Nuffnang

Followers

Showing posts with label Freebies Coloring Book/Paper. Show all posts
Showing posts with label Freebies Coloring Book/Paper. Show all posts

Wednesday, August 4, 2021

Lukisan Malaysia Prihatin & Malaysia MENANG BERSAMA

Hai semua, harini aku nak share semula link lukisan mewarna tema Hari Kebangsaan. Nasip baik Puan Syahida dari Negeri Sembilan ada whatsapp tanya pasal lukisan tu, kot tak, memang tak perasan pun rupanya link lukisan dalam Dropbox tu dah tak available. Maybe aku terdelete masa clean up bahan-bahan kerja dalam simpanan. 

Kali ni apa yang baru, aku tambah logo tema tambahan bagi tahun 2021: Malaysia MENANG BERSAMA yang dihasilkan oleh pereka dari MOF. Aku jadikan dalam format hitam putih, so anak-anak boleh mewarna ikut logo yang disertakan dalam lukisan ni. Sambil-sambil kita mengajar anak-anak mengenal warna, kita didik rasa cinta pada negara.


Untuk download borang lukisan, sila jenguk link ini.

Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna


Saturday, December 5, 2020

Frontliner Doodle

 
Bila geng opis request drawing untuk subjek mewarna bertemakan COVID-19.
Mood on x on sangat nak melukis. Kita conteng-conteng saja.

#frontliner
#doodle
#whswzwork
#freebies

Saturday, September 14, 2019

Lukisan mewarna | Saya Anak Malaysia


Sejak kebelakangan ni memang tak jenguk sangat blogspot. Hatta blog sendiri. Sebab tu rasa bersalah bila tengok komen request drawing Saya Anak Malaysia ni. Kadang tu event Merdeka dah tamat, program mewarna pun tak terlepas, aku baru perasan ada email or komen req huhu... So aku share kat posting ni je la. 

Nak copy, korang kena klik dulu kat nama file bawah gambar tu then SAVE or DOWNLOAD dalam komputer korang ek. Pastu print la ikut suka size korang nak. Biasanya kalau contest mewarna orang suka print drawing block size. Insya'allah file aku kongsi ni a bit besar resolution dia. Tak pecah kot. 

Pada warga guru or organizer contest mewarna, be free sharing this link to others. Drawing ni kakak share FREE. No service or art charge needed. Semoga memberi manfaat.


Tuesday, August 20, 2019

Kartun Merdeka Boy


Mood doodle sempena bulan merdeka.
Kartun Malaysia Boy ni korang kena download atau save dan print. 
Boleh buat projek mewarna untuk kanak-kanak.



Friday, January 5, 2018

Lukisan Bendera Malaysia

Dah lama lukis bendera ni. Manual. Tu pun sebab ada sorang kakak X-officemate request drawing bendera Malaysia. Sebab nak anjurkan contest mewarna kat opis katanya. Masa tu tengah busy kerja hakiki. Jadi, tak fikir panjang, terus ambil pen, sketch, scan dan bagi. Line sangat tak kemas.

Harini bila tengok balik drawing tu, malu mak ai... Vectorkan balik, perkemaskan line. Siap! Tak guna banyak kudrat pun. Kejap je  lukis-lukis proses ni bila passion tu tengah menggelegak. 

So sapa-sapa nak, ambiklah. Klik gambar ni untuk besarkan, pastu save. Free. Nak-nak kalau nak guna untuk contest sempena musim Merdeka dan Hari Malaysia nanti kan. Harap bermanfaat.

Wednesday, September 17, 2014

Lukisan Kanak-kanak Merdeka

Orait~! Siap 4 drawing baru sempena Peraduan Mewarna Merdeka dan Hari Malaysia. Syukur alhamdulillah... dalam dok sibuk-sibuk hadap kerja setambun kat pejabat. Settle jugak job sketches tersebut. Sememangnya sedari awal lagi aku sendiri yang offer diri nak membantu(buat drawing baru) sebab memang seronok buat kerja ni. 

Drawing untuk kategori B. Untuk kanak-kanak sekitar usia 7 ke 9 tahun. Bercirikan elemen 1Malaysia dan Rukun Tetangga dengan karektor kanak-kanak berbangsa Cina, Melayu dan India. 

Merdeka Boy. 2 lukisan pilihan untuk Kategori A, khas digunakan untuk kanak-kanak lelaki berusia 4 hingga 6 tahun. Mula-mula lukis yang atas tu, pastu nampak macam terlajak usia pula, buatlah drawing kat bawah tu. Adaptasi dari Merdeka Boy kempen merdeka 2014. Anak member opis lama tu. Zarif bin Razif. Femos dah kecit tu hihi.... 


Merdeka girl untuk kanak-kanak perempuan berusia 4 hingga 6 tahun. Aku share pasal drawing ni dalam entry bertajuk: Lukisan Kanak-kanak Merdeka (Girl) dan TIPS menyertai pertandingan mewarna. Siap sharing tips mewarna lagi dalm entry tu. Request dari member aku yang asiklah bertanya macam mana nak menang contest mewarna. Jawapan jujurnya, keputusan bergantung pada juri. Sangat subjektif. Kadang tu penilaian dibuat berdasarkan kreativiti. Ada sesetengahnya lebih tertarik pada hasil lukisan yang cantik. Apa pun bergantung pada rezeki kanak-kanak tu sendiri. Selagi terdaya asah minat anak-anak kita dalam teknik mewarna dan melukis. Tajamkan lagi minda kreatif mereka. Jangan takut mencuba teknik baru dalam melukis dan mewarna. Paling penting, hargai sepenuh hati setiap satu dari karya mereka. Secara tak langsung kita bagi semangat pada mereka untuk mencuba lebih baik dari hasil yang dilakukan sebelum ni.

Ini design sijil yang recycle design lama. Dek kerana terkejarkan masa. Tapi akhirnya tak diguna juga sebab tak sempat nak print out. Esok eventnya. Walaupun tak join contest ni, aku lak yang over berdebar! Damia pun aku tak ajak join, sebab emaknya kena jadi juri pertandingan. "Karang bias." Kawan aku yang kata, ahhaha...

Monday, September 15, 2014

Lukisan Kanak-kanak Merdeka (Girl) dan TIPS menyertai pertandingan mewarna.

Yay~ Siap 1 drawing baru Kanak-kanak Merdeka. Kali ini untuk kegunaan pertandingan mewarna anjuran Unit Library, MoA. Sempoi je drawing kali ni sebab target untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah. Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna rasanya macam terlalu banyak nak diwarnakan dalam masa yang singkat. Jadi aku minimakan ruang dengan 1 karektor kanak-kanak.  Ini versi perempuan. Sketch untuk lelaki masih dalam proses.

Latar belakangnya kubiar saja kosong, boleh dorang lukis mengikut kreativiti masing-masing. Dalam pertandingan mewarna, 3 faktor utama menyumbang kepada kemenangan. Meh hakak nak sharing tips. Lepas ni boleh sharing dengan anak-anak ye. Tips ini jugak khas buat para juri yang nak bagi markah. Sebelum-sebelum ni selalu jugak dengar rungutan kalangan ibu bapa, juri tak reti buat kerja. Okey, sekurang-kurangnya ilmu yang tak seberapa ni bolehlah kalian gunakan untuk menjawap persoalan dari ibu bapa dan penjaga yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemarkahan korang.

Pertama: Kalau lukisan ada ciri kemerdekaan, PASTIKAN warna bendera diwarnakan mengikut susunan  yang betul. Jangan hentam kromo je lebih-lebih lagi bab jalur merah putih tu. Paling tricky kalau bendera dalam lukisan tu jenis berkibaran. Pening peserta nak suai padankan warna jalur. Kat sini je markah utama ditandakan. Silap 1 warna, skip untuk next winner. No bias, walaupun lukisan kita sangat cantik dan ceria. Inilah yang selalu mak bapak pertikaikan dalam pertandingan mewarna. Anak okey je, mak bapak yang lebih-lebih. Tak nak kalah hohoho.... Argue dengan juri sambil pertahankan karya anak. Bila kita explain, tak puas hati. So kiranya, jawapan aku ni menjawap persoalanlah ye kenapa lukisan anak anda tak layak menang hadiah utama ye.... Cantik bukan jaminan jika kita ketengahkan elemen kemerdekaan. Pastikan warna bendera anak anda betul.

Kedua: Kreatif. Ada sesetengah peserta memang punya skil mewarna yang tiada tandingan. Tapi lukisan boring tanpa unsur kreativiti. Jika latar belakang kosong seperti gambar di atas. Sila penuhkan ruang sebaik mungkin. Bergantung kepada tahap umur peserta juga. Kalau muda belia kita berharap dorang lukis macam Picasso, tak agak-agaklah kan. So... ibu bapa, didiklah anak anda jadi lebih kreatif dalam menzahirkan kreativiti dalam lukisan mereka.

Ketiga: Cantik dan ceria. Ini tipikal. Sekali pandang, terus menangkap mata. Warna ceria dapat menyuntik semangat. Kan keceriaan biasanya kita kaitkan dengan kanak-kanak. Walaupun memang ada segelintir peserta yang gilakan warna gothic: kelam, suram, gelap. Tak salah, tapi kurang digalakkan.  Sebabnya inikan pertandingan kanak-kanak. Sebaik-baiknya lukisan diwarnakan dengan elemen ceria.

Lain-lain Tips:

Material mewarna: Masa kecik-kecik dulu aku selalu jugak masuk pertandingan mewarna. Tapi SELALU KALAH pada 'budak kaya'. Aku kata kaya sebab dorang bawak pensil warna sendiri. Selalunya box besar 1 atau 2 tingkat atau krayon. Aku? guna je pensil warna subsidi penganjur. Kalau penganjur jenis lupa / kedekut nak provide kelengkapan asas seperti pensil, sharener, pembaris dan pemadam. Standbylah kertas warna tiris sebab mata pensil warna kehausan haha...

Tak dinafikan jika kita gunakan alatan peribadi lebih bagus berbanding bergantung harap pada alatan yang diperuntukkan oleh penganjur. Bukan nak kata tak bagus, cumanya bila kita bawak alatan sendiri, lebih selesa dan kita faham macam mana material tu berfungsi. Aku tak suka krayon. Krayon menghasilkan lukisan yang kelihatan comot dan berkecamuk. Tapi krayon sangat bagus untuk menjimatkan masa. Sekali sapuan kita dapat penuhi sebahagian besar ruang. Dan aku rasa tak acilah bagi peserta lain yang terhegeh-hegeh kena sental pensil warna segaris demis segaris. So, aku agak skeptikal dengan pengguna krayon. Bukan menyampah, tapi tak suka. So, kalau aku jadi juri, pastikan anak korang tak guna krayon. Kes dengki zaman silam bawak ke alam dewasa, hahhaha...

Tips buat urusetia/penganjur pertandingan mewarna: 

Bendera:
Mungkin benda ni pada korang leceh dan tak perlu. Tapi kena ambil kira jugak level kemampuan peserta muda kalian. Sediakan bendera di sekitar kawasan pertandingan. Sekiranya nampak ada peserta yang macam terkial-kial nak warnakan bendera. Tunjuk dan ajar kanak-kanak tersebut kat mana sepatutnya penggunaan warna tu diaplikasikan. Sharing is caring kan...

Gap antara ibu bapa/penjaga dan peserta: 
Sesetengah penjaga memang suka duduk bersama peserta sebab nak tolong asahkan pensil warna yang dah tumpul. Cara tu memudahkan anak beri tumpuan penuh pada lukisannya. Tapi ada jugak jenis yang ambil kesempatan tolong warnakan borang peraduan anak. Bab ni memang langsung tak fair. Selalunya golongan parent yang macam ini yang akan berkicau bila penyertaan anak dorang kalah atau tak dapat nombor yang diharapkan. Pesanan penaja untuk golongan macam ni, "Makcik, awak 30-40an, saingan awak budak-budak umur 4 ke 6 tahun. Dari segi skill awak yang tip top marvelos, yes, awak layak menang. TAPI dari segi integriti awak dah fail! Anak kecik lagi, awak dah ajar jadi pemalas dan peniru yang hebat. Jangan nanti anak masuk Universiti, atas usaha makcik yang tolong siapkan thesisnya." Moral of d story. Penganjur HARUS buat gap yang berpatutan. Memadai buat tali penanda aras kedudukan peserta dengan parent di luar. Jika masih ada yang ketegaq masuk jugak dalam kawasan pertandingan. Aim lukisan anaknya. Pastikan penyertaan tersebut mendapat nombor yang berkelayakan dengan hasil usaha parent mereka. Kalau wujud lagi rasa simpati atau takut kena bash, saguhati pun okey. Kalau aku, hm.... sorrylah anak korang nak menang apa-apa. Strict giler sebab aku sendiri banyak pengalaman macam ni suatu ketika dulu. Langsung tak adil tengok pemenang julang borang penyertaan hasil tangan emak bapak dorang sendiri. Mana keadilan? Ptui~! Lagi bangga tayang hasil tangan sendiri. Selebet-selebet pun, kalah-kalah pun, puas hati. Sebab buat atas usaha sendiri. Pengalaman tu yang penting.

Aku rasa sampai sini je yang mampu aku share. Tengah kejar masa buat sketches lain pulak. Ada masa dan mood berblog nanti aku muat naik lukisan baru. Oh ye, pada yang berminat nak gunakan drawing kat atas bolehlah email request pada aku: wansteddy@gmail.com. Jangan sesekali gunakan untuk keuntungan peribadi ye: Jual, terbitkan dalam bentuk buku amatlah dilarang sama sekali. Hakak tak redha. Kalau nak print out untuk pertandingan mewarna anjuran korang, no problemo. Dialu-alukan. Malah boleh berkongsi saja dengan mana-mana rakan yang berminat. 

Lukisan ini free, tak perlu bayar. 

Friday, April 4, 2014

Mia 6th Birthday~ coloring paper


Sebagai kenangan sempena ulang tahun Aliya Damia ke-6 pada 24 Mac 2014 lepas. Mommy lukiskan karikatur Damia. Kartun Mia rujuk pada gambar Mia yang bergaya dengan gaun kesukaannya.

Aku sematkan dalam beg goodies kawan-kawan tadika Damia. Bolehlah kawan-kawan Mia mewarna dan buat simpanan sendiri. Bila paparkan lukisan ni dalam facebook lepas, tak sangka pula ada ibu bapa yang berkenan dengan lukisan ni. Mereka yang ada anak perempuan pun nak jadikan lukisan ni untuk program mewarna anjuran masing-masing. Ada yang nak buat untuk acara jamuan birthday party anak perempuan masing-masing. Tak kurang ada yang nak jadikan hadiah sampingan untuk goodies macam idea yang aku gunakan lepas. 

Rasa seronok pula dapat berkongsi idea dan lukisan dengan kenalan. Bagi yang berminat bolehlah email je permintaan kat aku melalui emailwansteddy@gmail.com. Aku jarang berblog, jadi kalau korang request melalui blog takut aku tak terbaca dan terlepas due pula tarikh yang korang target nak buat jamuan tu kan. 

Lukisan penuh nanti aku akan ubah tulisan dalam tag yang kartun Mia pegang tu. Bolehlah gantikan perkataan Mia 6th Birthday tu dengan sebarang ayat yang korang rasa nak guna. Apa pun please sangat-sangat minta terus dari aku ye. Tak nak terjadi macam kes-kes curi lukisan dan ubah sendiri macam Lukisan Kanak-kanak 1Malaysia aku tu. Kan lebih molek minta sendiri dengan tuan punya lukisan. Aku pun bukan nak charge apa pun. Free apa. Sedekah je air tangan sendiri. Dan lagi korang akan puas hati sebab kualiti yang aku email tu lagi tinggi resolusinya berbanding lukisan yang korang edit tu. Nanti pixel pecah sebab saiz lukisan tu kecik je. 

Aku suka je bagi hasil lukisan sendiri dengan orang ramai. Sebab rasa seronok berkongsi dengan orang. Suka tengok anak-anak ekspresikan idea lukisan tambahan dan mewarna penuh semangat dalam lukisanku. Itulah suatu kepuasan pada aku sebenarnya. 

Semoga lukisan ni jadi pendorong pada anak-anak kita cenderung dalam minat melukis dan mewarna kelak, insya'allah...

Wednesday, September 12, 2012

Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna

U P D A T E:
............................................................................

Inilah lukisan yang sempat Wan hasilkan untuk peraduan mewarna peringkat sekolah. Tiada bayaran dikenakan. Wan anggap sebagai kebajikan khas untuk kanak-kanak sekolah yang masuk pertandingan. Sedikit sebanyak terasa sudah berbakti untuk keseronokan mereka lunaskan kreativiti dalam mewarna.

Kalau perasan, lukisan ni Wan recycle semula idea poster yang Wan lukis sempena pertandingan Litrak tahun 2011. Boleh rujuk entry superb hot ni: Lukisan Wansteddy dalam banner LITRAK! Sebab apa Wan kata hot? Inilah antara entry yang paling tinggi ratingnya dalam blog ni. Walhal entry ni dah lama dipublishkan. Thanx banyak pada pembaca yang sudi singgah dan baca pasal entry ni :)

Pada Kak Suhaili, thanx sebab beri kepercayaan pada Wan. Maaflah terpaksa menanti lamaaaa sungguh. Sebenarnya sebelum raya lagi request ni dibuat. Tapi baru dua tiga hari ini Wan ada masa nak belek lukisan ni. Lukisan asli untuk contest tu dah diberi pada penganjur. So Wan kena lukis semula. Idea yang sama, cuma banyak penambahbaikkan dan perubahan dibuat. Terutama pada detail karektor kartun tu. 

Semoga lukisan ni dapat memberi manfaat pada kanak-kanak sekolah. Dalam hati teringin nak tengok hasil mewarna pelajar sekolah :)