Nuffnang

Followers

Friday, April 17, 2020

Hari Hemofilia Sedunia

Rasa macam nak aktifkan balik blog ni. So untuk permulaan kakak update design sempena Hari Hemofilia Sedunia yang sis design untuk laman web dan FB MOSTI. Hari Hemofilia Sedunia diperingati pada setiap 17 April.

Penyakit Hemofilia adalah penyakit kelainan genetik yang menyebabkan darah pesakit tidak dapat membeku sendiri secara normal. Hemofilia tidak berjangkit melalui sentuhan kerana ia bukanlah sejenis penyakit seperti wabak.

Bagaimana hemofilia diturunkan?

Hemofilia merupakan kelainan gen yang terjadi pada kromosom X. Hanya anak lelaki sahaja menghidap Hemofilia. Lazimnya wanita yang memiliki gen X yang bermutasi digelar sebagai ‘carrier’. Wanita tidak mempunyai penyakit ini kerana mempunyai kromosom X yang normal.

Gejala Hemofilia Ringan boleh menyebabkan pendarahan sukar berhenti selepas pembedahan kecil seperti sunat atau cabut gigi. Gejala Hemofilia Sederhana lebih 1 hingga 2 kali seminggu menghadapi masalah seperti gejala ringan. Bagi yang menghadapi Gejala Hemofilia Berat pula, pesakit kerap mendapat lebam-lebam, bengkak dan rasa nyeri sendi akibat trauma ringah atau tanpa sebab yang jelas.

Ibu bapa dinasihatkan membawa anak ke hospital atau klinik kesihatan untuk melakukan pemeriksaan sekiranya mengalami tanda lebam tanpa sebab dan kerap.

#whswzwork

No comments: