Dah lama tak layan drama China. Rasanya last tengok masa sekolah rendah. Jam 7 petang kat TV2. Masa tu macam-macam drama cina yang best sangat. Sampaikan aktor dia pun boleh hafal. Tapi baru-baru ni terdetik nak follow drama Tribes and Empires Storm of Prophecy. Baca tajuk pun dah boleh agak storyline dia kan? Ingatkan cerita ni cliche history drama je. Tapi bila tengok costume, set pengambaran yang super cool, terus jadi teruja nak layan cerita ni dari episod ke episod. Setakat ni dah masuk episod ke 20. Lambat lagi nak habis. Ada 75 episod.
King Muyun Qin (raja yang boleh kata, malang) dan Empress Nanku Mingyi, watak jahat utama (setakat ni). Ratu ni walaupun lawa tapi punya rasa cemburu buta sebab Maharaja lebih sayangkan gundiknya YinRong.
YinRong ni golongan orang bunian (spirit). Ada kuasa magik. Waktu King Muyun Qin nak bunuh YingRong, aura jahat tu terpantul balik kat King Muyun Qin Puncanya sebab abang King Muyun Qin tuduh YinRong guna magik nak bagi King Muyun Qin dapat takhta. Tapi sebab sayangkan Maharaja, YinRong try serap balik aura tu dan effect kat kecantikan dia. Jadi tua kerepot. Spoiler ni. Tapi lantaklah, asal korang dapat tips sikit la pasal YinRong ni. Apa pun watak dia ni masih misteri (untuk episod ke 20). Tunggu nak hujung2 nanti maybe ada kejutan lagi pasal dia. Nak-nak apa kaitan YinRong dengan PinXi.
PinXi watak orang bunian dalam bebola kristal. Cuma Muyun Sheng dan Muyun De dapat tengok PinXi. Spoiler: sebenarnya PinXi ni hamba kepada... Tak pasti jugak. Cerita belum sampai tu. Kadang-kadang rasa annoyed gak kat PinXi ni sebab kuat merajuk. Nasip baik comel haha.. Muyun Sheng kira watak utama drama ni. Diramalkan bakal jadi maharaja yang akan binasakan dunia. Sebabkan dia kacukan manusia dan bunian. Muyun Sheng pun ada kuasa sakti macam mak dia. Bapa dia, King Muyun Qin jatuh sakit misteri sebab terkena kuasa Muyun Sheng.
Watak utama kedua, Muru Han Jiang. Setakat ni suka kat couple ni. Muru Han Jiang diramalkan akan rampas tahta diraja. Sebab tu dia kena buang masa kecik. Membesar secara gelandangan. Han Jiang belajar ilmu pertahankan diri dari sifoo dia. Hari sifoo dia mati, dia terjumpa dengan perempuan yang diramalkan bakal jadi maharani satu hari nanti, Su Yu Ning.
Watak utama ketiga. Shuofeng Heye. Sejak kecik dia diramalkan bakal jadi Ruler of the Seas and Land. Antara generasi akhir Suofeng clan sebab semua puak tu dibunuh kejam sebab bapa dia cuba rampas wilayah puak yang lain. Shuofeng Heye bakal balas dendam dan satukan puak nomad dan berikan rumah pada mereka seperti yang bapa dia hajatkan.
Sebab utama layan cerita ni, costume dan effect grafik kat poster dia. Tiap kali ada effect khas dalam drama ni, tak pejam mata tengok. Memang tabiklah designer dorang. Dari pereka fesyen, grafik sampailah sound effect. Semuanya hebat belaka. Terfikir berapa la gaji dorang. Sampai ke situ... haha
Muyun Family. Sejarah dorang ni berselirat. Tapi sebelum Muyun Sheng jadi maharaja nanti, habis abang-abang dia mangkat. Maybe kena bunuh sebab pakcik dia nak rampas kuasa.
Muru Family. Keluarga ni bersumpah akan taat setia pertahankan keluarga Muyun. Sebab tu bapa Han Jiang terpaksa buang dia, sebab percaya pada ramalan, Han Jiang akan malukan keluarga. Rampas tahkta dari maharaja.
Nanku Family. Famili jahat. Rumusan boleh bagi setakat ni haha...
Shuofeng Tribe. Famili yang malang. Macam mana pun hubungan famili ni sangat erat. Cuma malangnya tinggal beberapa orang je sebab yang lain mati dibunuh askar Muku. Sebab tu ShuoFeng Heye anti sangat dengan Muku famili. Ironinya 1st wife dia ada darah Muku. Tapi sebab kena fitnah dengan Helan Tieyuan atas hasutan Helan TieDuo, bini dia bunuh diri. Sedih part ni.
Harap dapat tengok habislah cerita ni. Kakak kalau dah suka, 75 episod boleh habis tengok seminggu. Tapi main tipulah. Pass laju-laju part yang bosan. Tapi sebabkan tak nak missed semua adengan (nak2 nak fahamkan jalan citer). Sanggup tu tolerate dengan cerita ni.
Rating for graphic 5 bintang.
Rating storyline 4 bintang.
No comments:
Post a Comment