Tak taulah, orang lain berblog, aku pun nak berblog. Taip taip taip tak jugak publish-publish. Pikirkan banyak benda. Pikirkan banyak kesan hasil nukilan sendiri. Kadang tu bila menaip ikut nafsu memang panjang menjela karangan harian aku. Bila baca balik, slow je tolak ke draf dan peram je berbulan pastu delete. Tak koser mak nak luahkan cerita peribadi. Tapi, kadang tu nak berkongsi jugak isi hati.
Harini hakak superb bz. Nawaitu ke pejabat nak curi masa buat benda 'berfaedah' yang satu lagi. Sementelah baru settle job besar, jadi penyelaras 5S. Benci menggolek aku dengan jawatan tu. Takde apa nak dibanggakan pun Bedah. Menyusahkan itu adalah. Haih~ tak guna mengeluh. Uruskan saja. Kadang rasa nak buat jeritan berkala dari aras 9. Biar seantero presint 4 mengetahui ada pereka psiko tengah lepaskan tension! Haha... Banyak benda kot buat aku stress, salah satunya pasal insiden dengan prize giving sabtu lepas. Ah! Persetankan. Aku malas nak story. Selagi kesabaran ini bersisa, biar kupendamkan saja. Tapi kalau penyelesaian tak memihak kepada hakak... Kau tunggulah macam mana medium sosial memainkan peranannya. Orang dah kata... Jangan jolok sarang tebuan. Hang degil...
Okeh, cerita pasal hari ini tadilah. Pagi-pagi lepas breakfast kena panggil dengan boss. Ingatkan kena buat kerja design. Tup-tup, dimaklumkan yang esok ada lawatan MPC untuk nilai 5S zon yang terpilih ke Top 10! Okeh, berita Top 10 saja dah cukup buat aku terkejut, tapi hilang keterujaanku bila diberitahu lawatannya esok. Esok okeh. ESOK!!! Waktu aku menaip ni sebelah maghrib, haruslah aku sebut esok yakni pada hari khamis. Mak ai... Awatnya tak mai tengah hari satni ja?
Sebagai penyelaras 5S zon, aku dengan paksarelanya terpaksa menghimpun anak buah yang ada. Tolong mana yang patut. Tugasan pertama, bahagi kerja sesama sendiri. Aku pergsi shopping bunga kat Nilai3. Benda yang tak rancang langsung dalam kepala nak buat hari ini. Gah~!
Masuk kedai bunga, ngko tahulah perempuan.... Habis 1 kedai nak ditalanya. Aku lah tu sapa lagi? Dari sudut kiri ke pelusuk kanan. Dari depan hinggap belakang kedai. Tak letih langsung masa tu. Cuba masa naik kereta atau masa sampai kat pejabat? Nah... Rasa nak tercabut urat belikat. Rasa nak sembam muka ke lantai, kantuk yang amat sangat. Ngko tengok peel setan. Menghasut perabih duit, hasut pergi berpoya-poya cuci mata. Bila time keje, hasut suruh jadi pemalas. Nauzubillah.. Nasip baik tak folo peel setan. Lepas lunch dan solat, gigihlah hakak kau kerah keringat membanting tenaga siap siaga buat gubahan bunga. Rujuk pada gambar ngko... Buat ikut akal sendiri tak mampu der. Bukan kreatif sangat bab bunga-bungaan ni, hakak kan spesis perempuan ganas. Alergik bunga walau dalam hati ada taman haha...
Apa pun aku bersyukurlah sangat. Penghujung hari banyak bantuan dari seluruh anak buah. Boss pun sanggup tu taja bunga dari bilik dia untuk kegunaan hiasan. Kagum dengan bakat terpendam mengubah bunga. Walhal kat mata aku serba tak kena. Staf lain kemain puji suka. Entahlan puji sebab ambik hati ke apa. Apa pun rasa berbaloi kot segala usaha. Rasa dihargai happy tak terkata. Eh, kenapa ayat aku macam berirama? Hahah...
Masuk perenggan yang ini, aku dah mula rasa fed up dan membuang masa aku je menaip. Sebelum aku delete seluruh entry yang susah payah aku taip ni, ada baiknya aku stop dan publish dulu. Sorrylah entry takde kata penutup. Ni kot kiranya penutup karangan. Ok bye~!
No comments:
Post a Comment