Nuffnang

Followers

Friday, December 28, 2012

WON Christmas Tree DIY Contest! anjuran Office Pen N Paper

Yay....! Akhirnya Wan menang peraduan anjuran facebook Office Pen N Paper! Kali ni Wan join Christmas Tree DIY Contest. Cara nak join contest ni kena download origami contest. Warna, deko dan lipatkan dalam bentuk origami pokok krismas. Dan hiaskan. Syukur alhamdulillah... sangkut nama Wan kalangan pemenang kreatif dan  bertuah!

Woots!!!! The Winners are (得奖者名单): Goh Lin Lin, Catherine Ooi, Long Chee Hong, Carmen, 布丁, Steven, Kent Loke, Loke Alan, Jenmaine, Wan Hairulshifah.

Wan buat tema keluarga Teddy pulang bercuti. Siap buat miniature rumah lagi. Silapnya sofa tu macam lajak besar pula. Imaginelah macam english deco kan kan... haha... 

Terima kasih banyak pada  Office Pen N Paper! Admin facebook  Office Pen N Paper sangat mesra peminat. Happy join contest drawing dan deco-deco gini ^^

Won The ‘Fresh as Christmas’ contest!

Sangat teruja dengan result Sharp Plasmacluster Malaysia contest harini. Hadiahnya berupa Sharp Plasmacluster Hair Conditioning Dryer. Kebetulan memang Wan perlukan sangat hair dryer baru kat rumah. Hair Dryer lama pecah dua sebab terjatuh dari almari. Kerana itu Wan gigih mencuba juga untuk contest ni.

Woots!  Syukur alhamdulillah...  Wan menang The ‘Fresh as Christmas’ contest! anjuran Sharp Plasmacluster Malaysia. Terima kasih banyak kepada penganjur peraduan ^^ Dan terima kasih banyak pada kawan FB wan Goh Lin Lin yang maklumkan pada Wan pasal contest ni. Memang beliau tahu Wan suka amat contest-contest drawing ni ^^

Dari minggu lepas bawa ke minggu ini rasa macam terlalu sibuk nak urus banyak benda. Dengan keluarga datang bercuti, segala benda jadi terhad. Sampaikan takde masa sangat nak fokus buat contest. Mujurlah ngam-ngam saat akhir, Sebenarnya lagi dua jam contest ni nak tutup. Wan gigih juga siapkan drawing atas origami khusus untuk contest ni. Tak sangka sempat juga nak sertai peraduan ni. Contest tamat pada 26 disember 2012.

Inilah hasil lukisan dan sempat ambil gambarnya untuk upload masuk wall Sharp Plasmacluster Malaysia haritu.

Idea nak buat rekaan ni datang secara spontan ketika attend meeting tadika Damia. Biasalah, time-time meeting, Wan memang susah nak fully fokus. Nak hilangkan kantuk dan kehilangan fokus tu, tangan mesti pegang pen/ pensil dan buku sketch. Ada plan nak menang hair dryer pula. Laju je idea dilakarkan dalam buku. Dan nasip baiklah juga kerana sifat 'rajin' menconteng tu. Untuk tempoh 2 jam Wan siapkan lukisan tu tak payah nak pening kepala sangat pikirkan idea saat-saat akhir sebab semuanya dah terlakar dalam my sketchbook! Phew~


 

Friday, December 21, 2012

Keinginan yang terbatas

Tengok orang lain update hadiah. 
Tingin nak update juga. 
Tapi.... hati rasa macam tak perlulah.... 
Serik!

Syukur alhamdulillah sejak 18 hingga 20hb wan dapat makluman menang 11 hadiah. Sambutan hari lahir yang terbaik sepanjang usia ini ^^

Syukur padaMU ya Allah... 
KAU perkenankan jua impianku. 
Salah satu hadiah tu memang jadi idaman qolbuku ^^

Wednesday, December 19, 2012

Happy 30 Birthday to ME!!!!

Bangun tidur harini dengan kejutan baru. Selama ni, isilah apa-apa jenis form pun, letak angka 30, masih tak rasa apa-apa lagi. Sebab hati masih mengaku "masih muda... belum cukup umur.... belum capai 19hb Disember... aku still 29 tahun!" Proses ketidakbolehan menerimaan kenyataan diri sudah meningkat tua. Melalui angka!

Dan apabila pagi ini terpaksa menjejak realiti.... Masih rasa macam termangu-mangu je haku. Iya... muka tak banyak berbeza. Macam hari-hari biasa, muka itulah juga aku hadap di depan cermin waktu pagi kala bersiap nak ke tempat kerja. Tapi ada suatu perasaan syahdu pula bila kena terima hakikat diri. "Hari ini besday aku yang ke....30!" waaaaaaaaa.......... Tua sudah....

Selamat Hari Jadi yang... 
ke 30 pada diriku sendiri. 
Perempuan ini masih sukar menerima hakikat diri.
Hahahaha....

Terima kasih banyak pada semua kenalan khususnya di FACEBOOK yang sudi ucapkan Happy Birthday. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang SMS, email dan private message ucapkan kata-kata hikmat itu. Juga sekalung terima kasih pada kenalan yang sudi doakan segala kebaikan buat Wan. Wan doakan moga-moga doa baik-baik itu berbalik juga buat kalian serta keluarga. Amin....

Menjejak usia 30-an ni apa azam pula aku?

Monday, December 17, 2012

Wansteddy's Giveaway!!! WINNER!


Cabutan dilakukan secara rambang dengan menggunakan Random.org.Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jemput emailkan pada Wan (wansteddy@gmail.com) nama penuh, alamat, dan nombor telifon yeh. Wan akan pos hadiahnya dalam masa terdekat.

Terima kasih pada sokongan kawan-kawan yang sudi menyertai peraduan ini. Dan terima kasih pada yang sudi vote entry Wan untuk contest Shu Uemura! Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Semoga budi baik kalian, dibayar dengan ganjaran yang lebih besar dan bermakna. Amin....

Face Off - Season 2 - Astro BeTV HD



Alamak! Alamak! Tiba-tiba aku jadi excited giler nak tengok siri Face Off - Season 2! Belum pernah lagi tonton mana-mana siri rancangan realiti Face Off ni. Tak lama lagi akan ditayangkan kat Astro beTV HD Channel 720. Rancangan ni disiarkan dari isnin hingga khamis. Nampak gaya kena terconggok depan TV lah lepas ni! hahaa

Make up efek ni dari Jade.

Official Close ~ Wansteddy's Giveaway!!!

Ok, tamat sudah masa untuk sertai Wansteddy's Giveaway!!!
Petang nanti Wan akan umumkan pemenang bertuah mini GA ini :)

Tunggu yeh!

D' Art of Voting Comic Strip~ Part 2


Rasanya ramai kot pernah hadapi situasi macam ni. Tapi keadaan yang berlainanlah. Bila rasa over confident gambar, slogan, drawing, dan lain-lain karya yang kita cipta kaw-kaw, sekali yang menang tu.... entrynya macam ala la je.... heh!  

Apa strategi yang 'WINNER' ni buat? 
Nantikan komik akan datang!

Sunday, December 16, 2012

D' Art of Voting Comic Strip~ Part 1

Dah lama tak lukis kartun. Tiba-tiba semalam terdetik beberapa idea nak buat komik strip. Ada beberapa siri pula tu. Alang-alang idea mencanak tengah mari, terus salin dalam sketchbook. Tak nak terlupa. Biasanya macam tulah. Idea datang dan pergi. Kalau tak salin, boleh lupa. Kalau teringat pun ideanya dah tak sama dengan ilham yang asal. 

Sila Klik kartun di atas kalau paparan kurang jelas. Lanjutan kesukaran nak dapatkan vote baru-baru ni. Rasa terpanggil nak buat komik pasal voting contest hahaha... Korang faham ke apa Wan cuba sampaikan dalam komik ni? Tak faham kalu, cuba ulang baca sekali lagi dan lagi ^^

D' Art of Voting Comic Strip~ Part 2 bakal menyusul ....


Saturday, December 15, 2012

Kindly HELP~ VOTE my entry The mon shu girl drawing contest!

~Sticky Mode~

Harap-harap kengkawan semua sudi-sudikanlah vote my entry untuk contest facebook  Shu Uemura Malaysia ni. Inilah hasil lukisan dolly Mon Shu Girl Wan. Inspirasi dari karektor maskot Mon Girl itu sendiri. Model awek cun dengan costume sekolah berambut potongan bob, mata extra lentik dan galak. Elemen gothic dengan warna gelap dan frame ala vintage. Untuk paparan lebih jelas, kalian boleh klik dan besarkan gambar di atas.

Wan luangkan masa selama  2 hari nak siapkan drawing ni. Hanya guna pensil warna Faber Castell. Wan jenis bila start, tak boleh stop. Kalau tak, bertangguh. Dan bila nak start balik jadi blur sebab teknik lukis/warna tu akan lari ke laut. So untuk selamat lebih elok luangkan masa secepat mungkin setelkan sesuatu lukisan tu. Sebab tu jangan pelik kalau golongan pelukis ni suka buat kerja sampai pagi buta. Lazimnya waktu pagi-pagi buta idea lebih fresh walaupun mata serius... bengkak giler sebab mengantuk! ahahha...

Close up mata. Efek diamond teknik solekan Karl Lagerfeld & Shu Uemura. Sayangnya bila scan tak nampak jelas sangat solekan pada mata dolly ni. Ikutkan ada extra hiasan ala-ala diamond terlekat di bulu mata lentiknya. Tapi bila dah scan tak berapa jelas sangat.Maximanya cuma boleh nampak camni saja. Efek sebenar hanya boleh dilihat pada drawing asal lukisan Wan.

Untuk vote jemput klik link kat sini:
 
Kalau link tak dapat proses dengan baik, 
jemput copy paste link di bawah yeh:
https://www.facebook.com/MyShuUemura?sk=app_408885932511568&app_data=%2Fapp%2F5312%2FMY%2Ftemplates%2Fphoto%3Fphoto_id%3D46992


Pencipta produk Mon Shu Girl, Karl Lagerfeld & Shu Uemura.

Mascot comel: The Mon Shu Girl

Ini sangat merungsingkan. Join contest tapi kena raih vote. Serius tak suka. Tapi sebab minat dengan jenis contest drawing, Wan join jugak. Terpaksa minta jasa baik kengkawan tolong vote. Masalahnya ada tak yang sudi nak vote kan? huhu... 

Tolong hebah-hebahkan pada kengkawan lain, sedara mara dan seluruh rakyat jelata sama. Tolong vote my entry yeh. Budi baik kalian sangat-sangat daku hargai dan ucapkan jutaan terima kasih :D

 
Shu Uemura Mon Shu Girl Drawing Contest

Friday, December 14, 2012

Last Day to gather VOTE! Kindly HELP me guyz!!!

 Untuk vote jemput klik link kat sini:
 
Kalau link tak dapat proses dengan baik, 
jemput copy paste link di bawah yeh:
https://www.facebook.com/MyShuUemura?sk=app_408885932511568&app_data=%2Fapp%2F5312%2FMY%2Ftemplates%2Fphoto%3Fphoto_id%3D46992
 
Hari ini hari terakhir untuk raih undi The mon shu girl drawing contest! . Sebenarnya ini bukan cabaran pertama join contest jenis vote ni. Banyak kali juga pernah join, tapi peluang untuk menang tu sangaaaaaat tipis. Macam mana pun Wan join juga kalau berminat nak mencuba. Tambah-tambah lagi bila mood melukis tengah ada. Wan memang suka lukis kartun perempuan. Rasa puas bila dapat siapkan sesebuah lukisan tu. 
 
Pada yang masih belum vote, Wan mohon jasa baik kalian tolong vote entry Wan. Peraduan ini akan tamat pada hari ini. Jadi sebarang vote juga hanya boleh dihantar sehingga hari ini. Tiada paksaan. Bila terlalu menggesa orang tak suka. Jadi tak berkat pula rezeki aku nanti hahaha.... Wan anggap bantuan korang ibarat pahala sedekah yang kalian beri pada Wan. 
 
Apa pun keputusannya kena akur. Sebab dah tunaikan bahagian Wan. Berusaha siapkan full drawing, usaha gather vote hari-hari. Siap private message kengkawan facebook lagi! Ada yang baik hati siap tolong vote guna akaun FB famili! Memang tidak disangka-sangka dan terharu sangat!!! Ada yang nampak dan abaikan. Wan fahamlah kalau ada yang ada masalah tak dapat vote, sebab contest ni guna aplikasi facebook. So agak susah nak vote jika guna henset ^^ No worries! Tak amik hati pun. Korang sudi jawab my PM pun rasa terharu jugak ><

Wan sertai peraduan ni sebab minat melukis. Dan menjadi satu penghargaan besar bagi Wan bila kawan-kawan vote untuk Wan, seolah-olah kalian hargai lukisan Wan. Itulah  satu-satunya hadiah yang paling Wan harapkan.
 
Terima kasih atas budi baik kalian :)

ps; Sebenarnya ada kisah lain sebalik kejadian dengan contest ni. Nantilah bila hati lapang Wan ceritakan. Bagi kenalan facebook mungkin dorang dah tahu. Kes semalam. tapi alhamdulillah dah setel. Memang bagus betul penganjur Shu Uemura Malaysia yang pantas ambil tindakan :)

Wednesday, December 12, 2012

PEPLUM Darlingsssss!

Sana sini orang perempuan mula bercakap pasal fesyen Peplum. Walhal fesyen ni zaman dedolu punya. Tapi era 50-an, 60-an dorang panggil kebaya kembang atau baju kembang. Sekarang, zaman dah moden, nama pun mesti gorjes juga. Peplum. Menarik ek.

Cuba geledah almari mak mak kita, mesti jumpa baju ala-ala Peplum cenggini. Fesyen ni dah lama orang pakai. Tapi mengikut peredaran masa, jenis fabrik berbeza, warna ikut selera dan corak pun makin pelbagai. Mak aku sendiri ada baju kebaya ala-ala Peplum ni. Ingat lagi warna hijau zamrud berkilat-kilat. Tang pinggang memang kecikkkk, Tang kain, punyalah ketat. Kiranya hanya pinggang saiz 22 je telus masuk. Kalau agak-agak banyak lebihan lemak tang perut tu, sila pakai korset kalau tak nak nampak gedeber. Sebab Peplum dengan korset ibarat ikan dengan nasi. Tak boleh dipisahkan. Andai dipisahkan, akan nampak efek bonjol-bonjol yang kurang indahnya hahaha...


1st peplum aku beli dengan butik Mango kat Alamanda. RM135 sehelai. Tanpa kain yeh. Mahal? Yepppppp, mahal... Sapa suruh menggatal beli kat butik dalam mall? Sebab aku tak reti nak beli kat mana lagi. Kes desperate sebab nak attend event Audrey lepas. Al maklum PIC kata, "pakai lawa-lawa ya, kalau you menang nanti kita ambil gambar and you kena interview dengan reporter". Aku yang lurus bendul ni, percaya pakaian cantik-cantik datangnya dari kedai. Kena baju jenis yang berbau kedai. Kalau pakai baju lama tak rasa cantik. Rasa xsesuai sebab baju lusuh, walhal pakai sekali sekala je pun hahahha.... Kes nak perhabis duit je tu! Cisss....

Aku tertarik sangat dengan Kak Roslida yang bergaya cantik dengan Peplumnya sempena event Glam. Tapi aku rasa mesti Kak Ida pakai baju set yang ditempah khas. Aku pula terkial-kial nak cari baju dan kain berasingan. Sebab biasanya Peplum ni tak disediakan dengan kainnya. Pandai-pandailah ko nak pakai dengan kain duyung ke, seluar pallazo ke atau kain batik ke. Mana-mana yang kita rasa cantik dan serasi. Dek kerana gaun berenda yang aku suka sangat (kat Parkson) cuma ada saiz besar (M). Terpaksalah aku abaikan bab kain. Pikir masak-masak rasanya takde masalah nak recycle pakai kain baju kurung moden aku. Nampak macam 1 sut pula bila dipadankan. Heheh... Hasilnya.... beginilah fesyen segera yang dapat aku gayakan sempena event Audrey lepas. Kredit pada Miss Kelly dan Miss Ruby atas gambar mereka. 

Zoom dekat

 Full picca: Kredit to Kelly pemilik blog Miss SunShine ^^

Member opis aku jual Peplum secara online. Sekarang katanya tengah buat promosi giler-giler sampai 18hb ni. So kalau korang pun berminat nak memakai peplum, bolehlah order dengan Zureen. Cuma klik like page: Zureen On9 Shoppe.  Antara fav peplum design yang aku suka macam gambar kat atas sekali. Ada manik, ada lace, ada gaun. Kaler pun sweet je.

Cun kan... Walhal dah ada tu peplum MANGO hitam, aku order lagi dengan zureen design yang ini dengan kaler hitam jugak. Warna bercirikan keselamatan. Bagi melindungi efek tembam di bahagian lengan dan perutku. Mode menghitung hari, tunggu my peplum oder sampai hujung bulan nanti! Hahahah... Kes tamak kesumat!




Wansteddy's Giveaway!!!

WOOOTTTTTSSS!!!

Berita baik bagi peminat SPA. Wan nak buat mini giveaway. Hanya komen dalam entry ini. Sesimple yang mungkin. "saya nak voucher spa!" Lebih kurang gitu pun boleh. Yang penting korang kena tinggalkan link blog DAN alamat email korang. Karang dah menang, Wan tak tau nak kontek camne pula, payah nanti ^^

2 Pemenang dipilih melalui cabutan. Pemenang bertuah akan memenangi Voucher Decleor bernilai RM280! Voucher ini boleh dipakai di pusat spa Decleor Paris, Publika atau Decleor Paris, 1Utama TANGS. Selama mencuba!

Pemenang bertuah akan dimaklumkan pada 17hb. 
In sya Allah...

Sesambil tu Wan nak promo sikit:
Tolong like entry contest Shu Uemura Wan di sini: WHSWZ

Kalau tak masuk, boleh copy paste link ini: 
https://www.facebook.com/MyShuUemura?sk=app_408885932511568&app_data=%2Fapp%2F5312%2FMY%2Ftemplates%2Fphoto%3Fphoto_id%3D46992

Al fatihah...~ Belasungkawa Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama.
 
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011 ((BERNAMA).
 
Sumber dari laman facebook: Social Media Network (RTM)
 
Al fatihah... Saban tahun... dari kecik-kecik lagi.... tiap kali excited nak tunggu penetapan Hari Raya Aidilfitri (selalunya), mesti kitorang adik beradik, para sepupu sepapat, main teka-teka dulu. Esokkah, lusakah.... Siap boleh jadi sangat  tension bila arwah Engku sebut sepatah... sepatah... perkataan nak sudahkan ayat tu. Tapi tahun ni serius rasa lain dan kurang sangat bila tempatnya digantikan orang lain. Tak sama rasa  excitednya :(  
 
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah....

Tuesday, December 11, 2012

Leko-leko... Soooo nyummeh!

Ok, tak habis lagi yeh pasal makanan. Harini dok preview cerita pasal makanan pulak. Al maklum, ada yang komplen. "Blog Wansteddy makin boringlah..... Asyik-asyik cerita pasal hadiah je... Ptui!" Yang efek ludah tu aku tambah sendiri, bagi drama sikit! hahahaha....

Kali ni pasal makanan yang bernama Leko-leko. Aku pun baru tau nama benda alah ni Leko-leko. Siap ada francais lagi! Keropok lekor berasal dari Terengganu, sangat istimewa. Sebab apa? sebab kat atasnya disiram dengan nikmat cheezy yang yummy, lazat lagi berkrimm...... nyum! Sekali cuba rasa nak lagi. Serius! Kalahlah cheesy wedges KFC tu.... Yang ini lagi sedap. Sebab nikmat terasa resipi timur barat dalam 1 bekas! Aku lupa harga sebenar. Tapi yang medium anggaran RM5 ke bawah kot.

Pertama kali mencuba aku beli kat stall Leko-leko yang terletak bersebelahan dengan Mydin Presint 15, Putrajaya. Ok aku mengaku, terpengaruh. Semua ni gara-gara Cik Sheeda aka member facebook yang minggu-minggu publish status penuh mengiurkan. Gambar kopok lekor bersalut cheese yang tampak mengiurkan. Sekali dua bolehlah lagi aku tahan napesu. Dah minggu-minggu...... ibarat kucing nampak ikan sepingganlah weh! Keinginan nak mencuba tu akhirnya membuahkan hasil bila aku akhirnya jumpa kedai Leko-leko ni. Kot tak buntu jugak, mana nak carik.

Bagi geng yang teringin tapi susah nak cari kedainya boleh surf laman Leko-leko kat sini: http://www.leko-leko.com/http://www.leko-leko.com/. Kat facebook pun ada namanya. Boleh cuba cari nama ini: Lekolekofc FansKlub. Kena add friendlah yeh. 

Tingin nak merasa lagi.   
Tunggu petang-petang sikit,  bodek mr hubby g presint 15! 
Yehehehe...

Durian Creepe yang... so so je beshnya pada aku hahaha

Kala orang lain dah berbulan merasa durian creepe. Aku baru dapat mencuba 2 ulas semalam. Perabih RM10 untuk 4 ulas bahagi dengan hubby. Damia memang tak suka makan durian. Dia bau je dah tersengih-sengih tak mahu. Tah kenapa. Tak masuk dek tekaknya gamaknya.

Komen aku? Ala.... macam makan isi durian tapi salut dengan tepung je. Keterujaan aku susut 10% sesuap memakannya. Tengokkan isinya memang mengamit kecur liur. Tapi bagi orang yang bukan penggemar durian macam aku ni, macam takde apa-apa sangatlah. So so je. Macam selalu... kalau libatkan buah durian ni. Aku macam... ada takpe, takde pun takpe. Tak beria sangat nak melantak. Biasanya kalau kat kampung buah durian dah mula meranum, mak abah mesti ajak balik, pekena durian. Tapi dek kerana aku kurang selera sangat bab-bab durian ni. Takdelah rasa excited sangat kalau nak balik demi durian semata-mata haha...

Pernah dalam 2 minggu lepas sebelum datang ke Kuala Lumpur, mak bagitau nak bawa isi durian. Bubuh dalam tupperware sebab senang nak bawa, katanya. Sebabkan mak datang naik bas dengan kakak, aku pesan kat mak awal-awal. Jangan bawa. Nanti driver bas buang je sebab penumpang tak tahan bau durian dalam air cond. 

Alangkan orang bawa masuk bubur durian dalam pejabat berhawa dingin pun boleh mengundang pening orang lain. Apa lagi bawa untuk travel jauh dan selama 5jam! Pernah sekali aku tengok, pemandu buang je buah durian tepi jalan. Kesian tengok muka pakcik makcik pemilik durian tu. Frust je bila tengok habuan nak bagi pada anak-anak terbuang gitu je tepi jalan. Jadi rezeki terpijaklah pada sesiapa yang terjumpa durian tu. Tapi agak kejamlah juga sikap pemandu tu. Tak cakap sepatah, berhenti tepi jalan, buka bonet bas, amik selonggok durian, terus buang. Sekurang-kurangnya ucaplah maaf, saya terpaksa buang sebab nak jaga keselesaan penumpang lagi. Takdelah ralat sangat kot kan... Ikutkan pakcik tu memanglah salah. Mana boleh bawa makanan berbau dalam bas kan... Sebab tu bila mak cadang nak bawa tu, aku pesan awal-awal. Jangan bawa. Karang jadi makanan lara je. Terbuang tepi jalan. Sayanglahkan...

Sadisnya, mak kata.... kebetulan dorang naik bas dengan rombongan warga Pakistan. Duhai... pening kepala dengan pelbagai aroma semulajadi. Sebab majoriti penumpang hari tu dari kaum dorang kan...  Lalu aku pun cakap kat mak, "kalau mak bawa durian tu, memang pemandu pun tak perasan gamaknya ahahahah".


Monday, December 10, 2012

Won Carolina Herrera 212 VIP Perfume!

Hadiah yang paling Wan suka! Perfume Carolina Herrera 212 VIP yang sangat besh, wangi dalam botol kelalang yang seksi! Harga pasaran sebotol perfume Carolina Herrera 212 VIP 80ML EDP WOMEN dalam RM375! Syukur alhamdulillah.. 

Masih terjaga elok dalam kotak.
Rasa sayang nak buka ^^

Friday, December 7, 2012

Won Kinohimitsu J'Pan UV Bright Drink

Syukur Alhamdulillah... Wan menang hamper Kinohimitsu J'Pan UV Bright Drink bernilai RM89.90 dari Majalah Her World. Antara jenis produk callogen yang Wan suka tentunya produk-produk Kinohimitsu. Sebab rasanya yang sedap, manis dan tidak payau. Hasilnya pula sememangnya menyerlah. Kalau ada kawan-kawan berminat nak beli sebarang produk collagen sememangnya Wan sarankan mencuba Kinohimitsu!

 
~MHW

Thursday, December 6, 2012

Won Face Factors voucher worth RM500!

Alhamdulillah... menang Voucher Face Factors bernilai RM500 dari peraduan dalam majalah. Rawatan yang ditawarkan ialah Face Factors Clinic Silk Peel Treatment. Kalau ikut dalam surat redeem hadiah sepatutnya nilai voucher ni RM550 gitu. Mungkin ada sikit salah informasi. Apa pun syukur alhamdulillah...

~MHW

Won conso prize Won peraduan Kids Bathtime Fun-Venture! Photo Contest

Syukur alhamdulillah... selamat terima hamper Carrie Junior seperti yang dah dijanjikan. 2 paperbag penuh produk-produk Carrie Junior. Sebenarnya dah cerita pasal menang Kids Bathtime Fun-Venture! Photo Contest sebelum ni. Ada Wan story dalam entry bertajuk; Won peraduan Kids Bathtime Fun-Venture! Photo Contest. Tapi ceritanya tanpa hadiah sebab belum terima surat redeem hadiahnya lagi.  Kali ni entry berisi gambar hadiahnya pula. Alhamdulillah... selamat terima hadiah hamper Carrie Junior bernilai RM100!

Terima kasih Carrie Junior!

Saturday, December 1, 2012

Won 3rd prize Audrey Queen Of The Day!

Semalam berakhirnya debaran penentuan siapakah finalist yang layak bergelar Ratu Audrey Queen Of The Day. Sememangnya pengalaman yang paling bermakna dan sangat membuka mata bila berdiri disamping comper-comper handalan seperti Goh Lin Lin dan kartunis yang disegani, Sireh. Sayangnya Wan takde gambar peribadi boleh nak share, sebab tak bawa kamera. (rosak tak diperbaiki lagi... tsk!)

Kredit Audrey picture: Inilah barisan pemenang  Peraduan Audrey Queen Of The Day. Berikut adalah senarai pemenang:  Grand Prize: Goh Li Lin, 2nd Prize: Suraya Binti Othman, 3rd Prize: Wan Hairulshifah, 4th Prize: Hor Li Lian dan 5th Prize: Lew Yee Nee.

Kredit Audrey picture:  Koleksi hadiah-hadiah pemenang dari no.2 hingga no. 5. Hadiah GP takde di sini sebab boleh pilih sendiri apa yang pemenangnya inginkan. Wahhhhhh.... Sangat bertuah Goh Lin Lin!

Kredit Audrey picture:  Himpunan penyertaan peraduan Audrey Queen of the day dari seluruh Malaysia! Mula-mula tengok gambar ni terdetik kat kepala. Macam manalah juri nak pilih pemenang. Sah pening kepala nak teliti entry satu demi satu!

Kredit Audrey picture: Proses pemilihan finalist.

Terima kasih pada pihak penganjur yakni Audrey Malaysia kerana memilih entry Wan sebagai salah seorang finalist peraduan ni. Ribuan penyertaan mereka terima, terpilih di kalangan 5 orang sememangnya penghargaan yang paling besar Wan terima! Dan paling mengejutkan, sewaktu event berlangsung, penganjur siap paparkan hasil kerja peserta-peserta lain yang sangat cantik-cantik. Dan ya, bukan deco jadi sandaran. Kesemua finalist entry yang terpilih sangat menakjubkan dan ada intipati kreativiti masing-masing. Sukar nak teka mana satu pilihan juri.

Untuk penentuan Queen Audrey, finalist perlu menjawab beberapa soalan dari mc. Dan pemenang akan dipilih oleh wakil media dan blogger yang hadir. Wan memang tak tahu ada sistem voting. Cuma persediaan Wan dari segi maklumat berkenaan produk Audrey dan latihan speech hasil bantuan beberapa kenalan comper yang rapat dengan Wan. Justeru bila mc kata pemenang ditentukan dengan sistem voting. Rasanya darah tak naik ke muka. Sebab Wan memang tak kenal sesiapa, selain cik Kelly, kenalan comper Wan. Dalam kepala, ah... mesti dapat no.5. Sebab tu bila mc sebut nama Wan di tempat ke-3, Wan rasa macam nak menari gangnam Style dengan peplum tu kat tengah-tengah pentas! hahahha... Just imagine, dan geleng kepala! kekeke...

Inilah hadiah tempat ke-3.
Jam tangan dan perfume Burberry bernilai RM2K!
Terima kasih Audrey Malaysia!


Please VOTE my ENTRY Sharpie Malaysia CONTEST From Plain to Stained!

Huhuuuu....  rank ke 28! Inilah dilemanya VOTING CONTEST. Ada kenalan kurang ke ramai ke.... sama je masalahnya bila takde fake akaun facebook. Jangankan nak menang, mengharap menang pun tak mampu. Lagi teruk kalau finalist dipilih betul-betul atas faktor vote terbanyak. Lukislah seberapa lawa, kreatif sehebat Picasso pun, kedudukan pengalah jua kita ditempatkan. Ironinya, drawing yang.... tak seberapa layak, terpilih sebagai Grand Prize! Jangan terkejut dan kecewa. Adatlah sistem voting ya.

Mujurlah Sharpie Malaysia utamakan pada hasil art design. Adalah sikit 'nafas' nak mencuba. Kalau T&C sebut, pemenang dipilih berdasarkan sistem vote. Memang kena rendah diri, tarik diri awal-awal. Serender! 

Kesempatan ni, Wan nak minta tolong sesangat jasa baik kengkawan blogger, vote my entry kat Sharpie Malaysia facebook. Mohon jasa baik kalian membantu Wan yeh. Mana tau akan datang Sharpie akan buat contest lagi, senang nak alert bila kita dah like fanpage Sharpie Malaysia! Dan pastinya Tuhan akan beri ganjaran baik semula atas jasa baik kalian :D

Klik sini untuk link contest Wan:

ATAU; copypaste link kat bawah:
https://apps.facebook.com/fromplaintostained/index.php

Terima kasih atas bantuan dan sokongan anda!