Nuffnang

Followers

Wednesday, June 4, 2014

Doa MASUK & KELUAR TANDAS

Tengah buat deco 5S untuk level bangunan kerja sendiri. Bila tandas pejabat masuk pertandingan tandas, kenalah deko-deko serba sedikit. Antara bahan informasi yang disisip bersama tentunya Doa masuk Tandas dan doa keluar tandas. Hah, design, oren rening. Al maklum nak masuk tema Sudut Mentari ler katakan. Alang-alang dah design tu, aku share la dalam blog. Manatau kot ada yang berminat nak print out haha... 

Doa Masuk Tandas. Sila klik gambar untuk besarkan paparan.

 Doa Keluar Tandas. Sila klik gambar untuk besarkan paparan.

Biasanya doa masuk tandas tu kacang je nak hafal kan. Cuba baca doa keluar toilet? mesti tergagau buka internet google nak baca hahah... (macam aku, erk!)

Teringat kisah dalam majalah ke dalam website ke. Suatu ketika dulu. Ada sorang ibu ni sampai terpaksa call ustazah sebab anak terjerit-jerit dari dalam tandas tak nak keluar sebab lupa doa keluar tandas. Selagi tak dapat baca, selagi tu dia tak nak keluar. Terpaksa tebalkan muka, si ibu pun call la ustazah. Lepas habis baca doa keluar tandas, barulah si anak nak keluar. "Pergh... lega..." 

Bila baca kisah tu sampai terbayang-bayang kalutnya situasi si ibu. Moralnya: Kalau terkena kat kita? Buka henset, boleh google je kan. Tapi hakikatnya, kita kena hafal dulu, baru boleh ajar kat anak. 

Ok, pelangkung kepala sendiri sekali nampaknya. Sambung kerja, sebelum sesi membebel aku melalut ke kisah-kisah tragik lain. Sekian.

---------- RALAT -----------

Sebelum ni Wan tersalah letak doa bahasa arab untuk doa keluar tandas. Alhamdulillah ada pembaca blog yang sudi menegur dan membetulkan. Pembetulan telah dilakukan. Pahala buat beliau kerana sudi membetulkan yang hak. 

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Wan,

Maafkan saya. Mengikut pemahaman saya, doa keluar tandas di dalam Bahasa Arab adalah lain daripada yang Wan letak. Yang Wan paparkan tu macam doa selepas makan.
Mungkin Wan boleh confirmkan semula?

Salam,
Aisyah

Wansteddy Tales said...

Salam Aisyah, alhamdulillah dah diperbetulkan. trimas banyak2 sudi menegur :)