Baca komen-komen sinis berbaur prejudiz
pasal selfie contest rasa terpanggil nak ikut komen. Tapi hakak cuma mampu bagi
pandangan dua posen je, sebab hakak ni cuma comper picisan. Sementelah hakak
memang xgemar/ malu/ malas/ takde idea/ tak kreatif/ tak gila-gila bila masuk bab
contest bergambar/ selfie/ wefie/ famili fie dan pelbagai lagi. Serius.
Komen-komen yang tak puas hati biasanya disebabkan
oleh:
1) pose pemenang sangat cliche. Sama je
dengan pose competitor lain. Apesal Saodah (bukan nama sebenar) menang, Jenab (bukan
nama sebenar jugak) kalah? Walhal style gambar serupa, dua2 amik pose mulut muncong itik atau style hebat mulut terlopong/ menganga.
2) selfie tapi tak pegang monopod. Oh wajib
eh? aku ingat selfie tu ambik gambar muka sendiri. Tak kisahlah apa jua
kaedahnya. Guna tangan ka, monopod ka, batang cangkul ka, penyedok sampah ka.
Janji benda yang boleh 'pegang' kamera atau henset berkamera. Pastu tayang je
kat muka sendiri dengan pose memasing. Posisi atas langit menjunam tanah, aksi
butiran pasir ke lelangit biru atau sisi senget kiri dan kanan anda.
3) gambar terlalu cantik untuk kualiti
kamera henset. Bwahahaha... tak yah nak nipu Bedah le... awok suruh je model
pegang monopod, awok ambil gambar dengan DSLR. Nak cun dan efektif lagi, edit
dengan photoshop. Booom! Menang. Janji nampak sebahagian batang monopod tu jadi
le. Tak kira dah posisi kamera itu betul ke idok ikut perspektifkan. Janji
masuk dalam kepala, selfie & monopod tak boleh dipisahkan.
4) edit is taboo. Nak pic yang raw. Direct
dari henset. Hah? Yang awok p edit dengan 360 tu boleh pulak? Takpe eh nak
buang segala jerawat/ jeragat sebab nak curi mata juri awok kena jadi model cun melecun.
Edit is edit ye. Apa jua aplikasinya, kesimpulannya bila awok edit dengan 360,
toksah rajin komplen orang lain yang rajin edit dengan photoshop. Idea/
kreativiti/ effort atas kemampuan/ kehendak masing-masing. Betul?
Tak setuju
jangan bash. Hakak pun bukan arif selfie contest. Rasa terpanggil nak compile
komplen dan bagi pendapat saja. Sharing is caring kan…
Cuma bila hater komplen-komplen camtu camni, hakak setuju 1 point je. Tak suka contest yang nak kena like-like. Tak kisahlah TNC 50-50 ke atau 100% base voting. Langsung tak suka. Jeles tengok gang comper lain dapat beratus like. Kita nak collect 10 like pun susah huhuhu.... Itu pun berbalik pada effort ye. Effort mengumpul like. Dan itulah kelemahan hakak. Malas nak pm orang rayu like. Malu nak tegur/ pm orang tiba-tiba sebab nak minta jasa dorang like entry kita. Macam paksarela pula kan. Dan lagi pernah kena bash dengan member dulu pasal raih undi ni. Yelah, tiba-tiba je pm nk mintak vote entry kita. Malu oi.... Tebal muka kena tegur dulu hahahah....
Apa pun kena sentiasa ingat. Rezeki tu di
tangan Tuhan. Dah kalau rezeki, ambik gambar seketui pun boleh menang. Toksah
protes. Cuba lagi lain kali ye. Bilalah hakak nak terbuka hati join selfie contest. Myb sebab rasa stress dengan beberapa term contest yang suka like-like. Tu yang malas rasanya nak join photo contest.
Mode: SLNW. Bilalah nak dapat call
kemenangan ni huhu…
2 comments:
samalah....setuju sgt dgn pernyataan tu...cuma yg x leh blah...pgg monopod senget tapi gambar pndg depan atau sebaliknya....wah x agak2 ye...
entry ni base rumusan dr komen2 yg pelbagai dlm fb tu hihi... amik pic menyenget tu style retis tu. kdg2 dok tgk pic retis femos pn ada yg amik style camtu. kengkonon org lain amik pic candidnya, tp kalau perhati, kita blh nmpk back reflect tgn dorg sndri snap gmbr haha... kelakar bila pk2 attention seeker ni.
Post a Comment