Nuffnang

Followers

Thursday, January 22, 2015

Mommy kerja apa?

Sejak Damia mula bersekolah, rutin harian hakak nampaknya lebih sibuk berbanding dulu. Pagi-pagi dah kelam kabut di dapur buatkan sarapan pagi untuk ditapau ke sekolah. Biasanya waktu pagi Mia liat nak makan, masih mengantuk. So bawa bekal siap-siap dari rumah. Bukan tak bagi duit belanja, tapi rasa lebih baik bagi makanan dari air tangan sendiri. Al maklum lauk kantin, sedap untuk rasa tekak budak-budak.

Balik dari sekolah, soalan wajib ditanya kat Mia. "Besh tak sekolah? Ada kerja sekolah tak harini?" Hari-hari soalan sama. Dan bila Damia tanya pula pada hakak "Apa kerja mommy? Mommy buat apa harini?" Itu sangat mengejutkan dan mengharukan. Hakak kan cepat touching hhaaha... Rasa macam anak pulak ambil berat sangat pasal kita.

Kebelakangan ni memang jarang buka TV. iPad pun hakak tak bagi dah kat Mia. Dia main kejap je. Kot tak dulu, sampai jam 2,3 pagi masih berjaga! Sekarang ni nasip baiklah Mia dah patuh sikit arahan. At least dah kurang bermain dengan iPad tu satu perkembangan yang sihat dah. 

Lepas ni kena disiplinkan Mia dalam banyak perkara, terutama bab cara nak kendali baju. Selalu hilang! Nak-nak anak tudung dan stoking. Kalau tak tertukar dengan pelajar lain, hilang terus tak dapat dikesan. Sudahnya saban weekend hakak terpaksa belikan semula. Sabarrrr jelah.

Tertekan sebab peruntukan masa untuk contest makin terhad. Kalau nak join jugak, terpaksalah tahan mata sampai tengah malam ke pagi buta. Letih tak payah kata dah. Tapi inilah pengorbanan, kan?

4 comments:

Anonymous said...

Salam pn..saya nk hubungi pn nk tanya psl anak ekzema..boleh pn bg no fon? Atau pn emel sy di zamt@mardi.gov.my atau pn sms sy di 0192792880.tq

Wansteddy Tales said...

Salam, boleh kontek via wassap 0193063558. jemputlah kontek ye, saya bkn pakar bab eczema ni. Tp blh bg pndpt serba sikit psl penyakit ni, insya'allah...

yantz-yeem said...

wan meja damia tu bli kat mana?aku nak belikan tuk mek dini senang nak alih2kan....

Wansteddy Tales said...

Kat IKEA ni kak Yantz. promosi thn 2013 kalau xsalah.