Nuffnang

Followers

Monday, November 22, 2021

Menyepah

Gambar hiasan di meja mesyuarat
 
Aku ni sejenis manusia yang tak gemar nak godek reta benda orang (TANPA IZIN), kecuali terpaksa. Bila terpaksa sehabis gigih avoid tinggalkan damage kat tempat orang. Sebabnya? Tak nak menyakitkan hati pemilik. Begitu jugalah aku tak gemar reta aku diperalatkan sewenang-wenang oleh orang lain.
 
Tapi memang ada juga spesis rakan kerja yang suka ngecah reta benda kita sesuka jiwa.  Tak kisahlah sebab kerja atau saja suka-suka... Pantang tengok meja orang lain kemas, eh dia rasa teruja nak tolong kecahkan. Spesis jenis ni memang aku tak gemar. Rasa pantang sekali.
 
Dah engko belek-belek rete orang, reti la letak balik elok-elok, kan. Janganlah ditunggang terbalikkan macam tongkang pecah. Bukan budak kecik nak ajar. Dah tua bangka pun memasing. Meja ko lantak ko la nak sepah. Meja orang, buat cara meja orang. Walau benda ni nampak kecik dan remeh bagi sesetengah orang. Tapi inilah ciri empati diri yang makin kurang dalam diri sesetengah orang.
 
Kadang rasa nak bebel-bebel bagi semua dengar. Ulang-ulang bebel sampai dorang sakit kepala. Tapi spesis aku, jenis cakap sekali, tapi sound terus, pedas sedas. Faham tak faham, lantak kaulah.
 
Kalau berulang lagi peel nyepah tempah aku macam ni... Siap! aku cari sampai dapat pelakunya. Memang taji kaw-kaw la depan muka. Kerja tak kerja. Sapa suruh suka-suka sepah tempat aku tanpa izin kan?

No comments: