Nuffnang

Followers

Monday, April 15, 2013

THEPOPLOOK Car Sticker Contest


Aku join contest design car sticker untuk THEPOPLOOK BIG FAN PAGE.THEPOPLOOK ni butik jual baju secara online. Baju-bajunya sangatlah mengiurkan cantiknya. Aku yang jenis suka pejam mata bab fesyen ni pun terautomatiknya terpengaruh nak beli baju-baju keluaran dorang. Cantik weh!

Aku jadikan produk-produk TPL sebagai asas design. Antara produk fav dalam TPL ialah Penny Maxy Dress. Produk paling laris dan jadi rebutan ni. Lepas tu rasa cam besh pula nak tambah tudung pada dolly tu. Sementelah aku tengok  ahli grup ramai perempuan melayu bertudung. Tanpa sedar rupanya ada juga non muslim dalam grup. So jadi isu gaklah bila dolly aku bertudung. Ada yang request aku design baru, tukar dolly tu dari bertudung kepada berambut. Memang dalam plan pun, jika menang. Atas permintaan. Sebenarnya aku memang nak lukis dolly berambut, tapi tah kenapa aku jadi geram nak lukis tudung Odella Headscarf ni. Susah woh nak lukis detail dia. Aku lukis berlayer-layer tudung tu. Cuma kat bahagian kepala tu aku ubah fesyen lain. Dan manik tu aku sisihkan. Pendek kata, ikut fesyen fav aku je haha... Pastu macam kureng pula tengok Dolly ni tak berhias. Aku tambah Celebration Bangle II warna hitam. Baru nampak stylish sikit kan. Disebabkan sticker ni khas untuk peminat utama (TOP FAN) produk TPL. Aku dedikasikan dolly aku yang terjemahkan diri mereka sendiri dalam bentuk dolly.

Antara design yang aku lukis sebelum pilih baju penny polka kat atas tu. Mula-mula nak guna design kiri bawah tu. Tapi rasa macam kurang sesuatu pula. So aku ubah baju dari anon product kepada TPL produk.

Contest ni berasaskan voting. Entah kenapa rasa tak confident dengan contest ni. 1st sebab aku bukan ahli aktif atau ahli lama dalam grup. 2nd sebab aku jarang online sekarang ni. Kalau pun hari aktif beronline kemain susah nak raih undi. Apatah lagi bila kekangan kerja dan faebook kena block di pejabat. Ada masa 2 hari je gather vote. Sempatlah aku add beberapa kawan, mohon bantu like entry. Pada yang sudi vote, terima kasih banyak yeh. Ada yang vote selepas contest tamat. Tak dikira jumlah vote tu, tapi aku terharu jugaklah. Thanx....

Apa yang mengejutkan jumlah vote terkumpul melebihi sasaran yang dijangka. 418 vote! 1st time join voting contest dapat angka tinggi begini. Syukurlah, ada juga yang sudi hargai my design. Terima kasih pada semua peminat setia THEPOPLOOK yang sudi like my entry. Hakak kau terharu dik...

Hari ni tarikh pengumuman pemenang. Dan macam biasa, apa-apa design melibatkan contest vote~ hakak redho... Ada orang sudi vote pun dah happy sangat. Alhamdulillah... Terima kasih banyak pada yang sudi menghargai :)

4 comments:

Mama Zharfan said...

siyes sgt cantik dolly ni!!

Anonymous said...

dolly mmg cantik. x sabar nk tgk version freehair plak. patutla lawa rekaan, rupanya byk layer nk kena buat eyh. kagum2. semoga ada rezeki di pihak Wan. good luck! - Uji

ajumohit said...

nak order dolly ni bolehkah?

Cik Puan Nurul said...

harap wan menang..sori sangat tak perasan wan ade masuk contest gak tidak konpem leh tolong vote..sbb mmg cantik design wan ni