Ini Dolly Chef Ejan Mamalyna Frozen, Saya design sekitar november
2010. Ejan ada publish entry memperkenalkan dolly ni dalam blog beliau
bertarikh 26 November 2010 dengan entry bertajuk, I have Dolly!!! Saya pun
publish entry bertajuk Dolly Mama Lyna pada tarikh yang sama.
Ok, nampak tak dolly tu pegang apa? Sepinggan popia darling. Popia! Bukan cupcake, bukan kuih karipap, bukan juga coklat bar. Sila teruskan bacaan kenapa saya agak berangin hari ini. Sebab geram yang diperam bertahun-tahun akhirnya meledak juga!
Design ini
dah diulang cetak berkali-kali untuk individu dan perniagaan yang berbeza. Biz
cupcake, biz popia, biz coklat, biz kuih muih dan lain-lain. Yang dapat saya
kesan setakat ni, 6 perniagaan. Tak pastilah kalau ada lagi perniagaan yang
lain gunakan design dolly ni. Tak mustahil.
Macam mana nak tahu artwork tu ciplak? Senang. Awak tengok kat design, teliti perbezaan antara artwork dolly dengan design lain keseluruhan. Apa yang lain? Kualiti artwork, grafik, vector. Sebab saya cuma serahkan artwork dalam format flatten. Ada customer yang nak promosi biz, dorang akan upload design saya dari file yang lebih kecil seperti contoh di atas. File itu dicedok pula oleh 'orang bijak' lalu diubahsuai dan dijual kepada pelanggan yang lain.
Ralat rasanya bila orang yang design semula artwork
ni takde perasaan segan silu nak minta izin dari saya atau sekurang-kurangnya
pada Ejan, pemilik asal dolly ni. Tak kisahlah biz Ejan masih ada atau sudah
tak berjalan macam dulu, yang penting kena minta izinlah dulu dari empunya
design. Ini, awak amik untung senang je dengan copy dari artwork org lain?
Inilah sebabnya kenapa saya tak serahkan bulat-bulat raw design pada customer.
Disebabkan itu juga saya kurangkan harga design saya berbanding designer lain.
Saya tahu ada designer yang jual sebuah logo dengan harga rm50 - rm180 dengan
flatten design macam saya. Itu hak mereka menentukan harga biz masing-masing.
Myb pada orang lain
artwork saya ‘murah’ sebab harganya murah. Maaf, saya perlu tegaskan kat sini. Saya
curahkan sepenuh perhatian dan perincikan sebaik mungkin setiap artwork saya
demi kepuasan saya sendiri. Sedaya upaya mengikut spec dan kehendak pelanggan walaupun adakalanya permintaan sesetengah dari dorang ni tak masuk akal dengan harga yang saya tawarkan. Sebagai contoh pelanggan nak dolly dengan pelbagai item tambahan. Baju macam ni, tambahan item macam itu. Tak termasuk lagi bahagian tukar itu tukar ini walaupun di awal tempahan suruh designer fikir idea sendiri. Benda ni memang perkara yang biasa terjadi. Tanyalah pada mana-mana designer pun. Macam-macam karenah pelanggan ada. Dari yang baik, senang berurusan, tak berkira, pemurah kepada yang sangat strict, sangat fussy, sangat kedekut, walaupun dialah kaki komplen paling tegar sampai terpaksa amik masa berminggu buat design dia sorang hahhaha; peliknya masa tu tak serik pun nak amik order lagi. Dan 1001 macam peel lagi sebab kita berurusan dengan orang. Jenis yang order tak bayar, order - design siap tak jadi beli. Pun banyak kali berlaku. Cliche. Nak kata apa. Bukan pelanggan je ada baran, designer pun cepat meradang. Nak-nak lagi bila kena memikir idea sampai ke pagi subuh. Sudahnya artwork reject mentah-mentah. Sakit tuh di sini!
Saya jual artwork murah sebab saya sendiri
suka buat kerja design. Saya anggap itu hadiah & sedekah untuk pelanggan
saya yang sudi berikan kepercayaan pada minat dan bakat melukis saya. Harga artwork
saya murah tidak bermakna hasil tangan saya cincai. Tidak bermakna boleh
dipergunakan sewenang-wenangnya.
Saya dah malas nak bercakap pasal copyright
sebab saya dah lama berhenti buat projek freelance. Tidak bermakna saya beri
keizinan orang lain mempergunakan kerja saya apatah lagi artwork itu saya dah jual
pada pelanggan. DESIGN BERBAYAR, BUKAN FREE.
Saya tak akan upload pic design2
ciplak tu semua. Dengan harapan designer yang buat kerja ciplak2 tu tolong alert
perkara ini. Dan jangan ulang lagi. Saya tak harapkan korang minta maaf. Ego korang sebagai designer takkan nak mengaku ciplak artwork orangKANNNNN. Itu saya faham dan tak kisah. Lantaklah. Tapi tolong
hormat pada designer lain, sebagaimana awak nak orang lain suka pada artwork awak. Jadilah
designer yang lebih berintegriti!
Saya tak kisah pasal pelanggan yang terorder hasil artwork ciplak. Mungkin dorang tak tahu. Atau myb dorang mintak sendiri designer ambik artwork tu dari internet. Segalanya mungkin. Tapi saya harap dengan pendedahan entry ni, bagi terbuka pemikiran korang betapa geramnya perasaan bila artwork kami (designer) diciplak. Sebagaimana awak rasa geram dan malu harini sebab didedahkan pada umum. Terpulang. Kena faham, saya punya hak ke atas artwork saya meskipun design tu saya dah jual.
Sila rujuk entry saya dan Ejan untuk pengesahan. Manalah tahu akan ada entry atau komplen dari designer ciplak yang mengaku tu artwork dia, dan tuduh saya pulak ciplak artwork dia, heh! Tengok tarikh entry ye. Atau nak main kasar lagi, tengok info folder, bila tarikh korang start design dolly tu.
12 comments:
wan punya dolly skali tgk dah bleh detect sapa yg buat...
kesian wan... paham..paham..paham..
byk kali jumpa dah yg sebijik dolly ngan kak ejan ni.. bila tegur bleh plak dia sound balik
Bab copycat ni dah mcm2 style terkena. doll ni plg femos kena ciplak so far haha
ila, sadis sekali huhu...
Nad, yeke... so far wn dpt 6 je. kalau nad ada contact/fb maklumkn pd wn ek. xkisahlah kalau ejan da stop ke atau still teruskn biz dia, logo tu hak ejan. kalaupn owner dah xjln biz mana blh org lain main ambik je logo org kan.
Nad, yeke... so far wn dpt 6 je. kalau nad ada contact/fb maklumkn pd wn ek. xkisahlah kalau ejan da stop ke atau still teruskn biz dia, logo tu hak ejan. kalaupn owner dah xjln biz mana blh org lain main ambik je logo org kan.
wan pun ade hadiahkan dolly untuk saya dulu dah sy dah folo wan dah lama .... so sy tahu semuanya ..wlupun sy jrg komen tak bermakna sy tak baca blog wan .....
tp mmmg ejan rajin update pasal dolly die ni
Eima, tah la. Kita pula rasa segan nk tegur owner biz yg guna dolly wn tu.
Sampai bila-bila pun masih dan akan berlaku kes-kes ciplak menciplak nih...
Sabar ye Wan. Awak design dolly eik?
boleh tak email ke saya aulakif@gmail.com package dan cara tempahan.
suka sangat comel
Petua Sempoi hilangkan batuk
salam wan..blh tgglkan no phone?
Post a Comment