Dah siap design dolly Ayu Macha Mart. Redesign hasil dari Dolly ahli Puspanita 2014 dulu. Tapi aku tak upload kat blog pun kisah tu. Taruk dalam facebook saja. Dah lama tak buat kerja design dolly untuk customer. Jujurnya aku dah fed up nak buat kerja design freelance. Jujur. Dah banyak kali kena 'main' dulu. Sampai jadi kes hilang kawan sebab 'kawan baik'. Dek kerana tu je aku dah takde keinginan nak memulakan semula biz online yang dah lama aku tinggalkan. Terjebak kali ni sebab aku rasa teringin nak asah skill lama. Dan secara kebetulannya sebab aku ada tugas hakiki kat pejabat kena drawing dolly. Mood sedang mari.
Aku harap Ayu, owner dolly ni happy dan puas hati dengan air tangan aku yang tak seberapa ni. Rush design 1 hours tanpa henti. Walaupun cuma ubah costume dan warna. Aku memang nak sesuatu karya yang aku buat tu perfect kat mata aku. Mata aku je, sebab jadi kepuasan bila pelanggan suka. Pada aku, kepuasan bikin art dan value'nya tu tidak terletak pada wang ringgit, tapi penerimaan pelanggan sewaktu menerimanya.
Semoga bisnez Ayu Macha Mart kian maju jaya hendaknya, amin...
2 comments:
Wan.. kalau terbuka hati nak buat untuk mira cakap yer.. mira nak buat gambar perempuan pregnant.. untuk online shop mira..
ibuemir
Wan Amira Wan Salleh ~ Okey mira, insya'allah :D
Post a Comment