Nuffnang

Followers

Friday, May 23, 2014

Dress Jovian Mandagie PINK PAISLEY for SALE! ~ ThePopLook

SALE Jovian Mandagie RM190 ~ PINK PAISLEY on my sale RM170 sahaja. NWT. FOC delivery. Pm me jika berminat. PUNCA JUAL: bahu drop, kain besar untuk saiz rendang saya sob3... 
-------------------------------------------------------------------- 

Sebenarnya dah lama aku mengidam nak beli Jovian dress. Tapi harga kat TPL sekitar RM250 ke RM300 plus-plus. Ah, tahan nafsu je nak bergaya sakan dengan secebis kain yang mahal harganya. Mahal dek kerana jenama. Aku pula bukan jenis fashion hunter. Belasah je apa brand pun, janji selesa dan cantik pada pandangan sendiri. Bila sendiri perasan lawa, automatik rasa confident. Dan rasa yakin diri tu yang memancarkan aura cantik tertarik lagi menarik pada penglihatan sekeliling pula. Ecey ceyyy... Menulis macam pakar kecantikan pula. Walhal aku baca dan dengar je pandangan orang yang lebih arif. 

Benar, kita tak payah rasa cantik dengan pakaian berjenama yang mahal. Buat apa perabis beratus, beribu semata-mata sebab brand. Tapi bila pakai, rasa tak sesuai. Kadang-kadang shawl murah bajet RM10 tu pun tampak mahal kalau kena dengan gayanya. Pengalaman sendiri: pernah gayakan sekali dan sibuk pula kawan-kawan nak tahu kat mana aku beli. Berapa harganya. Ada apa corak lagi. Ada warna apa lagi blablabla. Maknanya orang tertarik dengan fesyen kita. TAPI bila dah tau harga, automatik drop rasa kekaguman tu. Pelik kan manusia? Bila tau produk takde jenama, harga murah. Boleh pula hilang minat. Walhal pada aku. Kalau benda cantik, harga murah lagi aku rasa nak cari sampai dapat. Sebab kadang-kadang benda ada brand, mahal belum tentu berkualiti dek nonnn, tak nak percaya sukahati koranglah.

Cerita pasal dress Jovian ni. Aku biasanya pakai saiz M saja. Suatu ketika dulu saiz S ye. Jangan ingat hakak ko gumuks gini sejak azali haha... Tapi bila melangkau usia (tua) kohkohkoh... makin besar pula anggota badan rasanya. Bahkan tapak kaki dari saiz 7 kena tukar ke saiz 8. Kadang-kadang ada yang kena pilih saiz 9! Betapa... betapa... betapa.... ehem ehemnya hakak ni sekarang. Ciss....! 


So bila baca spec baju Jovian. Dengan confidentnya aku klik saiz L. Walhal sebelum-sebelum ni beli dengan TPL tak pernah lagi la pilih saiz L. Bila stok baju dah sampai, memang berjimbalah hakak kan. Baju idaman dah sampai. Time sale drop sampai RM192 kot. Sayang tak rembat.

Sekali bila dah acu try test.... bahu jatuh. Kain labuh. Besar dan loose terus kat bahagian pinggang. Siap boleh buat kain telekung aku rasa. Sama ada saiz L memang besar atau aku ni spesis manusia katik. Rasanya bila berdiri sama tinggi dengan kawan-kawan selama ni, agak boleh tahan tak pendek juga aku sebenarnya. Agaknya ukuran baju Jovian ni dicipta khusus untuk omputeh. Saiz model-model tinggi lampai. Maka punahlah harapan hakak kau nak bergaya dengan baju Jovian, denk! 

Pastu aku tipun TPL, katanya "Maaf, sale item tak boleh refund". Lagi akak sedey. Habis apa aku nak buat dengan baju ni? Jala ikan? Nasip baik ada member booking Paloma dress ni. Takde la rasa stress dan geram sangat. Aku suka gak Paloma ni. Ala-ala nostalgia 50-an gayanya. Material pun very d class one. Kalau pakai untuk event-event memang tampak grand la. So aku target nak beli balik dengan saiz M. Haha... Sebab aku dah TERbeli Scraf AIDA navy color. Kengkonon nak matching dengan Paloma ni la kan. Tup-tup.... pun, sama besar jugak. Mau tak mau kenalah tolak dalam grup. Ada yang berminat. Harap-harapnya beliau istikamahlah mau membelinya haha...

Sisi tamak hakak masih belum mahu mengalah lagi dengan Jovian ni. Kalau ada rezeki. Daku nak beli semula dengan saiz M. Kalau tak ngam jugak.... Aku ketuk je kepala sendiri. Tak serik-serik nak membeli-boros!



Thursday, May 22, 2014

KEPADA PEMOHON Lukisan Kanak-kanak 1MALAYSIA

PERHATIAN kepada somebody yang email nak lukisan kanak-kanak 1Malaysia. Jemput email semula kepada saya. Atau titipkan email anda dalam kolum komen. Terklik delete instead nak klik reply tadi. Haru hakak kau harini. Busy sangat sampai blur er. 

Wednesday, May 21, 2014

Pangkin Buluh Atap Rumbia

Aku suka gambar Mia yang ni. Kenangan bercuti di Langkawi bulan tiga lepas. Gambar ni diambil di dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Langkawi. Ada banyak binaan rumah tradisional Kedah dibina sekarang. 6 tahun dulu kawasan kompleks ni kecik je. Ingat sangat 6 tahun sebab kami pergi seawal usia Damia 2 bulan. Dan baru-baru ni pergi sempena nak raikan ulang tahun Damia yang ke-6 tahun. Alhamdulillah... Selamat pergi dan kembali.

Binaan rumah lama Kedah tak banyak bezanya dengan di Perak. Mungkin dek kerana negerinya berjiran. Paling aku tangkap syahdu pangkin buluh ni. Sama sebijik pangkin di rumah lama arwah nenek dulu. Dengan dinding kait buluhnya. Dengan tempayan tembikar besarnya. Dengan atap  rumbianya. Hampir 90% sama dengan layout pangkin di rumah nenek. 

Rumah olok-olok ni memang mengamit memori silam. Zaman kecik-kecik dulu, berlarian dengan sepupu sepapat sampai kaki terjerlus ke bawah. Berpiknik sedulang talam atau makan pinggan sendiri-sendiri sambil menikmati panorama kampung yang permai. 

Sayang anak-anak sekarang tak sempat merasa hidup susah macam anak-anak zaman 80-90-an dulu. Walaupun lasak (sungguh), alhamdulillah selamat. Biarlah kaki berkudis, biarlah makan dek cacing tanah pun. Keseronokan itu yang penting. Dan kini, bila dah jadi emak orang, betapa rasa rindunya nak kembali ke zaman dulu. Rindunya nak menapak naik ke rumah kayu separa buluh arwah nenek yang nyaman. Rindu sangat... 

Al fatihah buat arwahyarhamah Wan Fatimah Wan Ngah. Wanita cekal yang comel dan manje :) I Love U nenek. Semoga Allah merahmati rohmu hendaknya, amin...

Sifat MAZMUMAH (Tercela) & Sifat MAHMUDAH (Terpuji)


SIFAT MAZMUMAH (TERCELA)

1. GEMAR MAKAN & MINUM – Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.

2. BANYAK BERKATA-KATA (YANG SIA-SIA) – Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

3. MARAH – Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

4. HASAD, DENGKI & IRI HATI – Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.

5. KASIH PADA HARTA – Tiada salah memiliki kemewahan tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.
         
6. TAKBUR – Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).

7. RIAK – Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.

8. UJUB – Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. KASIH AKAN DUNIA – Hati yang sentiasa berpaut pada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.

------------------------------------------------------------

SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)

1. TAUBAT – Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.

2. TAKUT AKAN ALLAH SWT – Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3. MAHABBAH – Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahrkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan Islam.

4. ZUHUD – Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5. SABAR – Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6. SYUKUR – Bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat kesihatan, rezeki kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7. IKHLAS DAN BENAR – Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8. TAWAKAL – Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t. setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. REDA DENGAN QADAK ALLAH – Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insane Mukmin.

10. MENGINGATI MATI – Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.



Tuesday, May 20, 2014

Abah dan emak

Tak sempat nak proses banyak gambar dalam simpanan peribadi. Kalau ada terselit gambar arwah abah. Lagilah rasa tak sanggup nak tatap lama-lama. Serta merta rasa sebak mengasak dada. Air mata bergenang tiba-tiba. Belum mampu menerima sepenuhnya pemergian abah. Terasa abah masih hidup dan jalani kehidupan sehariannya di kampung.

Ini gambar kenangan selepas upacara akad nikah adik bongsu tahun lepas. Masa ni kami ambil peluang bergambar seisi keluarga dengan pengantin lelaki. Sementelah keluarga perempuan sudah berangkat terlebih dahulu pulang ke rumah untuk persiapan jamuan makan. Waktu nak bergambar, aku minta mak dan abah bergambar berdua. Mak dan abah seperti biasanya hanya suka tegak berdiri dan senyum menghadap kamera. Aku minta abah peluk mak sikit, spontan abah mengusik mak macam ni. Habis terburai ketawa di perkarangan masjid. Rasa meriah dah bahagia sangat waktu tu. Terharu melihatkan kemesraan mak dan abah. Penyatuan keluarga di hari baik, hari pernikahan adik.

Dan kini, bila tatap gambar ni. Hanya kesyahduan dan kerinduan saja beraja di hati. Rindu nak lihat gelak ketawa abah dengan mak. Rindu nak peluk abah, cium pipi dan tangan abah. Kalaulah sebuah karangan boleh menterjemahkan isi hati. Rasanya 1 blog pun tak dapat mencukupkan ruang. Hanya DIA yang Maha Mengetahui. 

Setiap hari, sewaktu ingin ke pejabat, kala kaki menjejak keluar dari rumah. Menghadap cahaya matahari terbit, daku titipkan al-Fatihah buat abah. Sudah jadi kebiasaan begitu. Entah kenapa. Mungkin dek kerana memori di kampung. Kala pagi, di rumah mak. Aku selalu nampak kelibat abah balik dari sungai atau balik dari Pekan Gerik waktu yang sama. Walaupun tak bersuara, hanya ralit dengan kerja-kerjanya. Tapi aku sangat pasti, abah gembira nampak anak-anak di rumahnya. Sekurang-kurangnya memori itulah yang mendekatkan doaku pada waktu yang sama buat abah. Atau setidaknya bila terkenang dan rindu sangat pada abah. Waktu tu cepat-cepat aku mengangkat tangan, titipkan doa dan al fatihah buat abah. Sekurang-kurangnya itu sahajalah hadiah yang dapat seorang anak berikan untuk abah.

Semoga roh ayahanda Haji Wan Zahari dicucuri rahmat, dan sentiasa dibawah lindungan Allah... Amin... 

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru ~ Melawat Tadika Laman Cerdik


Ucapan ikhlas untuk para guru yang banyak berjasa sejak dari kecil hingga kini. Semoga tunjuk ajar dari kalian diberkati ALLAH swt dan dicurahkan limpahan rahmat olehNYA, amin...

Lukisan ringkas, cepat dan segera sempena kad ucapan Hari Guru sekolah Laman Cerdik, Aliya Damia. Belum siap lagi. Nak kena attend meeting dulu. Kalau dah siap kad nanti , aku upload dalam blog. (KALAU RAJIN) haha...

------------------------------- UPDATE ------------------------------


Design kad untuk Cikgu Damia. Tak sempat nak ambil gambar goodies bag berisi set perfume Enchanteur dan magnet fridge dari London dan Liverpool. Yang tu je sempat tercapai dek tangan pun. Balik rumah semalam, dok pikir-pikir, apa bendalah nak bagi kat cikgu Mia. Macam cliche sangat nak bagi kad saja kan. So masuk bilik aka stor tempat simpan khazanah hadiah. Godek-godek peti barang. Terjumpa 1 set perfume penuh  dalam paperbag tak terusik! Ada perfume, lotion, deodoren , bedak dan lain-lain. Nampak sangat dah menang, redeem, simpan dan lupakan. Mujurlah tak diguna pun, boleh jadi hadiah segera untuk para guru Damia. Walaupun wangian biasa cuma, namun rasanya cukuplah untuk menyerikan cikgu Damia. Tanda ingatan je. Kesal gak tak sempat amik gambar tadi. Takpelah ek, janji sempat sediakan semua goodies dalam masa yang singkat.

Kek Black Forest dari Secret Recipe. Redeem voucher menang Fly Me to KOREA Contest Secret Recipe lepas. Pun tak sempat nak ambil gambarnya. Nasip baik staff SR Presint 4 sangat membantu. Offer diri tulis wish atas kek. Ikutkan aku nak angkut kosong gitu je sebab nak kejar masa berlari ke tadika Damia tadi. Alhamdulillah cepat dan cantik hasil tangan beliau. Meski simple, janji sampai maksud kiriman kek sempena Hari Guru harini.

Monday, May 12, 2014

Peter Rabbit yang comey!

Harini nak buka kisah pasal salah satu watak kartun kegemaran aku, Peter Rabbit. Jarang aku share dengan sesapa. Sebab aku lebih kepada artwork manga. Cumanya aku tak menolak lukisan ala-ala Barat. Sebab aku memang suka semua style art.

Bunyinya agak klise, tapi aku happy bangat bila terjumpa warna marker Peter Rabbit ni kat salah sebuah kedai alat tulis di Liverpool. Serius, teruja.

Bukan sebab aku ndak sangat kat kaler tu, kat rumah berlambak warna dari set yang mahal pada set yang murah-murah. Semua dah jadi hak milik bersama aku dan Damia. Sebab kalau larang pun, Damia buat muka inesen sambil minta "Pinjam jap. Mia pinjam sikit je..." Tapi nah..! Sebekas warna di tabur atas lantai. Menerap dan bikin itu warna bagai hak milik kekal dia saja. Kadang-kadang bila aku plak nak guna, terpaksa minta baik-baik. Kot tak, diamuknya tak nak kasi langsung! Hhahaha... Mak anak sama dengan je. Suka melukis dan menyepahkan rumah.

Sampai sekarang belum rasmi guna lagi set warna ni. Test-test sebatang marker haritu, rasanya kualitinya biasa-biasa saja. Lebih kurang marker warna Faber Castell. Tapi belum acu try semua warna lagi, so malas nak komen negatif. Apa pun pakaging dia memang mengimbau memori.

Dulu aku bukan die hard fan Beatrix Potter sangat. Beliaulah pelukis asap Peter Rabbit ni. Tapi aku tak nafikan lukisan dan jalan ceritanya sangat menawan hati.  Sukanya aku pada hasil karya ni Beatrix ni sampaikan aku bercita-cita nak buat buku kanak-kanak. Menariknya, omputeh buat cerita pasal Beatrix Potter ni dalam filem bertajuk~ Miss Potter. 

Watak Beatrix Potter  dilakonkan oleh Renee Zellweger dengan cemerlang sekali. Sampaikan aku pun ikut touching layan movie ni dulu. Melalui movie ni la permulaan aku suka sangat kartun Peter Rabbit. Walhal sebelum ni, member aku (yang ke arah naive art) dah lama promote lukisan Beatrix ni. Belum berkesempatan kumpul hasil karya Beatrix lagi. Kena cari kat Book-Xcess kalau nak beli bukunya yang berkualiti lagi murah. Cari kat bookstore mewah memang cari sakitlah. Mahal menggila kot sebuah buku je pun. 


Friday, May 9, 2014

SssseeeeeeRAM!!!

Harini member opis bawa kisah mistik pula. Minah ni memang ada beberapa kisah yang melibatkan diri sendiri dan kawan-kawan pun. Ko tau, teguh-teguh degil aku. Bila dengar cerita tak besh macam ni meragam jugak perut hakak. Meremang jugak bulu tengkuk ko! 

Sebelum-sebelum ni ada gak member opis lain bercerita lebih kurang camni. Tapi aku dengar dan abaikan je. Kalau amik berat sangat gila seriau kot. Udahlah hakak kau ni jenis stay up opis sorang-sorang. Hari kerja biasa pun sorang-sorang (paham-paham ler, aku malas nak explain). Tu ok lagi ada gak la beberapa kerat staf lagi melepek kat meja lain. Tapi bila hari Jumaat... Seawal jam 12pm ke 2.30 atau 3pm memang opis lengang! 

Aku jenis tak amik kisah kot. Lagi aku suka. Boleh bebas bikin ini opis bagai aku yang punya. Siap boleh buat ballet dancing lagi, takde orang nampak haha... Tapi bila ada pulakkkk kisah-kisah tak syok terdengar dek halwa telinga. Hmph! Mulalah gugur peluh sejuk ni. Pergi tapau kat cafe sebelah opis tadi. Balik ke bilik. Lalu kaki lima aku dah mula resah gelisah. Melangkah pun persis nak buat marathon tu. Jauh tau tak jarak bilik grafik ke pintu besar lif! Benci aku bila kenang-kenang situasi macam ni. Kentalkan je semangat usah goyah dengan situasi.

Nak bagi tak nak takut (sangat). Aku call suami. Tak angkat. Bengang. Waktu-waktu bini jadi penakut cenggini, boleh pulak tak angkat call??? Membebel panjang si bini. Bila tengok jam, owh... waktu orang laki tengah bersiap nak g masjid ler ni... Pujuk hati, suami sibuk. Pehtu timbul akal nak kacau mak. Saja buat-buat tanya khabar mak. Walhal tau dah semalam mak bagitau dia tak sihat :( Mak siap komplen, wassap je la (amboih mak aku!). Dalih aku, "Ala... wassap tak besh. Tak boleh dengar suara mak!" Walhal sebenarnya aku nak ada member bersembang! Tapi bagus pilihan aku. Bercakap dengan mak tadi, serta merta jadi hilang resahku. Lupa langsung apa yang aku fikir dan takutkan tadi.

Sambil nak jalan ke bilik sendiri. Pasang telinga kot ada staff lain tak balik waktu rehat panjang ni. Alhamdulillah... Ada geng kat bilik sebelah. Orang audit yang isi masa berehat (baring dan tidur haha). Tarik napas legaaaa, terus masuk bilik sendiri. 

Dek kerana seram tadi. Aku buka iTunes. Pasang semua surah-surah yang boleh download. Urgh... mujurlah boleh download time rehat panjang cenggini. Ada hikmahnya bila aku jadi penakut cenggini. Meriah bilik dengan alunan surah-surah menenang jiwa. Alhamdulillah... 

Lain kali jangan gatal nak dengar cerita camni meskipun orang berkeras nak cerita. Biar tak tahu dari tahu. Kalau tahu, dari rasa takde apa-apa, jadi serba tak keruan hidup aku. Muka jap coklat jap biru.  Tapi bila ditanya jawapan jujur. Takut-takut aku pada mahkluk halus ni, takut lagi aku pada manusia. Sebab kita tak pasti niat jahat boleh jadi melampau macam mana. Itu kata motivasi nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. Sengal je haha... 

Muka bengis, hati ni kecik jugak huhu...

------------------------------------------------------------------------
STORYNYA?

Ada 3 staff nampak kelibat perempuan dengan efek sekian-sekian kat pintu toilet lelaki. Cerita selebihnya, korang boleh fikirkan berdasarkan imaginasi sendiri. Aku nak menaip ayat tadi pun dah rasa berdiri bulu roma! Seriau~

Viagem Ao Brasil!


Hint:
Bola Sepak @ Brazil.
Dapat tangkap? Hehe... Bulan JUN 2014!
~Speechless mode~

Thursday, May 8, 2014

Superb~ Mac PRO VS Mac OS


Mac PRO gemuk, besar, hardisk power, baru, segar, malar, mahal, import. Mac OS: Sila terbalikkan stetmen untuk Mac PRO. Hahaha... Banyak perbezaan, ofkos! Sungguh bias hakak ko terhadap mereka berdua ni haha...

Ketika entry ini dibina aku sedang format Mac lama. Haruslah. Dah bertahun tak format kot. Sejak dari zaman pereka pertama yang rasmi pakai. Berpindah pada Pembantu penerbitan. Dan kembali ke tangan pereka baru yakni aku. Belum pernah service format.

Kesan kegagalan tidak merawat dan menjaga dengan baik? Ya... selamat di karate, di kungfukan (benar: hakak kau siap buat bunyi ala-ala Bruce Lee kala mengkungfukan ini mac lama),  dipenamparkan, disuku, disiku dan pelbagai teknik seni membelasah orang aku sudah praktikkan pada mac OS tu. Kalaulah dia dalam bentuk figura manusia. Sah lagi sohih penuh berbalut bandage satu badan! Geram kot, kadang-kadang bila nak buat kerja, waktu-waktu kritikal camtulah dia tak nak hidup. Waktu tengah pulun kejar deadline, masa tu lah dia boleh pofff! PADAM sendiri. Geram sampai aku tak boleh menahan diri dari rasa nak belasahhhh je dia punya CPU. Monitor jarang la aku belasah. Koman-koman pun aku penamparkan saja bila geram. Tapi CPU dabaknya memang selalu jadi mangsa aku. Haih... Sambil menaip ni pun mengetap bibir mengancing gigi hakak kau menahan marah lagi tau. Dendam betul aku sama dia! hhahahhaa....

CPU MacOS~ Mangsa keadaan. Sering dibelasah dan dibebelkan. Tetap teguh dan tabah terhadap tuannya. 

Tapi walaupun aku selalu marah-marah pada beliau. Dialah juga yang aku harap-harapkan berfungsi demi melaksanakan tanggungjawab pada kerja hakikiku. Gila aku kalau dia mereng atau merajuk tak hidup-hidup. Boleh berpeluh embun jantan dari kepala sampai ke kaki jadinya. Nak harap PC lain? Hmph! Malas aku nak teruskan rungutan... Kerana itu, walaupun aku selalu marah tapi sebenarnya ada sayangnya juga aku pada beliau. Kadang-kadang bila balik rumah, sampai boleh terigau-igau kenangkan nasip Mac OS tu. Memikir sangat sampai timbul rasa geram. Geram rasa nak baling biar terjah melayang keluar tingkap tingkat 9 ni! Biar berderai jatuh ke lobi. Mengingatkan tahap keuzuran mac tu, memang selalu buat muka aku kejap biru kejap coklat menyimpan dendam. Masa tu memang Bahagian IT jadi mangsa sumpah serapah aku je sebab lembab beli komputer baru untuk aku.

Oh, cerita pasa lembab. Sebenarnya dah lama pereka dapat mac dekstop baru sendiri. Bulan 6 tahun 2013 lagi. Ikutkan dah lama mac yang ini sudah berganti. Ngam 4 bulan aku bekerja di sini sepatutnya dah dapat. Sebab awal-awal masuk memang penyelia dah tanya apa keperluan semasa aku. Aku kata, aku nak komputer dekstop baru, aku nak hardisk 1TB. Kan ke gila kuasa gaya aku nampaknya masa tu? Hahahha.... Dah orang tanya, aku mohon je la. Biarlah tak munasabah mahalnya pun. Biarlah. Bukan cash aku. Hahhaha... So tamak bunyinya. Aku kata, tak dapat mac pun takpelah. PC pun ok. Aku ni jenis insan senang bersyukur orangnya. Sebab sedar, kita minta yang sederhana pun susah nak dapat. Apatah lagi yang mahal menggila. Maka aku mohon CPU baru, janji PC tu mesti spek power untuk buat projek grafik. Jangan macam PC lama yang buka je off sendiri. Buka je hang berkali-kali. Lembabsss!

Tup-tup dengar khabar aku bakal dapat Mac bulan 6. Melompat bahagia aku jadinya. Tunggu punya tunggu punya tungguuuuu... Tak sampai-sampai. Dah masuk bulan 8 tak sampai jugak. Hujung tahun tak sampai jugak. Rupanya.... tahu apa? Mac ku sudah dirampok orang! Dan tak boleh komen apa-apa sebab yang perampoksnya jenis tinggal di awangan. Maka patik yang dibawah ini hanya telan liur saja, mengenangkan peruntukan untuk diri sendiri sudah dirampas penjajah baru! Jangankan komputernya, kotaknya pun aku tak sempat tengok. Sungguh sadissss. Tahulah aku bahawasanya puncak hieraki itu sangat memainkan peranan.

Makan tahun sudah. Kini dan bulan 5 tahun 2014, hampir setahun dari insiden perjanjian halwa manismu dilakukan. Akhirnya hakak kau diberi ganjaran yang dinanti-nanti. Kau ingat senang nak buat permohonan baru? Berchenta dengan mulut riuh miuh nak dapat sebuah je pun. Bila dah selamat terima, ucapan penghargaan mengiringi. Kata mereka, mereka amat berterima kasih sebab unit kami langsung tak berkicau bising bila hak kami dirampas. Apa nak dikata? Kalau memekak tak puas hati pun, kalau dah takde peruntukan lain, apa yang boleh kami  buat? Buat penah mulut je. Bergosip pun buang masa dan buat tambah dosa. Baik tabah menanti saja. Dan kini habuannya? Nah.... Mac PRO bernilai lebih RM11,000 untuk kugunakan. Walla!!!! Kawan-kawan seangkatan. Sila jeles! HHahhahaha... aku bangga sebab ini 1st time koyak plastik sendiri. Dan ya... Bukan boleh bawa balik pun. Janji aku boleh puas menggodek harta pejabat ni. Ada HDMI lagi. Buleh nonton movie ni. Ops! Nawaitu je tak baik dah hahah...

Semalam waktu perasmian koyak plastik (monitor saja, sebab yang CPU nya budak Teknologi Maklumat dah rasmi dulu sebab nak install sebelum serah pada Unit Penerbitan), suatu perasaan touching kurasakan. Masakan tidak. Mac PRO ni memang khusus dibeli untuk pereka. Bukan aku, khas untuk pereka. Mana-mana pereka di sini memang berhak ke atas ini mac. Jika aku dah transfer keluar dari sini, mana boleh rembat bawa sekali kan hahaha... Tapi sebab aku yang rasmi pakai, maka dengan penuh perasaannya mengaku ini mac aku yang punya. Stetmen suka hati!

Ye la sebelum-sebelum ni masuk opis, terus dah terpacak mac lama. Maka perasaan tu takdelah happy sangat. Sementelah dulu aku lebih selesa pakai PC. Tapi bila dah terbiasa guna mac, rasa selesa lagi guna produk Apple ni. Jujurnya kalau buat kerja grafik memang Mac produk yang sesuailah. Sebab fungsinya lebih kepada kegunaan sistem etc. Bayangkan software Adobe saja dah memberatkan hardisk. Lagi pula aku nak install lain-lain software seangkatan dengannya. Tak kira lagi nak transfer gambar dari kamera untuk kegunaan peribadi. Ops! Hahhaha.... Ye... aku salah guna, tapi bukan lama. Pinjam kejap je. Lepas burn gambar tu aku deletelah. Bukan jadi tukun bertahun-tahun lamanya pun :P

Apa pun, aku kena cepat-cepat format dan install program baru dalam Mac OS. Nak dilambung pada pemilik barunya. Hakak kau nak fokus pada kerja dengan Mac PRO terchenta. Buat baik pada emak kau ni ya.... Kita nak guna lama ni. Hihi...

Wednesday, May 7, 2014

Pencinta Boot~ INDIGO boot, Marks & Spencer

 
Baru-baru ni aku dah semacam tertarik nak memakai kasut boot. Harini hakak selfie my kaki untuk membuktikan boot tidak hanya untuk cuaca sejuk. Bahkan selesa dipakai di mana jua. Boot sangat sesuai dipakai dengan seluar slack, jeans. Bagi muslimah pula, elok digayakan dengan jubah atau skirt labuh. Bukan semata-mata untuk tampak ranggi dan stylo. Tapi kelebihan boot ni dapat menutup aurat kaki sepenuhnya. Diyakini selamat melindungi kaki. 

Semuanya bermula waktu nak bercuti ke UK lepas. Disebabkan cuaca di England sangat tak munasabah sejuknya meskipun dalam musim bunga, maka aku terfikir nak pakai boot saja atasi rasa sejuk.

Ehsan google: Snowy Creek Boots

Terjatuh chenta dengan Snowy Creek Boots. Beli Snowy Creek warna hitam kat Parkson Alamanda dengan harga RM400 lebih sepasang. Tapi saiz tak ngam pula, bila pakai tak selesa. Udahlah jauhnya perjalanan (harus berjalan dari airport ke stesen ke stesen kereta api).

Sudahnya aku cari boot baru. Puas menggelebek pelbagai jenis boot. Ada yang full leather, ada yang material base kain dan segala macam lagi. Tapi pasti kena teliti material kulit tu betul-betul. Kot nampak 3 dot eloklah jangan sentuh pun. Kulit vavi! tu. Maka berhati-hatilah dalam memilih kasut kulit. Peringatan pada diri sendiri juga.

Sempat jua belikan boot Damia di M&S. Harganya tak munasabah murah! Mungkin waktu kami beli tu bukan musim jualan kasut boot. Ngam-ngam pula ada saiz diperlukan Damia. Kelakarnya waktu nak survey-survey tu ada sorang makcik omputeh ni yang ikut tertarik dengan boot pilihanku tu. Cepat-cepat hakak rembat, takut saiz habis pula. Kat situ je balance kasut yang tinggal. Nanti aku kongsikan pasal boot Damia pula. 


Ehsan goole: INDIGO by Clarks Women's Spye Hale Boot

Akhirnya aku beli boot keluaran terbaru iaitu INDIGO by Clarks Women's Spye Hale Boot kat butik Marks & Spencer, Liverpool. Inilah rupa sebenar boot hakak. Lebih kuranglah. Tang jahitan tu lain sikit. Selebihnya material dan warna sangat sama. Seusai menyarung terus kebah sengal kaki. Sakit kot dari saiz 8/9 nak pakai saiz 7! INDIGO pilihan aku ni bersaiz 71/2. Ngam-ngam dengan kaki. Nak melangkah jauh pun tak stress kaki sebab material selesa.

Tang TaRaaaa... Mommy dan Damia dengan Boot memasing. Serius, boot bukan sekadar untuk nampak stylo kat sana. Sejuk tak pakai kasut tinggi tutup kaki. Hakak sarung stoking pun rasa sejuk bedi berdiri. Kita tengok omputeh melawa dengan Boot ingatkan sebab nak nampak ranggi. Rupa-rupanya memang sebab nak jaga kaki. Dah pergi baru tahu sendiri. Besh pula bila berboot begini hehe...

Daku bawa masuk opis harini. Terjojol mata officemate! Hahahha.... Siap ada yang bertanya berapa harganya. Yup, cuma 59 GBP - British Pound sahaja. Duit kita RM300 lebih je pun.  Sekali sekala melaram you....