Nuffnang

Followers

Showing posts with label ofis time. Show all posts
Showing posts with label ofis time. Show all posts

Saturday, December 5, 2020

Frontliner Doodle

 
Bila geng opis request drawing untuk subjek mewarna bertemakan COVID-19.
Mood on x on sangat nak melukis. Kita conteng-conteng saja.

#frontliner
#doodle
#whswzwork
#freebies

Friday, April 10, 2020

Robot Makcik Kiah 19

Tiba-tiba nama Makcik Kiah trending, habis glamer seantero Malaya. Sampaikan robot pun dinamakan bersempena nama dia. 

Robot yang diberi nama “Makcik Kiah 19” (MCK19) atau akronim KIAH: K-Key I-Innovations A-Assisting H-Healthcare ni merupakan Robot Penghantaran Pertama Buatan Malaysia! Peranan dia macam pembantu kat hospital. Dengan bantuan Makcik Kiah 19, kurang sikit beban tugas frontliner dan kurang risiko terdedah pada jangkitan sepanjang depa berkhidmat pada pesakit Covid-19.

Robot ni ada sejenis ai: Internet of Things (IoT) yang boleh diakses dari komputer, tablet atau telefon pintar. So  pengguna boleh berinteraksi dengan robot walaupun berada di luar kawasan hospital. Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem keselamatan yang hanya boleh diakses oleh admin yang dibenarkan sahaja. 

Prototaip ni dicipta oleh oleh DF Automation & Robotics Sdn. Bhd. Pembuatannya mengambil masa kurang dari dua minggu. Robot ni hasil usahasama MOSTI, MITI, MTDC, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), DF Automation & Robotics Sdn Bhd (DF), Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, hospital dan industri.

Macam mana sis boleh dapat info ni? Ofkos dari page FB rasmi MOSTI. Sebenarnya nak design poster infografik pasal robot Makcik Kiah 19 ni. Tapi sebabkan tak dapat arahan dari bosses, tak beranilah nak pandai-pandai design. Apa pun semoga MCK19 dapat menyumbangkan bakti pada negara!

Kita belum menang.
Tapi kita juga belum kalah!

#covid19 #stayathome #workformhome

Wednesday, October 9, 2019

Logo Belanjawan 2020

Ok, macam biasa dapat job last minute LAGI. Kali ni kena design poster Bajet 2020. Perkara yang para designer paling tak gemar bila dapat projek design: Arahan kerja TANPA content. Yup, SELALU berlaku. Nak-nak benda urgent, benda belum pasti dan macam-macam lagi.

Jadi akan keluar arahan macam ni "You design dulu, content kita kasi NANTI." Nanti tu boleh jadi lagi berapa minute deadline. Boleh bayangkan tak berapa banyak design kena rombak sebab content tak berpadanan dengan hasil artwork?

Tak nak cerita panjang. Aku dah kena start design. Harini setelah puas menggodek sana sini cari logo. Tanya geng designer, without respond. Akhirnya jumpa link Belanjawan 2020. Sila klik link tersebut untuk dapatkan original file logo. Pelbagai format disediakan.


Kat sini aku nak share logo format png yang dah siap resize. Jemput klik text LOGO BELANJAWAN 2020 ni untuk download hi res logo. 

Semoga memberi manfaat.

Saturday, September 14, 2019

HPPNK 2019: Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2019


Wowww~!
HPPNK 2019 kembali!

Ekspo pertanian HPPNK tahun ini bertemakan Makanan Kita Masa Depan Kita (Our Food Our Future). Program ni akan diadakan pada 28 November hingga 1 Disember 2019 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Kebetulan pula lokasi program besar anjuran MOA ni bertempat di negeri kelahiran YB Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Terdapat 6 kluster utama bakal dipamerkan kepada orang ramai:
✔️Makanan dan Minuman
✔️Gaya Hidup
✔️Kesejahteraan
✔️Hasil Pertanian
✔️Agro Teknologi
✔️Pembangunan Modal Insan



Antara tarikan utama aktiviti sepanjang HPPNK 2019 pula seperti berikut:

✔️Agro Kulinari
✔️Agro Pelancongan
✔️Agro Youth
✔️Budaya dan Senitani
✔️Empayar Makanan
✔️Jualan Tani Segar
✔️Kenduri Rakyat Nasi Ambeng
✔️Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan
✔️MySeafood
✔️Pameran Agro Teknologi dan Mekanisasi
✔️Pameran Hasil Pertanian, Ternakan dan Akuakultur
✔️Pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Jangan lupa kunjungi laman sosial rasmi @HPPNK2019. 

Jom kita kasi trending hashtag:
 #HPPNK2019 dan #makanankitamasadepankita

.....................................


My last minute design. Tangan sampai menggeletar kejarkan timeline. Nak lukis 1 per satu dan cari vector icon tu bukan kerja mudah. Susun 1 by 1 ikut alphabet letters HPPNK lagi. 1 hari fokus bab icon & text HPPNK je. Lepas tu baru roll up whole design. Dapat 1 idea baru senang hati nak relayout jadikan item-item design lain. Penat tapi apa-apa job yang melibatkan art memang kakak enjoy. Yang penting nikmati rasa seronok bila tengok hasil kerja terpapar di depan mata.

#whswzwork
#ilovemyjob

Friday, March 30, 2018

Karnival Usahawanita 2018


Ready? Jemput layari laman media sosial rasmi @MAHA2018.my untuk makluman lanjut!

Friday, January 5, 2018

Lukisan Bendera Malaysia

Dah lama lukis bendera ni. Manual. Tu pun sebab ada sorang kakak X-officemate request drawing bendera Malaysia. Sebab nak anjurkan contest mewarna kat opis katanya. Masa tu tengah busy kerja hakiki. Jadi, tak fikir panjang, terus ambil pen, sketch, scan dan bagi. Line sangat tak kemas.

Harini bila tengok balik drawing tu, malu mak ai... Vectorkan balik, perkemaskan line. Siap! Tak guna banyak kudrat pun. Kejap je  lukis-lukis proses ni bila passion tu tengah menggelegak. 

So sapa-sapa nak, ambiklah. Klik gambar ni untuk besarkan, pastu save. Free. Nak-nak kalau nak guna untuk contest sempena musim Merdeka dan Hari Malaysia nanti kan. Harap bermanfaat.

Tuesday, September 26, 2017

Bersama selebriti HPPNK2017

Selasa minggu lepas kakak sempat join shooting selebriti yang akan memeriahkan HPPNK2017 kat MAEPS Serdang. Dan hari itu barulah kita tahu sebutannya bukan Maaa-EPs ye. Tapi... maeps, sebut sekali nafas beserta huruf sss hahaha... Thanx kak Nora yang tak pernah tak lawa ajarkan pronounce yang betul. Kita ini dengan confident betulkan sebutan dak Aiman, rupanya kita sendiri yang silap fahaman kah3... #confidentkenatinggi.

Lokasi pengambaran di House Of Kambing, MAEPS. Tempat ni selalunya kita tengok dari dalam kereta je. Tak pernah singgah. Ingatkan tempat ternakan kambing semata-mata sebab luasnya padang. Siap ada unta merayap kat tengah hari rewang tu. Rupanya nuuuuun di sudut, ada restoren House of Kambing. Harganya murah dan layanan pun best! Interior pun menarik dengan konsep ala-ala hipster gitu. Jemputlah datang lepak makan kat sini dengan kawan-kawan dan famili. Memang berbaloi tiap sen. 

Mula-mula kami sampai Cik Nuril, pegawai kitorang dah sedia maklum, kena tunggu artis kejap. Jadi ambik kesempatan tu buka komputer, kerjaaaaa... Lalu datang Kak Nora dengan team MAEPS. Dia insist kita panggil dia kakak, instead panggil Puan. Sangat humble orangnya, touching kita... minta maaf kita memang jenis cepat touching. Ko bagi aku pemadam do posen pun aku leh rasa terharu. Apatah lagi buat baik lebih-lebih. Lagilah kita rasa dihargai cewah-cewah... Luah perasaan jap.

Tak lama borak-borak tu, datang cik Eka Sharif dengan temannya. Nuril dan Dayang start berbincang dengan Eka pasal kerja. Tekun, amanah, fatonah betul dorang time kerja. Kakak dorang ni dok diam-diam depan komputer. Pastu datang penyanyi fav kawan kakak, (sengaja bold kawan: karang korang terbaca tang kakak je pulak kah3), dia kata anaknya minat Aiman Tino. Tapi dari gaya komen, macam tahuuu je sapa sebenarnya die hard fan AT ni haha... Takpe, nama ang kita simpan babe, kah3...

Kat HPPNK nanti Aiman akan ada sesi bersama peminat. Siapa yang nak bertemu Aiman Tino secara ekslusif, bolehlah jengah laman sosial HPPNK dan join pelbagai jenis contest yang pihak penganjur anjurkan. Kami akan sentiasa update info terkini mengenai HPPNK. Tunggu....!

Pastu sesi makan. Kakak tak nak cerita lanjutlah. Kakak bukan peminat makanan. Jadi malas nak ambil maklum nama-nama menu hari tu... Dan itulah kesilapan kita... kot tak boleh update kat sini, hadoi...! Daging kambingnya memang lembut, manis, sedapppp berkrim. Memang kakak tak gayat nak kunyah di sebalik gigi berpagar ni. Kat HPPNK nanti pun ada dish dari House of Kambing ni. Jemput rasa, nikmatinya sendiri. Gerenti puas hati.

Bila tengok gambar ni baru perasan takde gambar behind the scene photographer aka Abang En in action. Sebenarnya inilah salah satu sebab kakak give up buat task ambik gambar. Rugiii... gambar sendiri takde, kah3... Tapi bila dah lama-lama tak pegang DSLR, memang boleh jadi lupa skil, tau. Rugi juga tu.. 
Berikutnya kitorang ambik gambar Aiman dan rekod video promosinya. Geram tengok dak Aiman ni. Dah la sopan... encemmm... ada style kPOP gitu. Selalu usik adik intern kat office, nak jumpa Aiman bagitahu tau, kakak try arrange kan, kah3... Sebab dia memang kipas susah mati kPOP. Hari2 bilik memekak dengan lagu korean dia, dengan kita-kita terikut huhu...

Attitute terlebih haha..

Dan kitorang rakam pula si cantik manis Eka Sharif. Sabar dan setia orangnya. Pastu tak sangka boleh tahan gila-gila. Layan je mental kitorang haritu. Tak caya tengok video countdown kat intagram @ekasharif. Memang selamba! Tak payah ajar apa pun. Pandai je dia action sendiri. Cuma satu je kakak request, "Eka tolong buat flip rambut!" tergelak cik Eka dengar permintaan lain macam ni. Haritu nak minta Fara Fauzana flip tudung. Lagi tak payah ajar. Semua dia atur sendiri, orang kalau dah memang power, ternganga kita! 

Kakak syak abam fotografer ni berasap je  tak dapat amik gambar dengan Eka... Esok2 adik tolong crop & edit ye abang En kah3... 

Gambar dari media social HPPNK

Kesimpulannya... memang best kerja hari tu! Untuk makluman lanjut dan kalau nak tengok hasil pengambaran. Jemputlah like page facebook, instagram dan twitter HPPNK. Macam-macam perkongsian kami sediakan. Dan yang penting, nantikan pelbagai info mengenai jadual selebriti di HPPNK 2017. Like dan follow tau!

*nak update minggu lepas lagi.... busy tapi*
#whswzwork
#ilovemyjob

Friday, September 15, 2017

Gelombang Nelayan Nasional 2017


"Yang pergi membelah gelombang...
... belum tentu 'kan pulang"

Tribute buat semua para nelayan
Gelombang Nelayan Nasional 2017

#GNN2017

Wednesday, September 13, 2017

Sidang Media HPPNK2017

Hai! Jenguk-jenguk terpandang cik Fara Fauzana! Cantikkan dia... Semalam berlangsungnya sidang media pengenalan rakan-rakan strategik dan ikon-ikon untuk Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan dan Malaysia Food Festival 2017 di Dewan D Maeps, Serdang.

Salah satu job kakak, kendalikan sesi fotografi dan rakaman video promo ikon-ikon HPPNK2017! Seronok dapat luangkan masa dengan Miss Fafau, Yabang vokalis kumpulan Khalifah dan Mat Dan Kaki Jalan. Dorang bagi kerjasama dan masing-masing sporting luangkan masa untuk sesi foto dan rakaman video tu. 

Tengok Mat Dan. Kakak kira... 1, 2... lompat! Snappp! Memang sporting kekeke... Thanx Mat Dan sudi layan kepala gila-gila kami ni. Slang Ganu dia bukan calang-calang der. Kakak pun mula-mula jumpa Mat Dan nervous juga nak kena cakap bahasa melayu ke... atau speaking London. Tau-tau dia selamba ghoyak Ganu, pekat punya. Kalah lidah Malaysian kita ni tau! 

Kakak kongsikan gambar sekitar sidang media HPPNK selasa lepas. Jemput singgah beramai-ramai kita meriahkan HPPNK pada 28 september hingga 1 oktober 2017 di MAEPS Serdang nanti ye. Jumpa di sana!


#HPPNK2017 #MFF2017



Sunday, September 10, 2017

Debaran HPPNK2017!

Hai korang... dah lama kakak tak update blog kan. Busy... alasan cliche haha... Sebenarnya kakak dalam proses menyediakan bahan-bahan promosi Hari Peladang dan Malaysia Food Festival 2017. Event ni dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Jabatan dan Agensi.

Untuk makluman korang, event ni berlangsung dari 28 sept (khamis) hingga 1 oktober (ahad) 2017 di MAEPS, Serdang. Kejap je kan? Event ni tak sebesar event MAHA. Tapi tetap meriah dengan macam-macam wow factor terutama sekali bab makanan dan pelbagai program lagi.
Inilah antara info tentang event HPPNK2017. Fresh from macbook ni. Dah siap, terus update. Macam MAHA, kat HPPNK pun ada Empayar Makanan atau nama famousnya Food Empire! Kakak tak sabar nak try sendiri pelbagai menu rare nanti. Antaranya ada sate tuna, kelapa leleh, lemang sushi , kuro prawns dan lain-lain lagi. 

Kakak pernah makan sate tuna masa event anjuran Jabatan Perikanan Malaysia kat Restoren Satay Station, Ampang dulu. Memang lain macam rasanya. Sedap, fresh dan yang penting... menyihatkan! Kakak syorkan korang jengah laman perikanan. Tak rugi membeli, sudah makan... puas hati.

Aik Chef Zam pun ada? aah... beliau akan conduct demonstrasi masakan, LIVE! Ladies-ladies cantik manis yang rajin memasak tu, meh la datang HPPNK. Jom tengok sendiri chef popular buat demo memasak. Sambil-sambil tu kita belajarlah kupas kulit bawang ye hehe...

Untuk kanak-kanak pun ada tarikan juga. Ada petting zoo dan pameran ternakan. Lagi best akan ada artis popular memeriahkan event ni nanti. Kita ada Fara Fauzana atau Fafau yang comey tu. Ada Mat Dan mat salleh Kaki Jalan yang terer cakap Ganu. Dan Yabang dari Kumpulan Khalifah. Dok teringat pula kat lagu best dia, Ustazah Ayu Hobi Bertani. Harap-harap dia nyanyi la lagu tu masa event n HPPNK tu nanti. 
Mesti korang tertanya-tanya kan apa benda la Mobile CTC ni? Kalau tak kerana kena buat design HPPNK ni, kakak pun tak tahu kahkahkah... Rupanya benda ni kenderaan bergerak yang sediakan perkhidmatan untuk pelanggan luar bandar. Contohnya klinik gigi bergerak, JPJ dan macam-macam lagi. Jomlah datang update lesen memandu kat HPPNK nanti.

Ni drone pertanian ye. Selama ni akak cuma tahu drone ambik gambar dan video dari langit tu je. Rupanya sekarang ni dah macam-macam jenis drone dicipta. Nak-nak untuk tujuan pertanian. Drone ni akak dan team shoot gambarnya sendiri kat Penang bulan lepas tau (eh, bangga tak semena-mena haha).

Kakak nak cerita banyak pun macam tak surprise pula. Apa kata korang like laman facebook rasmi @HPPNK2017 untuk tengok sendiri info terkini mengenai event ni dan ambil peluang datang ke MAEPS ye. Kalau singgah, roger-rogerlah kakak. Kalau takde aral, insya'allah kat sanalah kakak berkampung 4 hari nanti. Ada beberapa plan kakak dan team tengah rancang nak buat. Mudah-mudahan segalanya lancar dan menjadi.  Seriau jugak, tapi kakak take the challenge, Bring it On!

Jemput datang #HPPNK2017 ye. Jumpa kita kat sana!
#moa #ourfoodourfuture #TerimaKasihPeladangPenternakNelayan

Sunday, July 9, 2017

Join shooting hobi KSU MOA

Sabtu lepas bertugas iring videografer shoot video dan foto Ketua Setiausaha MOA, Datuk Ismail di Maeps, Serdang. Shooting ni sebab nak buat promo sempena Program #HobiMOA. Siapa sangka walau sesibuk mana pun KSU kami, dia punya hobi menarik yang sedia dikongsi.  TQ Datuk, kerana sudi penuhi jemputan kami. Datuk layan je mood gila-gila kami haha...

Bonding | Join shooting ni dapat timba macam-macam ilmu. Salah satunya, individu yang menaiki kuda ni sebenarnya ada karektor sebagai seorang pemimpin. Sebab nak tunggang kuda, kita yang kena arahkan kuda. Bukan kita ikut saja mood kuda.

Waktu ni shooting kat D'Lereng, Maeps. Latar belakang memang cantik. Rasa senang hati sangat kerja semalam sebab segalanya berjalan lancar. Cuaca cantik, lebih best Datuk KSU memang sporting! Tengok, selamba buat peace! hehe...

Bersama Bella. Well... bukan nama sebenar. Damia kalau jumpa kuda, semua dinamakannya Bella, haha... Bagus lagi Aliya Damia, dari kecik lagi dah berani nak tunggang kuda. Maknya jenis kecut perut. Nak usap kepala kuda pun takut. Maunya diNGAPnya tangan, mclah designer sebulan. Hahaha... Kerja tengah banyak oi, jangan amik risiko. Sebenarnya kuda ni sangat gentle, cuma emosinya saja kita tak pasti.

Candid tak candid sangat la haha... Jom la korang, join Kelab Kuda MOA. Maklumat lanjut bakal diberikan kemudian ye. Bila habis duty, baru sedar. Belum makan pagi. Breakfast plus lunch kat Midvalley di petang hari haha...

Friday, February 3, 2017

3 Doa Mustajab

Ada 3 jenis doa paling mustajab.  Pertama: Doa orang tua. Kedua: Doa sang musafir dan ketiga doa orang yang dizalimi.

Perkara-perkara sunnah bagi musafir ialah:
1. Bermusafir pada hari Khamis, waktu malam
2. Meminta orang lain mendoakan perjalanan
3. Membaca doa musafir
4. Solat sunat 2 rakaat
5. Mengucapkan selamat tinggal.
dll

Sama-samalah kita mulakan dengan niat yang baik. Doakan yang baik-baik. Hindari percakapan yang menyakitkan hati orang lain hatta bagi tujuan bergurau. Bimbang kata-kata yang kita ucapkan menimbulkan rasa sedih, marah dan kecewa insan yang mendengarkan. Pesanan untuk diri sendiri jua.

Berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Watch your words

You asked me WHY?
Some prank can be funny
Some joke can make you happy
Some word maybe just too much
With or without you realise
Please...
Choose your words wisely!

Thursday, February 2, 2017

Bilik grafik

Harini projek mengemas bilik grafik. Sengaja minimizekan bilik ni sebab pegawai atasan request nak upgrade bilik ni jadi studio foto. Kalau ada budgetlah. Harapnya ada. Ini ruang yang bakal dipunggah. Belah kiri tu akan dikosongkan saja.

Nak kata makeover sangat tu tidaklah. Sementelah staff yang dulu duduk sekali kat bilik ni dah buat sesi makeover besar-besaran tahun lepas. Jadi kerja agak mudah, kecilkan ruang partition saja. Dari 4 ruang, jadi 2 saja. Tah bila staff PSH baru nak masuk. Harapnya cepatlah ye. Banyak kerja kena tanggung sorang-sorang. Berselirat urat kepala memikirkan mana nak kejar duedate dulu. Ndak pula jenis bagi job haritu, dan dan tu nak siapkan juga. Menangis mak...

Bilik grafik ni memang besar. Kalau kat aras-aras lain, biasanya big big boss saja duduk kat ruang ni. Sebab view outdoor dia sangat cantik. Menghadap jalan besar dan Palace of Justice. Yang azabnya satu je. Panas! Kalau takde tinted, aircond perlahan. Memang bercucuran peluh dari dahi ke hujung kaki. Bukan kisah auta je, fakta. 

Tapi kerja pemunggahan terbantut separuh jalan sebab tak cukup kakitangan nak buat. Satu. Keduanya partition tu rupanya dah dilock dengan skru. Nak pisahkan tak boleh dah. Ala... kecewa hati. Dah buang masa sejam kat projek membersih ni saja. Harapnya esok ada solution. Saja nak settle kerja ni sebelum cuti panjang next week dan sebelum staff baru masuk.

Wednesday, February 1, 2017

Selamat Hari Wilayah

Selamat menyambut Hari Wilayah 2017. Tema tahun ini ialah Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera. Sempat buat design header untuk laman facebook Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jemput like ye. Dan nantikan update dari page MOA, ada plan jangka panjang yang bakal mengejutkan anda. Surprisee... :)

Saja guna vector dari guna actual picture. Idea ni pun datang dari minat Mia kat game minecraft. Sekali suggest, boss kata ok, cume request improve tukar bot kepada landmark Labuan ie clock tower tu. Tum tam tum tam sempat lukis balik tower tu dalam masa setengah jam. 

Nampak simple je kan. Tapi nak menggodeknya kemahin lama. Sapa kenal hakak ni, tau la sangat cerewet dan kalau boleh asyiklah nak jadi perfectionist (bab design). Kena set mind macam ni. Kalau ko sendiri tak puas hati dengan hasil kerja ko. Orang lain yang tengok lebih lagi banyak songeh tak puas hatinya. Jadi, buatlah yang terbaik dan yang termampu anda laksanakan.

Tapi yang complicated sebenarnya nak lukis balik landmark Putrajaya ni. Amik masa lama jugaklah nak lukis balik bangunan ni. Sempat tu drawing masa cuti CNY lepas. Bila dah upload kat sini baru perasan ada lagi details yang belum letak. Nanti-nantilah ada masa buat tambahan semula.