Hm... tewas di tangan designer lain contest design car sticker tu sobsobsob... Aku sedih bukan sebab tak menang. Value price'nya voucher RM200 je pun. Yang buat aku bersedih bila baca komen-komen negatif kat sana. Sampai aku jadi down. Sampai aku rasa nekad nak tarik diri saat akhir. Cuma kawan aku je yang jadi pemangkin semangat. Dan kerana Ujie jugalah aku dapat info pasal contest tu. Takpe tak menang. Yang penting aku happy, at least aku tahu ramai juga fan yang ikhlas like dan suka design aku.
Sedang melayan dukacita, masuk sms katakan daku menang sesuatu. Syukur alhamdulillah... Valuenya lebih tinggi dari hadiah tawaran contest design tu. Terubat duka nestapa di situ. Tak terucapkan rasa terharuku.
Sedang melayan dukacita, masuk sms katakan daku menang sesuatu. Syukur alhamdulillah... Valuenya lebih tinggi dari hadiah tawaran contest design tu. Terubat duka nestapa di situ. Tak terucapkan rasa terharuku.
Lewat petangnya pula... masuk panggilan nombor telifon bimbit dari Chinese girl. Mula-mula aku sangkakan panggilan wakil insurans, bank, hotel dan seangkatan dengannya. Biasanya waktu-waktu begitu, dorang jelah rajin call kita. Sementelah... Dah lama takde panggilan yang menggumbirakan dari HP ni. Tup-tup... katanya, aku terpilih sebagai salah seorang pemenang dari 13 orang? Aku blur dan panik. Maka terlontarlah jeritan batinku. Ketawa-ketawa miss di sebelah sana. Tentunya terkejut bila dengar kakak Tarzan menjerit keriangan haha... Slogan contest pula tu. Manalah aku sangka akan sangkutkan.... Ya Allah... Syukur padaMU.
Dah diaturNYA cantik-cantik rezeki buatku. Bila bersedih, jangan kecewa membawa rundung duka. Lekas-lekas istighfar dan redho. Insya'Allah... DIA perkenankan doa kita.
Yang mana tersurat tentu ada yang tersirat.
Tiada rezeki kat sana, ada rezeki kat sini.
Terima keputusan seadanya.
Terima keputusan seadanya.
Bersyukur atas segalanya~
5 comments:
Tahniah...semua hambaNya dah dittpkn rezeki msg2...
congrats!!
lagi kita down..lg dorg suka...
menang apa kak share la, sya pun suuka masuk contest...hehhe
betul.. jangan sedih ye wan.. ila percaya pasti ada utk wan yg sangat rajin berusaha
pedulikan kata2 org kerana yg mengkritik tue belum tentu ada usahanya..tah2 dok keja kritik jerrr
Post a Comment