Waktu ni Damia dah tidur. Mata aku tak mengantuk. Banyak rancangan nak dilaksanakan segera. Tapi kepala kian serabut sebab tak tahu mana nak mula. Jadinya aku putuskan membebel sepatah dua kata dalam blog sendiri sekejap. Haha....
Bacakan tajuk apa tafsiran korang? Yep, itulah realitinya sejak beranak pinak ni. Dan lagi anak yang dijaga tu anak perempuan. Kos maintainance'nya dari kecik lagi dah tinggi. Tak macam anak lelaki. Kalau dulu sebelum kawin, duit aku, gaya aku. Sekarang dah kawin, punya anak pula. Duit aku, anak bergaya. Sebabnya naluri keibuan yang terdorong niat boros tu, mesti nak tengok anak kita bergaya. Mak dia tak bergaya takpelah, asalkan anaknya nampak elok-elok belaka haha...
Baju emak RM100 dapat 3 pasang. Sepasang baju kurung lebih kurang RM30 lebih. Bayangkan kain cap apa tah dengan kualiti yang entah apa-apa. Sebab tu kalau nampak hakak ini (sambil menudingkan jari ke muka sendiri), selebet tak pasal-pasal, kerana inilah. Malas nak berlebihan untuk diri sendiri. Beli pun baju yang memang out of date. Maksudnya tak fashionable langsung. Orang dah lepas fesyen ala-ala Korea, aku baru terhegeh-hegeh nak google cari fesyen lama. Beli pun kat kaki lima jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam murah kononnya. Walhal bila dihitung-hitung mahallah jugak. Strategi berniaga....
Tapi demi anak... sepasang baju lebih rm100! Mak datuk mahainya... Tak kisahlah yang jual online ke jual langsung ke. Kat shopping mall ke, kat pasar malam ke. Sama. Mahal tetap mahal. Kualiti ke tak kualiti ke mahallah juga. Itulah realiti.... baju budak-budak sekarang melampau-lampau mahalnya dari baju orang dewasa. Walhal seciput je saiznya. Selang dua tiga bulan dah senteng, sebab anak makin membesar.
Dan lagi aku agak fobia nak membeli baju anak secara online. Rentetan kisah-kisah menakutkan seperti yang diwar-warkan sesetengah blogger. Ada yang dapat kain tak semenggah. Tak kualiti. Butang berkarat, tercabut, benang tertetas, kain terkoyak, imej yang bukan-bukan kat kain baju dan macam-macam lagilah. Nak salahkan peniaga pun susah juga. Dorang pun mungkin ambil secara borong, tak perasan ada slek sana sini. Mungkin takde rezeki la nak bergaya sakan dengan baju belian online tu. Sebab tu elok lagi rasanya pilih kat shopping mall. Beleklah sampai lebam mata pun, asalkan puas hati dapat kain baju yang memang dihajati dan puas hati membeli. Nak yang murah, tunggu la musim warehouse, murah-murah belaka. Untung nasip, dapatlah baju yang baru dan cantik dengan harga yang sangat berpatutan. Problemonya... nak tunggu musim warehouse tu la, entahkan bila...
Tapi baru-baru ni aku terjebak membeli secara online pulak. Beli baju sendiri. Dan yang buatkan aku sendiri tak percaya. Buat pertama kali tergedix aku nak try pakai jubah! Alala.... gedixnya... hahah...
Okeylah, dah makin meraban hakak kau membebel pagi buta ni. Mata cepet kian nak terkatup, mengantuk. Kuapan pun dah berdas-das keluar. Sebelum hajat nak tidur tu kesampaian, baiklah hakak berhenti berblog ni dan sambung kerja tadi. Kerja mesti diberesi. Tak dapat semua, setengah ke suku ke jadilah... Asal sentuh cikit mana yang patut. Daripada esok melopong tengok lebih banyak kerja nak kena setelkan. Waaa....
6 comments:
hehe.. bila dah jadimak mmg anak didahulukan, mak dikemudiankan
aku paham sejak jd mama pd baby girl asek nk membeli je
hehehhe me sama naik beli bj me and bj my boys..boys tak de feshen sgt tapi kalau branded memang sama mahal ajer dgn baju gegirl ;)
baju budak skrg mmg mahal2 kan..
saya pun cam eima tu
dah ada baby girl ni asek nak membeli jek, uhuhu!
sabar, sabar.... =p
sama la..anak di utama..kdg2 sampai 6 bulan mak dia x beli baju baru..yg si anak tiap2 bulan ada je baju baru..hihih
Post a Comment