Susahnya nak cari baju kurung kanak-kanak. Kalau pun ada design dan color yang disukai. Takde saiz. Kalau ada dah perfect baju yang diminati, dah sold out pula.
Kali ni bukan nak beli sempena raya lagi beberapa bulan nak mai. Nak beli untuk Mia pakai sempena hari pernikahan aciknya nanti. Takkan nak pakai dress masuk masjid kan. Haritu masa acunya nikah pun kat masjid. Tak prihatin pulak emaknya pakaikan gaun flower girl untuk Mia dan sepupunya Batrisyia. Geng emak-emak pakai baju OLA peplum blouse dari PopLook. Yang duduk di depan tu kakak aku ye. Bukan adik. Haih... Selalu orang kata akulah si kakak. Benci haku! Ayat-ayat jeles haha... Kali ni nak kena hati-hati sikit pilih pakaian sesuai. Kot tak bertebaran budak perempuan berlari dalam masjid dengan gaun. Segan mokcik melihatnya. Nasip baiklah tak kena tegur/marah dengan warga masjid haha...
Yang bongsu langkah bendul ye. Abangnya lewat setahun kawen. Tapi bila ada member-member tengok gambar si Acu. Semua pakat tanya da ada girlfriend ke belum... Sengih-sengih kakak dia bagitahu "Dah kawen dah pun...!" Tak siap-siap jugak entry nikah kawen dak Elly Ekin ni yeh. Nantilah pelan-pelan. Ayat klise haha...
Masih mencari dan tercari-cari. Suka pula tengok baju kurung jenis fishtail dan peplum. Susah nak jumpa saiz dan warna sesuai. Aku jenis malas nak buat tempahan. Takut order tak siap-siap pula. Al maklum nak raya ni kan. Silap-silap raya tahun depan pun tak setel-setel. Waa....
No comments:
Post a Comment