Apa perasaan korang bila datang pejabat, tengok barang-barang atas meja korang kena usik? Lagi haru, ada pulak tu barang yang hilang. Nak tuduh siapa? Kalau tanya kang, kata kita menuduh. Tuduh aku berfikiran negatif. Walhal sampai tahap ambik barang aku orang ambik tanpa izin tu, molek sangatlah ye? Kat sini mangsa tak boleh komplen, tak boleh mengadu, silap-silap jadi bahan cercaan. Pembuli berterusan, pengumpat berkumpulan sentiasa akan dibela. Sebab golongan ini sentiasa 'hidup' di mata mereka. Kualiti diukur pada aktiviti, bukan tugasan diberi.
Harini, hati terlebih emosi bila hasil kerja kena usik! Benci betul aku dengan situasi macam ni. Perlu ke engkau sibuk-sibuk nak mengacau kerja orang? Apa dah takde kerja sangat sampai kerja orang pun engkau nak sibuk-sibuk kacau? Kalau ya pun dengan niat nak menegur salah silap atau nak perbetulkan mana-mana rekaan yang pincang di mata engkau sorang, please, be professional! Ajak aku berbincang, bukan dengan menconteng, pastu sorok tangan! Engkau ingat aku suka tengok? Aku akan hargai? TIDAK, TIDAK, TIDAK! Bahkan aku selar kau dengan perkataan paling sesuai. BUSYBODY!
Aku tak kacau orang, tapi memang akan wujud je manusia yang takkan suka tengok kita tenang. Aku tak bercampur dengan mengumpat fitnah orang macam kelompok satu lagi tu SUKA buat. Just ignore tak cukup. Malah makin galak lagi nak bagi aku sakit hati? Please, aku tak tak kacau ko, ko jangan sibuk-sibuk nak kacau aku. Niat engkau mungkin baik, tapi aku tekankan sekali lagi. Sikit pun aku tak hargai. Tolong buat hal dan kerja sendiri. Aku tak minta engkau menyibuk pun dalam urusan kerja aku, terima kasih!
Lain kali jangan sembang je kencang. Aku dulu begitu, aku dulu begini (hebatlah konon). TUNJUK! BUKTIKAN! Bukan sembur air liur je. Pastu bila orang lain buat kerja, engkau sindir, kutuk, serba serbi tak puas hati. Hakikatnya, engkau sendiri TAK RETI BUAT. Pastu memandai-mandai nak tunjuk pandai!
1 comment:
hangat hati..tapi istighfar jer la nak marah kesian pulak orang sebelah..
Cara mudah hilangkan selulit
Post a Comment