okeh, mari taip laju-laju.
Dalam proses design pennant untuk sebuah jabatan kerajaan. Order dari member x-officemate juga. So alang-alang hakak berminat, mood melukis sedang mari. Akak set je. Konsep datang serta merta dalam kepala. So, semalam godek-godek dolly lama, fed up. Touch up tang mata, hidung, mulut dan tangan: siap. Tak puas hati. Google gambar tudung menarik. Nah, jumpa gambar ladies comey model Aura Tudung ni. Terus grap masuk folder. Up dalam Adobe Illustrator dan gigih trace satu demi satu layer tudung. Berpeluh habaq hang. Nak-nak sat-sat datang orang ke bilik grafik ni mintak design itu, mintak ubah design ni. Nasip baik mood nak buat drawing tak spoil semalam.
Ngam jam 5.15 petang, design pennant pun siap. Part mana yang lebih-lebih kena otter tu hakak biar dulu. Tunggu kata putus member, kot dia kata konsep drawing ni ngam dengan perancangan projek dia. Hakak akan bukak balik artwork ni dan retouch up. Yup, nampak mudah je ek. Tapi renyah. Tapi besh bila ada mood dan ilham datang bertalu-talu. Alhamdulillah... biar pun semalam sibuk sesak dengan banyak perkara serabut. Tapi idea terus mendatang, dan mood nak melukis tak terhakis.
Hari ni hakak share dolly ni dalam Facebook. Nak tanya pendapat kawan-kawan pasal tagline "Sharing is Caring" versi bahasa melayu. Kalau boleh naklah ayat yang santai dan tidak membingungkan. Maksudnya tak moh la ayat bombastik sangat sampai kita kena belek kamus nak cari kefahaman. Cukup sekadar kita faham maksud yang nak disampaikan.
Oh ya, projek ni berkaitan pengucapan awam. Staff Jabatan akan buat sesi bercerita tentang sinopsis buku yang dorang dah khatam. So staff akan sharing info tu di satu sudut. Sambil menjana ilmu, kita kongsi dengan orang ramai. Beshkan. Yelah, sekarang ni segala maklumat di hujung jari. Fakta silap pun orang kata benar. Kalau kita luangkan masa dengan membaca, mungkin bukan sekadar ilmu yang kita target kita kan dapat. Tapi ilmu-ilmu lain yang tak berkaitan pun dapat kita study secara tak langsung. So, amalan membaca BUKU (bukan info dari internet) memang boleh memberi manfaat. Lebih-lebih lagi bila kita berkongsi pula dengan orang ramai.
Ilmu dapat, amal pun bermanfaat. Hah, satu tagline dah tu hahah.... Okay geng, sapa-sapa ada idea, mohon share ye. Sama-sama kita berkongsi pendapat :)
No comments:
Post a Comment