Dah lama tak bercerita pasal Damia kan. Harini nak share pengalaman pertama Damia menunggang kuda. Kuda sebenar ye, bukan kuda mainan carousel macam selalu Damia naik tu. Dan buat pertama kalinya Damia tunggang dengan pengawasan penjaga kuda tanpa mommy dan ayah di sisi. Sampai sekarang rasa macam tak percaya je. Okey, biar mulakan cerita macam mana bermula kisahnya.
Mulanya kami ke pasar malam beli juadah makan malam. Lepas tu singgah ke tingkat atas, tengok booth-booth jualan. Mula-mula tu Damia dah moody sebab tak dapat nak naik kuda. Jadi kami bawa Damia berjalan cuci mata. Sempat singgah kat meja barang perhiasan. Beli cekak di kepala Damia yang cute tu dengan harga RM3. Kalau nak tahu, Damia ni tak berapa gemar bercekak. Masa baby dulu aku suka pakaikan Damia headband. Sekarang dah besar dan pandai bergaya sendiri. Apa saja yang mommy gayakan dia oter balik.
Booth mewarna secara percuma. Tempat tarikan Damia sebab si kecik ni suka mewarna. Nak-nak pula masa tu dia tengok banyak koleksi warna atas meja. Rambang mata jadinya. Tapi sayang... masa kitorang sampai booth tu nak berehat sekejap. Kalau nak mewarna kena datang semula jam 8 malam. Maka tak dapatlah Damia tunjuk skil mewarnanya tadi...
Bila nak balik, tak dapat tidak, kena patuhi kehendak Damia nak tengok kuda. Staf-staf yang jaga kandang kuda semuanya ramah belaka. Siap pelawa Damia naik kuda. Damia yang excited terus setuju nak naik. Bayaran sekali pusing RM10 sahaja. Kalau anak yang masih kecil, boleh tunggang sekali dengan penjaga. Bayaran tetap sama. Memang suatu pengalaman besar buat kami sekeluarga. Memang mulanya baik hubby maupun mommy, dua-dua berat hati nak lepaskan Damia tunggang kuda tu. Bimbang kuda mengamuk ke damia jatuh ke. Tak putus doa biarlah selamat sepanjang Damia menunggang tu. Alhamdulillah segalanya lancar belaka. Kuda tu pun jinak sangat. Langsung tak meragam. Jom tengok aksi-aksi Damia menunggang kuda pertamanya.
Selesai menunggang, Damia dipelawa pegang kuda. Awalnya Damia cam takut-takut nak usap muka kuda tu. hehe...
Lepas tu kami bawa Damia berjalan ke booth atas. Kat sini ada macam-macam pameran yang menarik. Paling disukai Damia, taman ini. Kelakarnya hanya Damia dan budak lelaki tu saja yang bersenang lenang bermain. Masalahnya satu je, tempat ni basah sikit sebab petang tadi hujan.
Dan akhirnya kami ke pentas konsert. Di sebelahnya pertunjukan belon panas. Walaupun pengunjung masih belum ramai, tapi suasana mula meriah. Kami balik ke rumah untuk makan malam dan tengok Raja Lawak musim 6. Esok-esoklah kalau ada masa kami singgah lagi ke Karnival WOW Putrajaya ni. Mesti lagi besh.
Sedikit info yang mungkin boleh tarik perhatian kalian. Ada lucky draw kat booth ni. Kita menderma RM5 boleh dapat satu tiket. Siapa yang bertuah boleh menang macam-macam gadget, pekakas dapur dan voucher percutian beserta hamper. Malam tadi kami cuba juga. Malangnya satu nombor lagi nak dapat hadiah voucher percutian! haha... Takde rezeki. Yang ralatnya kedua-dua microwave dimenangi staf yang jaga cabutan bertuah tu. Hurm... memanglah bab rezeki ni Tuhan yang berikan. Tapi bukankah lebih baik kalau syarat penyertaan tak membenarkan petugas join sama. Lebih molek kan. Cumanya disebabkan asasnya kita nak menderma, maka redha je la. Yang penting niat menderma kita tu ikhlas. Menang kalah kan adat bertanding... Kesimpulannya aktiviti kat Karnival ni memang besh. Bawalah famili ke sini... Yang penting... Jom enjoy!
4 comments:
comelnya skirt damia :)
Comelnya penunggang kuda berskirt pink nie! Ada gaya pro nie, npk dia cool je :)
Mama zharfan ~ anakku punya tu kak suzi. damia mmg suka skirt2 ala ballet ni. kalau blh semua jenis seluar dia kena ada ciri2 ballet hehe
intan ~ dia sgt cool. sebaliknya mommy n ayahnya dah pucat2 muka menunggu. risau xterkira. rasa cm perjalanan pusing 1 padang tu cam lamaaaa sngt haha
Post a Comment