Sebelum keluar rumah tadi, isi perut dengan air masak. Sunnah Nabi SAW, nak minum air, kena duduk. Maka aku pun amik masa seminit dua teguk air secawan. (Makluman: hakak tak suka air masak, demi kurus paksarela kuteguk jugak).
Elektrik semua dah tutup, yang tinggal lampu depan je. Waktu tu kedengaran detik jam tik tik tik... Tak semena-mena terkenang hidup di zaman kanak-kanak. Memang hidup selalu rasa sunyi dan kosong bila takde teman di ajak bermain. Kadang-kadang aku duduk berteleku memandang jam dinding sambil perhatikan saja jarumnya bergerak. Melayan bunyi detikan yang konsisten. Menikmati suasana sunyi yang mengkhayalkan.
Itu aku semasa kecik. Budak kecik sekarang, tak sunyi dengan segala macam bentuk hiburan. Tak dapat TV, video game, PSP, ipad2, henset dan lain-lain lagi. Segala macam sumber hiburan ada. Sekali-sekala kita ajak duduk berlibur tak buat apa-apa. Tak betah. Rasa kosong dan tak boleh hidup. Teknologi menggerakkan segalanya.
Teknologi juga membunuh perasaan untuk menikmati hari-hari kita secara alami. Dan sebenarnya orang yang menulis ini pun secara jujurnya tak boleh hidup tanpa henset dan komputer. Kalau takde gadget ni, tak jalan kerja. Haih~
No comments:
Post a Comment