Nuffnang

Followers

Saturday, March 31, 2018

Road To MAHA TELUK INTAN 2018


Esok bermulalah kembara Road To MAHA Teluk Intan, Perak. Bagi yang nak tahu aktiviti sepanjang RTM Perak, bolehlah rujuk jadual aktiviti/ acara di bawah. Dari jam 10 pagi hingga 10 malam macam-macam program telah diatur untuk menceriakan anda. 

Jadual Road To MAHA Teluk Intan, Perak pada 31 mac 2018 (sabtu).

Jadual Road To MAHA Teluk Intan, Perak pada 1 april 2018 (ahad).


Menariknya esok dimulakan dengan acara pelepasan rakit oleh 50 belia lelaki dan wanita dengan membawa 10 buah rakit bermula dari Teluk Intan hingga ke Bagan Datuk, Perak. Sangat rugi kalau terlepas nak saksikan acara menarik ni.

Kakak sempat jelajah beberapa tapak Mobile Food Kiosk, Empayar Makanan di sekitar Dataran Menara Condong tadi. Hari buka tapak pun dah meriah dengan pelbagai makanan viral. Esok, tentunya lebih meriah lagi. Jangan lepaskan peluang rasai Kelapa Leleh Kampor, Burger Sotong dan lain-lain lagi. Esok kakak buat review pasal makanan viral kat RTM Teluk Intan ye!

Terdapat pameran dan demonstrasi masakan serta kraftangan bakal diadakan bermula hari sabtu hingga ahad. Memang tak sabar nak tengok pameran hidupan laut oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Selain tu tentunya seronok dapat mengulit arnab gebu di Petting Zoo, Jabatan Veterinar Malaysia.

Last but not least, Konsert Gegar Peladang yang tentunya ditunggu-tunggu. Konsert ni bermula jam 8.30 malam pada 1 April 2018 (ahad). Jangan lepaskan peluang saksikan kaletah Mamak Puteh dan Hazwan XOXO sebagai pengacara. Dan persembahan yang pastinya boom dari Syamel, Ara dan Amira Othman.

Bermula esok sampai hari ahad nanti.
Jumpa kita di Dataran Menara Condong, Teluk Intan!

No comments: