6 tahun. Alhamdulillah... Selamat pergi dan kembali.

Binaan rumah lama Kedah tak banyak bezanya dengan di Perak. Mungkin dek kerana negerinya berjiran. Paling aku tangkap syahdu pangkin buluh ni. Sama sebijik pangkin di rumah lama arwah nenek dulu. Dengan dinding kait buluhnya. Dengan tempayan tembikar besarnya. Dengan atap  rumbianya. Hampir 90% sama dengan layout pangkin di rumah nenek. 

Rumah olok-olok ni memang mengamit memori silam. Zaman kecik-kecik dulu, berlarian dengan sepupu sepapat sampai kaki terjerlus ke bawah. Berpiknik sedulang talam atau makan pinggan sendiri-sendiri sambil menikmati panorama kampung yang permai. 

Sayang anak-anak sekarang tak sempat merasa hidup susah macam anak-anak zaman 80-90-an dulu. Walaupun lasak (sungguh), alhamdulillah selamat. Biarlah kaki berkudis, biarlah makan dek cacing tanah pun. Keseronokan itu yang penting. Dan kini, bila dah jadi emak orang, betapa rasa rindunya nak kembali ke zaman dulu. Rindunya nak menapak naik ke rumah kayu separa buluh arwah nenek yang nyaman. Rindu sangat... 

Al fatihah buat arwahyarhamah Wan Fatimah Wan Ngah. Wanita cekal yang comel dan manje :) I Love U nenek. Semoga Allah merahmati rohmu hendaknya, amin...

No comments: